Rabu, 29 Disember 2010

PLIZ DU NOT SPLIT...

Aku selalu memerhati dan terjumpa dengan makhluk2 yang suka sangat meludah merata2 terutama lelaki. Ntahla korang perasan @ tidak... tapi bersepah2 kan... aku sampai meluat tengok sikap dorang ni... berjalan pun meludah, naik motor pun meludah, berkereta pun meludah... ishhhhh
Kalu tak menyusahkan orang lain tu mebi la orang tak marah... meludah la di tempat yg betul... dalam longkang ke aku leh la eksep lg... ini tidak.. ko tgh tunggang moto... tetiba meludah... dahhhh kena kereta aku... haaaa setempek ko lekat kat pintu kereta kahak HIJAU... ayooooo aku lak kena cuci... siap tenyeh dgn kaki lagi sbb mana sanggup aku nak gunakan tangan... sekali tu aku p supermarket... dalam lif dok sembang p sembang mai... ayooooo kawan aku tegur ada "something" kat baju aku... ayarkkkkkkkk gilos geli wehhhh... yg ko pergi berkahak kat dinding lif tu pesal.... kena la aku p beli baju lain.. sib bek sales girl tu baik siap tlg ironkan sesiap... even itu peristiwa lama tp memberi kesan gak la pada aku...
Kelmarin aku balik keja.. drive sambil nyanyi2 lagu maher zain... tetiba terkujat... apek tua meludah dr atas moto dia.. hayooooo meludah plak tu ke arah keta aku... tensen wehhhhh.... kenapa la rakyat Malaysia ni mentaliti dia rendah sket bab2 kebersihan ni... tu belum masuk bab-bab pembuangan sampah la... apa la.... adoiiiiii

Jumaat, 26 November 2010

OH ANAK...

Dah dua malam aku tertidur awal dalam pukul 10+... semalam pun bf aku dua orang tu dok tgk tv aku dah pengsan dalam bilik sorang2... tgh lali2 nak lelap tu... rasa ada orang betulkan selimut n usap2 kepala aku... then kizz pp aku.... ohhhhhh jari jemari kecil itu rupanya... tersenyum aku dalam ati... dia buat aku mcm mana aku buat pada dia setiap hari.... hehehe... entahla pukui berapa dorang tidur.. yg aku sedar dia datang menempek sebelah aku ditempat biasa... haiiiiii anakkkkk...

Semalam time aku antar dia p ngaji Iqra' pukui 8 tu... dia cium aku 3-4 kali... peluk aku mcm tak nak lepas... dgn air mata yg bergenang then cakap "Danial sayang Ibu...." aku kata "Ibu pun sayang Danial...ngaji pandai2"... then dia kizz aku lg.. baru dia masuk p mengaji... adoiiiii anakkkk mcm nak tinggai aku lama padahai sejam je....

"Semoga menjadi anak yang soleh ya nak...." Luv U

Selasa, 16 November 2010

ADIAH...

Semalam balik kerja awai (5.00ptg) kerana nak terjah JUSCO nak mencari makanan utk anak aku bawa p majlis sambutan hari jadi kat skul dia dan sesuatu utk anak aku memandangkan peksa akhir tahun dia dpt no. 2... patut janji utk no. 2 "NO" adiah... tp sian gak tgk dia kena buli dgn aku buat latihan dan baca buku... pusing2 cari benda nak beli tu.. memandangkan tak dak idea...tiba2 aku jumpa benda alah ni yg mmg dia sangat idamkan... terus sambar satu... dah 'cuba, try, test' benda tu berfungsi dgn hokeynya.... p terjah Memory Lane utk balut plak... 5 kedai aku terjah tak dak satu pun kad Congratulation yg menarik mindaku dan sesuwai utk anakku.. so, bg kad yg setoet je la... inilah operasi rahsia... dah setel semua.. masuk barang dalam bonet kereta zassss p pikap dia...

Aku sampai2 je.. terus dia ulurkan benda alah ni kat aku... dengan sengih2 dia
kata... "Ini bunga utk Ibu"... aku tanya kenapa bg aku... dia kata "Danial sayang Ibu"... alahaiiiii biarpun bunga ntah mana dia kutip... cair gak la atiku... hehehe... anak abahhhh... psssttt abah tak pernah kasi bunga plastik ya nak... tak pa.. nanti belajar lain kat abah... hehehe



Dia balik je dari ngaji Quran... terus lari masuk bila nampak benda ini atas sofa... hehehe



Ucapan dari Ibu dan Abah... kena baca bg abih dulu baru leh buka...


So, inilah benda alah idaman beliau... keta control FLASH N DASH..

aku pun tak pernah tau... dia kata tgk kartun kat umah tok...


GRILL 2...

Rentetan dari peristiwa ari tu... di hari minggu ari tu aku saja la pusing2 cari rumah yang berkenaan... wahhhhhh jumpaaaaa dah siap pasang.... benti... snap pict tanpa rasa segan silu... hehehe... balik umah mms kat laki aku... sebak hati seketika... sedih rasa... sayuuuu pun ada... tp pastu aku ok je... alaaaaa grill yang berlambak dipasaran wat pa nak kecoh2 kan... hehehe...



tapi aku perasan bunga kecik2 yang melengkoi2 di tengah2 grill tu berbeza sikit dari aku nyer design... yg ni lebih serabut nampaknya... mebi dia tak perasan sgt sbb tgk pict... apapun skrang aku dah ok2 ... dah tak sedih dah... sbb dok tumpu pada projek baru... hehehe...

Rabu, 10 November 2010

GRILL...

Ari tu ada laki aku bgtau... ada satu perempuan naik iswara lalu depan umah kami pelannn je dia bawa kereta sambil memerhati rumah kami... 2x laki aku perasan... 2-3 ari pastu laki aku balik keja awal dorang dok main sepaktakraw depan umah... pompuan ni datang umah... jumpa laki aku... mai mintak izin nak amik gambar grill umah aku... siap bawa cina kontraktor lagi... time tu aku tak dak... haissshhhhh....

bila balik keja malam tu laki aku bgtau dorang nak amik gambar nak tiru design grill umah aku tu... huhhhh... x best la pas ni dah ada orang grillnya sama design dgn umah aku.... penat aku melukis sendiri dalam ms excel n suruh kedai buat... design tu tak sama dgn orang lain... huhuhu... dah la dok setaman.... sob sob sob...

Rabu, 27 Oktober 2010

suatu hari...

Ari ahad ari tu aku balik kg. menjengah nenek aku yang kurang sihat... otw balik kg tu smp dekat2 pekan KK aku nampak dua orang perempuan yang umur dalam 70an sedang berjalan sambil membawa guni di tangan masing2... aku memerhati dengan perasaan yang bercampur baur... kasihan, sedih pun ada... bila aku melepasi mereka aku perhati dari cermin aku nampak mereka berhenti di bahu jalan... melepaskan lelah agaknya... maklumlah cuaca pada ketika itu hampir pukul 12tgh... matahari memancar terang... mcm2 dalam fikiranku yang aku fikirkan... sudahnya aku ambil keputusan utk patah balik walaupun dah lepas dari mereka 2-3 ratus meter...

aku berhentikan kereta dan bertanya mak cik tu... rupa2nya mereka baru keluar dari ladang kelapa sawit kerana mencari ulam2 (buah peria katak) untuk dijual di pekan hari. rumah mereka agak jauh dari situ dan terpaksa menaiki bas... kesian pulak di tengah2 panas ni aku mempelawa untuk hantar walaupun arah perjalanan mereka bertentangan dari jalan yang aku nak lalu... sambil2 dalam kereta tu aku berborak2... kerja dua orang mak cik ini ialah berniaga ulam2 kampung di pekan hari di bandar SP setiap isnin dan khamis. untuk ke sana mereka akan menaiki bas yang dalam anggaran aku kalu perjalanan menaiki bas l/k sejam dari stesyen bas KK ke bandar SP. aku hanya sempat hantar mereka di bus stop yang berhampiran masjid KK kerana untuk ke rumah mereka terpaksa menaiki bas lain lagi dan itu agak jauh kalu aku nak hantar terus. jarak dari aku ambil mereka dari tepi jalan tadi sehingga ke tempat aku tinggalkan mereka l/k 4-5km.

aku patah balik dan meneruskan perjalanan ke rumah tok aku... sesambil dalam hatiku berfikir... sepatutnya pada usia itu mereka harus duduk di rumah... masa untuk anak2 yang membela mereka...
adakah mereka tiada anak?
atau tiada anak2 yang senang yang boleh menjaga mereka?
atau... ada anak2 tapi tidak mempedulikan?
atau ada anak2 yang mengambil berat kepada mereka tetapi jenis yang tidak boleh duduk di rumah sahaja....
soalanku tidak terjawab... cuma aku kasihan pada mereka... bagaimanakah aku di usia tua nanti????

Rabu, 29 September 2010

ADUHAIII ANAKK... ZZZZZZ

Hari Khamis yang lepas aku agak sibuk menguruskan barang-barang untuk membuat gerai sempena sambutan hari raya untuk jabatan kami di peringkat kontinjen. Tema yang diberi adalah dari barang2 recycle... Pusing2 gak la cari botol, bekas telur, tayar dan lain2...
Petang tu balik dari kerja aku masih mencari2 barang2 yang difikirkan perlu... pas amik anak dari umah MIL aku... dalam perjalanan balik rumah aku singgah jap kedai tepi trafik lite dekat masjid... memikirkan aku hanya ingin bertanya saja.. aku park keta tepi jalan... dengan enjin kereta tidak dimatikan aku pesan dekat anak aku.. jangan buka pintu kereta selagi aku tak datang sendiri.. begitulah rutin biasanya kalu aku nak cepat... aku akan kunci dia di dalam kereta... dia angguk saja... aku pun masuk kedai tanya pak cik tu ada tak bekas telur untuk aku beli.. kebetulan kat kedai dia ada beratus2 bekas telur yang tersimpan.. aku pesan kat anak pak cik tu tolong pilihkan yg elok2 aku nak 50pcs.. jap g aku datang balik.. nak pergi tgk anak dalam kereta.... sekali aku smp anak aku dah tertidooo... huhuhu.... padahal aku tinggalkan dia rasanya tak smp 5 mins..
Aku ketuk2 cermin kereta... aku ketuk2 pintu kereta.. aku jerit2 nama dia... aku ketuk2 bumbung kereta... dia still tido dalam keadaan terduduk... pastu mcm orang pandang2 gak la aku memandangkan kedai tu betoi2 tapik lite... mak cik kedai tu mcm tgk2 aku... mebi ingat aku marah ke apa kot... lama dia memerhati aku.. dia mai bertanya... pas tahu keadaan sebenar.. dia tergelak.. dia pun tlg ketuk2 sama memanggil anak aku... tp anak aku still tido dgn nyenyaknya...
Pastu pak cik kedai tu pun datang ketuk2 gak... henjut2 keta aku bg goyang... lg sedap budak tu tido... pastu ada la orang yg nak ke masjid dan pulang dari masjid singgah tlg ketuk2 n panggil dia... siap pakat tolong henjut kereta... glemer la seketika aku kat tepi jalan tu... ada gak orang yg naik moto benti tgk... sbb ramai mcm ada eksiden plak... yg benti semua gelak bila tau keadaan sebenar... huhuhu...
Fenin gak la kepala aku... somi aku masih di tempat kerja.. kunci spare tak ada sbb ari tu suami aku terjatuhkan kunci keta dalam longkang masjid masa akad nikah adik dia... longkang tu plak dalam n besi longkang tu plak tak boleh diangkat... last2 aku kol jiran aku sbb aku tak tau nak buat apa... jiran aku ni mai la dgn laki dia usung sekali anak dia yg kecik tu.. siannnn aku terpaksa susahkan jiran aku tu...
Dalam fikiran aku... kalu tak boleh buka gak harus last choice yg ada, aku ketuk je cermin tingkap kereta tu... aku dok agak2 nak panggil tukang kunci... Nasib baik pak cik kedai tu tlg bantu.. baik gak pak cik tu.. dia kata tukang kunci mahal.. RM100++.. aku kata aku tak dak pilihan... sesambil pk sesambil ketuk2 lg kereta tu...
Last2 anak pak cik kedai tu roger kawan dia yg keja bengkel... dalam l/k 10 mins dia smp... aku dah seriau apa yg dia nak buat.. aku bgtau pintu kereta aku tu tak boleh dikorek sbb aku pasang anti theft la kekonon masa mula2 beli.. so, tak boleh la masukkan pembaris besi mcm biasa orang buat... Rupa2nya cara dia lagi canggih... kejap je dia buat... l/k 2 mins pintu tu dah selamat dibuka tanpa mencederakan kereta aku tu... huhuhu.... syukurrrrr sangat2....
Save gak la duit aku malam tu... just sedekah kat dia sikit.. n pak cik kedai tu sikit sbg tanda terima kasih... kalu aku nak panggil tukang kunci lg mahai rasanya... n malam tu, tanpa kira bangsa semua membantu aku... pak cik tu melayu... ada cina gak mai tgk... budak bengkel tu india... hehehe... Lama gak la aku berada di situ... lebih dari setengah jam...
Anak aku..... dia masih tak sedar apa yang jadi... dia tido dan tido dan tidooo... smp umah, abah dia angkat letak atas katil... esok pg dia bangun bersiap utk p skulah dia masih tak tau apa2... smp la aku cerita kat dia....
Terima kasih pada semua yang sudi membantu even dorang tak kenal aku... terutama kat jiran sebelah umah aku yg sudi angkut anak kecik dia memalam buto semata2 nak mai tgk aku kat tepi jalan tu... huhuhu

Khamis, 9 September 2010

SELAMAT HARI RAYA...

Di ari terakhir kita berpuasa.. di ari terakhir di Bulan Ramadhan 1431H... aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. Ampun maaf dipinta andainya terdapat salah dan silap sama ada disedari atau tidak.
Semoga Aidilfitri tahun ini memberi seribu erti dan kegembiraan buat kita. Semoga kita dijauhkan dari sebarang malapetaka di Aidilfitri kali ini. Semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu lagi Ramadhan dan Syawal tahun hadapan.

Isnin, 6 September 2010

Nenek oh Nenek...

Sabtu ari tu aku balik kg umah tok aku untuk antar baju raya tok wan aku dan telekung raya tok aku... juga dodol yg direquest oleh tok aku... hmmmm dan minyak atar yang direquest oleh tok wan aku... jangan memain.. request melalui panggilan hp tau... even dah tuo.. hehehe alaaaa orang lain yg dailkan.. tok aku cakap je... hehehe...

selepas berbuka... kami berehat2 di ruang di bahagian luar rumah... mengambil angin malam... l/k pukul 9 aku bgtau aku nak balik... tok aku mcm tak percaya.. berkali2 dia tanya aku... jenuh gak la aku yakinkan dia... hmmm... diwaktu tu ujan pun dah mula turun renyai2... tok aku masih bertanya... dia risau... katanya dah malam.. jauh aku nak bawa keta... pastu aku perhatikan dia ke tempat tidurnya.. berusaha mengeluarkan beg kecil yang tersimpan duit... aku perhati jeeee.. rupa2nya dia hulurkan padaku RM100... katanya aku tak berduit... sebab dia tgk aku balik tak membeli apa2 barang.. yaaaa itulah kebiasaan aku.. di kala aku balik kg tak berduit... aku balik dgn sedikit je buah tangan.. kalu aku berduit... aku akan bekalkan dia stok barang dapur untuk sebulan.. segala beras, minyak, susu, gula, tepung, teh, sabun basuh baju, pencuci pinggan dan lain2...

jenuh la aku menolak dan aku yakinkan dia bahawa aku ada duit... siap paksa aku buka purse lg... hehehe... yaaa dalam purse aku hanya ada beberapa keping wang kertas merah... aku bg mcm2 alasan.. aku ada duit.. aku tak perlukan tambang... dan mcm2 lg la... sudahnya duit tu ku selitkan kembali di dalam poketnya... ini bukan masanya utk dia susah payah utk aku lagi... ini masanya aku yg berbakti pada dia..

adoiiii itulah nenek aku... yang membesarkan aku dari aku berusia 6 bulan... dan usianya menjangkau 90an... kudratnya semakin kurang... kulitnya dipenuhi kedut2... pendengarannya makin berkurangan... tapi... sinar matanya merenung aku masih seperti dulu... mengambil berat seperti aku masih kecil dulu... aku faham dia risau... perjalanan dari rumahnya ke rumah aku sejam lebih... sepanjang perjalanan majoriti kawasannya adalah melalui kawasan ladang getah dan ladang kelapa sawit.. sesekali sekala je jumpa kampung dan pekan kecil... harus la dia risau kerana aku seorang perempuan memandu berseorangan hanya ditemani jejaka kecil berusia 5 tahun itu...

tok wan aku hanya diam sahaja di atas tilam anginnya diluar rumah... cepatnya masa berlalu... usianya sudah melebihi 90an... sudah bongkok 7 orang tua itu... berjalan di dalam rumah pun menggunakan kerusi roda... kalu diluar rumah dengan tongkatnya...tapi masih seperti dulu... turun ke tepi sungai bercucuk tanam... ke sungai menangkap ikan.. biarpun dilarang tapi masih berdegil...

selalu dibenakku terfikir... adakah Aidilfitri kali ini yang terakhir buatku bersama mereka.. adakah Aidilfitri ini yang terakhir aku dapat belikan sesuatu untuk mereka... adakah Aidilfitri ini yang terakhir yang dapat aku gembirakan mereka... adakah Aidilfitri ini yang terakhir dapat ku salam dan cium pipi mereka.... rasanya belum puas lagi untukku berbakti pada mereka... semoga Allah panjangkan usia mereka.. dan dapat aku membalas jasa mereka membesarkanku dari tapak kaki sebesar dua jari hingga aku bekerja... walaupun ku tahu aku tak dapat membalas walau setitis peluh mereka...

......... sesungguhnya... aku belum bersedia untuk hidup tanpa mereka berdua disisi.... walaupun aku tahu ajal maut di tangan Allah....

"YA ALLAH YA TUHANKU, PANJANGKANLAH UMUR DATUK DAN NENEKKU UNTUK BERIBADAT KEPADA-MU, MURAHKANLAH REZEKI MEREKA, AMPUNKANLAH DOSA MEREKA, KURNIAKANLAH MEREKA KESIHATAN, JAUHKANLAH MEREKA DARIPADA SEBARANG MALA PETAKA DAN JIKA KAU INGIN MENGAMBIL MEREKA PULANG KESISI-MU SEMOGA MEREKA TERDIRI DARI ORANG YANG BERIMAN"...

Jumaat, 27 Ogos 2010

bila raya menjelang...

Dah sebulan lebih aku tak update blog... sian blog ni... mana taknya.. ari2 asyik dok berfb je... hehehe... lgpun sejak aku berehat buat bunga ni tak dak bahan sangat nak letak... stakat kehidupan ari2 tu... ari2 dok update kat fb... lgpun ada ke orang dok baca blog aku ni.. aku sendiri pun tak tau... ngeeeee....
Pejam celik pejam celik dah 17 ari kita posa... bahang raya dah makin terasa... orang pakat dah beli baju baru.. hias umah lawa2.. tukar langsir baru.. tukar sofa baru... semua serba baru la... yg pandai buat kuih dah berapa banyak jenis yang dah siap... yg bekerja @ tak pandai buat mcm aku ni list berjela dah oder agaknya.... tapi.... aku.... hmmmmm relax jeeeee... baju apapun lom beli.... utk kami 3 branak apa pun tak dak lg... umah... mcm biasa je.. apa pun tak tukar baru... still sama mcm pindah tahun lepas... kuih raya... aku cuma beli 2 jenis je.. tu pun khas utk anak aku... kenapa ekkk... bukan tak semangat nak raya... besttttt nak sambut raya... cuma mebi sebab bajet aku tahun ni tak dak kot... tu yg aku buat tak tau je... niat aku tahun ni nak pakai je baju raya tahun lepas... ok la tu kot no...
korang cemana persiapan raya tahun ni???

Ahad, 4 Julai 2010

Salah Aku...

Kelmarin aku balik kg menjengah nenek aku... dah hampir sebulan tak balik... rindu la plak.... memandangkan sepupu aku dah kol katanya mereka sedang menunggu aku utk makan nasi... aku baru lepas membeli lauk pauk utk di bawa balik kg... time tu dalam pukul 1... bajet dalam satu jam 15 mins sampai la... oleh kerana nak cepat... sepanjang perjalanan bila ada peluang aku agak memecut...

Sampai la di satu trafik lite lebih kurang 10km jaraknya dari rumah nenek aku.... jalan tu 2 lorong... agak luas la... aku memecut dalam 90+ hampir 100... (aku rasa speed limit kawasan tu 60km/j)... aku tgk trafik lite tu tak berfungsi... aku pun dgn konfiden terjah jee.. dok bajet tak ada la yg nak melintas tgk kereta dari arah bertentangan berhenti... tiba2 satu kereta proton warna putih membelok ke kanan (kiri aku)... jenuh gak la aku brek mengejut smp berbunyi dan kereta aku agak ke kiri ke kanan... kereta tu pun terberhenti tengah2 jalan tu... Alhamdulillah kereta aku berhenti betui2 bucu kereta dia.... (dalam kedudukan huruf V) huhuhu... aku rasa jarak keta aku dgn dia dalam satu kaki je.... Isteri driver tu angkat tangan marah aku... aku tunjuk lampu isyarat yg tak berfungsi... kami meneruskan perjalanan... aku melihat dari cermin rupa2nya lampu isyarat belah dorang berfungsi n tengah ijo.... huhuhu.... Alhamdulillah... kami dua beranak selamat... aku teringat mungkin ini hikmahnya membaca Ayat Kursi dan doa naik kenderaan... sebab mak saudara aku selalu pesan baca Ayat Kursi setiap kali naik kenderaan... dia pernah la eksiden... Alhamdulillah.. keadaan van agak teruk tapi dorang selamat...

Terus aku fon laki aku bgtau... sesambil aku terus drive dengan lutut aku yg menggigil.... kena la bersyarah dgn laki aku... first sekali dia tanya keadaan anak dia... ampun.. pas ni aku lebih hati2... (entah berapa lama la aku nak insap)... aku tgk jam... cukup2 sejam aku smp umah nenek aku...

otw balik rumah... smp tempat kejadian tu.. aku perhatikan ada kesan tayar aku brek atas jalan tu... kuat gak la aku brek... Alhamdulillah la tak langgar orang... time kejadian tu anak aku tengah tido kat sebelah... moralnya.. jangan dok bawa laju2 kawasan kampung n hati2 di jalan raya... uhuksssss... jangan mengejar masa....

Jumaat, 25 Jun 2010

cubaan....

Ini cubaan pertama aku buat pelamin... dulu pernah la buat mini pelamin je utk sepupu aku... tu pun tahun 2008... Pelamin ni untuk kenduri kawin adik aku yang lelaki no. 1... kusi tu disewa... stand besi kerawang2 tu n stage tu adik aku boro dari kawan dia yg kedai welding.. kengkonon tempahan dari orang la.. kami rasmikan dulu.. ahakssss... wayering kena la buat sendiri sbb benda baru kan...
kain2 semua aku ikat2 guna dawai bunga je... kira tak dijahit.. sendiri antam... ntahla pandangan orang lain.. tp kami rasa abih cun dah ni... nama pun cubaan pertama... hehehe... memandangkan utk kenduri dia aku tak sempat sediakan bunga telur kerana kebizian yg nyata.. so, inilah je aku leh sumbangkan utk dia... tahniah gak la utk adik aku kerana berjaya mengopakkan duit aku...
bunga2 tu pas ni leh la mak aku pakai utk raya... tp yg bulat tu kak aku dah tempah awai2... amboiiiii aku gak yg melepas memandangkan umah aku tak sesuai diletakkan bunga canga ni sebab modern style la kekonon...


meja ni di kala ini belum siap sepenuhnya... jurugambar amatur (adik aku no. 4) lupa amik gambar yang dah siap... huhuhu... menciwi dengan DSLR barunya... tak leh la aku tayang candle holder bagai...


Untuk adik aku.. selamat pengantin baru.. semoga bahagia dan berkekalan hingga akhir hayat...


Khamis, 10 Jun 2010

PERINGATAN UNTUK SEMUA...

PERINGATAN KEPADA SEMUA,

MOHON BERHATI-HATI SEMASA MENGISI MINYAK KENDERAAN ANDA DI STESEN-STESEN MINYAK. JIKA ANDA DITAWARKAN HADIAH-HADIAH KECIL SEGERA SEPERTI KEY CHAIN, PATUNG-PATUNG KECIL, FLIPFLAP DAN SEBAGAINYA MOHON DIPERTIMBANGKAN UNTUK MENGAMBILNYA. DIPERCAYAI BARANG TERSEBUT MEMPUNYAI ALAT PENGESAN UNTUK MENGESAN LOKASI RUMAH ANDA DENGAN TUJUAN UNTUK MELAKUKAN KEGIATAN JENAYAH. PERBUATAN INI DILAKUKAN OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB. HARAP AMBIL PERHATIAN. SAMA-SAMALAH KITA LINDUNGI DIRI DAN KELUARGA KITA DARI SEBARANG PERKARA YANG TIDAK DIINGINI. BERINGAT-INGAT SELALU YA.

*** MAKLUMAT DIPEROLEHI DARI SUMBER YANG SOHEH DAN TEPAT. BUKAN DARI PAK CIK GOGOL KE YAHOO KE YA ***

( Nota :- Perbuatan ini bukan dilakukan oleh stesen minyak terbabit tetapi dipercayai dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan stesyen minyak sebagai sasaran tanpa disedari oleh pengusaha stesen minyak dan orang ramai )

Selasa, 8 Jun 2010

Di mana Akal Fikiran dan Anak Sakit... (2 in 1)

Khamis malam aku pergi amik anak aku di umah MIL dia merengek sakit perut la.. tak larat la.. tapi aku ingat dia biasa2 je... pastu dia minta nak makan nasi... aku suapkan nasi utk dia memandangkan dia request soh suap... tak smp 5 mins pas makan tu dia muntah... time tu dah pkl 9+ malam...

Then kami balik umah... Pastu sepanjang malam dia asyik merengek sakit perut... then muntah2 smp pg.. aku rasa ada la 7-8 kali malam tu saja.. mula2 keluar mcm buih2 putih mcm buih katak.. menjelang pg keluar kekuningan... Sepanjang malam kami 2 branak tak dapat tido... Pg aku bersiap spt biasa nak keja.. niat sblm tu nak bawa dia p klinik dulu.. Memikirkan klinik pakar kanak2 kat Kelang Lama tu buka lewat..aku fon jiran minta no klinik pakar kanak2 kat BM.. tepon tak terangkat... minta permission laki aku nak terjah KPJ sbb buka awai... niat aku malas nak bawa ke Spital takut orang ramai...

Nak keluar rumah tu... anak aku merengek nak adiah dia... Pagi tu sepatutnya ada sambutan ari guru dan penyampaian adiah... Kena la aku tebaikan muka mintak kat teacher dia adiah... Dengan lemah gemalai sempat lg aku paksa dia posing.. tu yg tak mau senyum tu...

Pas amik adiah.. balik umah kejap aku nak amik beg utk ke pej... smp2 je terus bedebap lembik tido atas sofa... siannnn... kat tangan tu dok pegang duit RM10 yang teacher dia bagi...


Smp spital muntah lagi... doktor amik darah nak cek tgk.. sementara nak dpt result ujian darah tu melepak la aku kat situ... anak aku melalak pastu terus pengsan atas riba aku.. perut aku berkeroncong tp tak leh p makan sbb anak tido... dia melalak bukan sbb sakit.. tp melalak malu tangan dia berbalut.. adoiiii la anak... sakit2 pun still nak kaber macho...


Dalam pukul 10+ asst doktor kata kena admit wad... kena la aku nganga kat situ lagi... ngantuk tok sah cakap la... menunggu la aku kat sofa tu... last2 dia kesian kot kat aku dia bawa aku turun bawa dok kat rest room.. ok la.. just kami 2 branak.. aku kembarkan sofa 1 seater tu.. bg dia tido... tunggu punya tunggu smp pkl 1+ baru leh masuk wad.. puncanya tak dak kekosongan katil.. huhuhu... kena dok bilik 2 katil... memandangkan bilik 3 katil dah penuh...


tapi kan.. dalam dok sakit2 tu..tak tinggai piala dia tu.. first naik je atas katil sibuk tanya piala dia mana.. nak tido dgn piala.. huhuhu.. pastu dia bantai tido lagi... smp la esok paginya... kaber gila2 punya...
kesian gak la kat anak aku... bila masuk wad doktor masuk ubat nak bg cerry berry utk buang semua yg dalam perut dia... jenuh gak la aku ulang alik ke toilet kira smp tahap aku bosan dah tgk toilet bowl tu... huhuhu sib bek spital baru.. so, bilik air tahap hokay lg la...

Ni kisah semalam...
Petang tu MIL aku tepon soh pergi umah dia jap ada hal... Kami 3 branak pun merempit la ke rumah MIL... sesambil tu singgah jap di tong sampah kat taman aku tu nak buang sampah... tetiba terpandang satu benda.. aku pun angkat la kotak tu.. di dalamnya ada sampah.. kotak tu berada di atas sampah2 yang bertaburan di atas tanah.. sedih hati melihatnya.. Suami aku soh amik kotak tu sesambil mulut dia menyumpah seranah orang yang buang kotak tu...

Aku tuang sampah yang ada di dalamnya... aku ambik pegang dan kami bawa ke rumah MIL aku... nak disimpan kotak tu dah terkena sampah... soh mak sedara laki aku tlg bakarkan...
Persoalan aku di sini... di mana letaknya akal fikiran.. apa tujuan dibeli jam tu.. adakah sekadar hiasan semata2... tidak tahukah hukum hakam tatacara melupuskan benda2 yang mengandungi nama Allah... yang paling hampir menitis air mata aku.. terdapat pampers baby dekat kotak tu.. dah tentulah anjing dah lalu sebab sampah sarap situ anjing suka selongkar.. entah2 telah dilangkah oleh kaum lain yang tidak mengerti...


Jumaat, 4 Jun 2010

AKU REDHA...

Ya Allah jika ini ujian dari-Mu buat hamba-hambaMu yang kerdil ini.. kami redha Ya Allah... Sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui atas segala yang berlaku... InsyaAllah ada hikmah disebalik apa yang berlaku ini...
Semakin dekat majlis kenduri perkahwinan adikku semakin banyak ujian yang mendatang. Pertama sekali kakakku hampir kemalangan... Syukur dia selamat cuma kena bayar gantirugi pada orang tu RM700 kerana orang tu elak kakak aku keluar dari simpang n dia terbabas hampir masuk sawah padi... Lepas tu ada masalah dengan kereta Abahku... melayang RM2k... Kemudian Nenekku pula jatuh di rumahnya Ahad lepas... bahu terkeluar dan lengannya patah... hari yang sama Bapa Mertuaku dimasukkan ke spital kerana masalah jantung... Kemudian adikku di KL pula motornya tiba2 rosak dan kos membaikinya RM850.. melayang jugakla gaji dia sebulan memandangkan dia baru je sebulan dua bekerja sian jugakla...
Ari ni anakku pula dimasukkan ke spital kerana muntah2 dari semalam... Tak sempat la mamat kecik ni menyambut hari guru di sekolahnya dan majlis penyampaian adiah tuk peksa sem 1 pun dia tak leh pegi la... sudahnya pepg td dia merengek nak adiahnya... kena la aku tebaikan muka mintak kat teachernya... huhuhu... siap bawa mai spital... tido dgn piala tu... adoiiiiyaaaaaiiiii anak...
19hb ni kenduri kahwin adik aku...semoga semuanya berjalan lancar. 20hb ni aku n husben kena bawa fil aku p ke IJN... semoga FIL aku tu tak dak la apa2 masalah yang besar dan semoga dia cepat sembuh...
Apapun ujian yang mendatang dari-Nya aku bersyukur kerana diberikan peluang untuk masih meneruskan idup di muka bumi ini. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang... Syukur padaMu Ya Allah atas nikmat yang Engkau berikan selama ini...
Nota Hati : Ditulis dari KPJ Penang Specialist Hospital

Khamis, 20 Mei 2010

IKLAN JAWATAN INSPEKTOR POLIS

Iklan pengambilan jawatan Inspektor Lelaki dan Wanita akan dikeluarkan di akhbar-akhbar utama pada hari Ahad (23.05.2010). Borang-borang boleh didapati di Ibu Pejabat Polis Daerah yang berdekatan. Sila bawa sijil asal semasa mengambil borang. Hanya calon-calon yang memenuhi syarat sahaja akan diberikan borang. Tidak boleh hantar wakil... hanya diri sendiri je boleh... Good Luck utk sesapa yang berminat...

Isnin, 10 Mei 2010

HARI CINTA IBU...

Balik keja di hari Jumaat anak aku menghulurkan sekeping kad dengan senyuman meleret... dengan ucapan "Selamat Hari Cinta Ibu"... hehehe.. wahhhhh kad pertama dari anakku itu... Kelakar la plak tgk nama dia huruf 'a' terbalik...
Dah 2 ari berjanji kat aku nanti nak belikan aku keretapi bila dia besar nanti... dia nak drive.. bawa aku jenjalan.. siap nak beli sekali dengan rail sekali... antam je la nak...
Ari Sabtu tolong aku tukar cadar katil kami... dengan alasan "ari cinta ibu" hehehe...

Buat anakku MUHAMMAD DANIAL MUSTAQIM, Ibu sayang Danial sepenuh ati... Semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan Akhirat. Ibu minta maaf selalu marah2... bukannya Ibu tak sayang... IBU CINTA DANIAL....
Ibu tak punya harta yang melimpah ruah untuk Danial. Ibu hanya mampu mengasihi dan menyayangimu selamanya...

Rabu, 5 Mei 2010

Aduhaiii anak...

Kelmarin suami aku jemput aku di pejabat memandangkan dia cuti. So, aku memerap la soh dia antar n amik aku kat pej.. alaaaa bukan jauh pun... 30 min je drive... hehehe lgpun bukan selalu...
Petang tu dia bawa la anak aku bersama memandangkan kami dah berjanji setia nak ke Jusco. Bawa budak itu jenjalan n main mainan kat Jusco. Depa sampai kat pej aku dalam pukul 6.30 petang... aku bgtau soh tunggu kejap memandangkan ketika itu aku masih dalam pejabat bos aku menyetelkan file2 yang berlambak bersama bos. Tetiba kedengaran suara kanak-kanak menjerit "IBUUUUU"... bos aku yang tengah minit file.. terberhenti dan memandang muka aku sambil berkata... haaa anak dah sampai... pastu dia ketawa sesungguh ati sambil berkata... 'kuatnya suara'. Aku pun tergelak tak leh kaber... jengah kot tingkap.. sahhhh nampak anak aku bermain2 di bawah pokok... bayangkan kuat tak kuat suara dia... aku kat tingkat 2.. dengan opis yang tingkapnya semua bertutup.. hehehe... Dalam pukul 7 bos aku habis minit file semua...


Pergi Jusco bagi dia main mainan kat Wonder Theme Park n bagi dia buat sand art. Pastu bawa dia p makan... aku senarai semua jenis makanan fas fud tapi dia tak nak.. dia pilih nak minum air je kat food court. Suami aku p order ais kacang sesambil aku order sizzling mee bebetui depan kaunter jual air. Anak aku dok sibuk minta air milo... aku cakap sekejap dengan harapan pas bayar baru aku nak beli air utk semua sekali... sekali dalam sibuk2 aku mengorder.. dia datang dengan bangganya menunjukkan secawan air milo sambil kata kat abah dia... "haaa terer dak.. danial order sendiri?"... aku terkebil2... tanya dia... dah bayar ke.. dia kata belumm... aku bg dia RM2 soh dia p bayar.. budak kat kaunter tu tak nak duit... aku paksa dia p bayar gak sendiri... last2 dia tinggalkan duit atas kaunter tu... aku soh budak tu amik gak duit tu takut nanti anak aku terbiasa...


Tengah makan2... dia nak lagi satu air milo... kebetulan meja kami duduk tu dekat je dengan kaunter jual air tu... abah dia bagi RM2 soh dia p beli... pastu abah dia folo dari belakang... sekejapan tu dia datang bawa secawan air milo dengan senyum sengih sambil berkata "abang tu belanja.. tak payah bayar"... adoiiiii la anak....

Sabtu, 1 Mei 2010

1HB MEI....

Hepi Enibersasi 2 us... Semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
Terima kasih buat suami yang sudi menerima aku seadanya... dengan ikhlas menerima segala kekurangan aku. Dirinya melengkapkan apa yang kurang dalam diriku. Ikhlas menyayangi dan menyintaiku tanpa memandang paras rupa. Memberi tunjuk ajar tika aku tersalah langkah. Berada disisiku tika aku memerlukan. Segala jasa dan pengorbanan mu tidak mampu ku balas.
Terima kasih kerana bekerja keras untuk kami. Tanpa jemu mencari nafkah dengan tenaga dan kudratnya walaupun ku tahu tempat kerjanya bukanlah di dalam pejabat yang berhawa dingin. Walaupun kita hidup serba sederhana... tapi aku bahagia...
Thanks 4 everythin'....

Isnin, 26 April 2010

Akhirnyaaaa....

Akhirnyaaaa aku telah mendapat 'sesuatu' yang aku idamkan... setelah aku cuba menggunakan berokben Celcom bos aku dan dapati ala-ala selalu gak la sangkut2 n slow mo.. maka aku muktamad untuk amik MAXIS... dari penelitian aku sejak aku guna benda alah ni dari ari Sabtu.. Alhamdulillah la.. ok je.. laju pun laju.. n takat la tak dak la sangkut lagi.. hope prestasinya berkekalan la...
Memula aku order dari satu kedai kat Jusco tu.. bayar deposit RM10. Memandangkan sepupu aku pun nak gak benda alah ni.. dan dia nak datang umah aku dari kg semata2 nak daftar benda alah ni... aku pun book la kat dia sama... Tapi alih2 kedai tu nak bagi aku modem yang gemuk ni... aku mcm tak berapa berkenan.. tak tau la sbb apa...


So, terjah kedai lagi satu kat Ground Floor kat Jusco.. dia kata malam stock akan sampai... aku koling2 bodek budak 'Nora' tu.. dia sanggup simpankan untuk aku... TQVM la adik atas jasa baikmu itu.. So, kesampaian la hajat aku... walaupun aku rugi RM20 aku rela... dan TQVM kat laki aku yang sudi memberi sokongan RM untuk aku dapatkan benda alah ni... I LUV U... hahaha...
"Demimu berokben.. aku sanggup tak dapat perfume yang laki aku janjikan.. tukar dengan dirimu... Harap kau tak hampakan harapan aku padamu... dengan pesanan.. jangan wat perangai yaaa... "

Khamis, 22 April 2010

RUMAH LAMA...

Aku rasa aku dah utang lamaaaa gambar umah aku ni dengan kengkawanku. Maaf ya kengkawanku.. selalu terlupa nak snap pict da... So, pas ni abis ya utang aku dgn hangpa... Umah aku ni simple je...
Angan-anganku nak letak satu tv LED yg besaq disitu.. ari tu masa mula2 nak pindah aku dah tempah kabinet tv.. design semua dah lukis.. dah siap ukur... tapi kontraktor tu tolak dgn alasan tv aku yg skang ni besaq dan berat mcm gajah.. so, dia kata hold smp aku beli tv baru dulu.. hampessss.... berat sangat ke tv aku tu.. ala... baru 70kg tak salah aku... hehehe... Last2 guna je yg lama.. n beli rak IKEA je gantung..

Tema tetap sama.. kekonon itam putis.. hehehe... aku cari gak frame Allah Muhammad tu sampai dapat yg kaler itam putih... Stand Lamp yang melengkung tu kesukaan laki aku.. tp aku tak suka sangat pasang lampu tu.. rasa mcm panas..

Asalnya benda alah Love tu Alas kaki.. tp memandangkan kegebuannya aku amat sayang nak letak depan pintu @ tempat yg dipijak2.. so, aku letak tempat yang tak diganggu gugat.. tp ada jugak la makhluk kecik suka stunt atas tu kekadang...

Ini barang kegemaran aku kat dalam umah ni... Suis itam silver tu aku tgk dalam 'Deco Bersama Eric'.. sanggup search tenet cari dealer suis tu.. sbb yg aku dok jumpa kat kedai lampu mahai ya amat reganya.. 1 pc je RM30-40... koling p koling mai.. ada satu kedai je kat Utara ni.. kat area Penang.. terjah dengan laki aku merempit 2 orang p cari... dok imagin kedai lampu yg best la.. sekali... kedai cina tokpek buruk je... reganya bagi aku... berbaloi2... below RM10 satu pc... murah kan....
Projector Clock itu yang aku suka sampai skang... dan.. jika orang datang umah selalu bertanya cemana jam tu ada kat dinding.. hehehe... Dia datang dari benda alah yang bulat kat siling tu... on off mcm lampu... suis kat dinding je... tapi utk jam tu bergerak dia guna bateri AAA je... boleh pancar kat mana kita suka.. even kat lantai...

Lampu ini satu ketika menjadi fav item aku... masa baru beli kat kedai la... tapi skang sudah lapuk daaaa....

Itu je dari aku untuk ruang tamu umah aku yg simple je... Aku rasa konsep ni susah gak la nak jaga sbb banyak rona itam memandangkan terlalu banyak habuk. Mebi sbb berdekatan taman fasa 2 dan 3 yg dalam pembinaan juga ada kuari batu disitu. Curtain putih itu juga bermasalah.. tangan2 kecil selalu dilarang parking di situ.. hehehe... tetambah border atas n tepi yg itam tu.. kain baldu.. lg la lekat habuk...

Ok.. kengkawanku pas ni jangan tuntut dah tau.. gambar bilik aku tak leh la letak kat sini.. aurat rumahtangga.. hahaha aci kot alasan tu... padahal bilik aku tak cantik ponnn...

Selasa, 20 April 2010

PERTAMA KALI HIAS DEWAN




Minggu lepas Pejabat aku ada buat majlis meraikan pegawai dan anggota serta kakitangan yang bersara dan bertukar. Semua persiapan telah dibahagikan mengikut bahagian. Tetiba dihari Khamis ada seseorang minta tolong aku untuk bantu hiaskan pentas. Memandangkan kakak yang minta tolong tu pun selalu juga bantu aku dalam tugas harian aku tak sampai hati menolak. Bincang p bincang mai.. setuju tema purple n pink.



Di hari Jumaat yang mulia.. p la terjah dewan.. sekali.. ayarkkkk board atas stage tu kaler maroon. Sib bek barang belum beli. Terjah kamdar cari warna yang sesuai... Sampai Kamdar pukul 10 tengok Kamdar pun blum buka.. satu hal lak tunggu sampai pintu Kamdar tu dibuka.. kira 1st kastemer la... Kira main pk time tu juga.. beli agak2... Imagin je sikit2 apa yang nak dibuat... So, mula la tugas kami t/hari tu apa yg nak dibuat.. memula aku nak buat mcm pattern skang ni.. pattern kain silang2.. tp tak cukup kain n kekurangan peralatan... so, kami reka sendiri la... terjah plak beli lampu lip lap n bunga.. dah siap.. mcm kekurangan... beli lg tambah lampu lip lap... nak beli bunga tambah dah kureng bajet.. so, on je la apa yg ada...



So, inilah hasilnya... kain tu pun tidak dijahit.. main potong n lekat je dengan staple.. dengan bajet tidak sampai RM300... termasuk kain, bunga dan lampu lip lap... ok la kot dengan persiapan sehari je... Majlis berlangsung Jumaat malam.. kira aku siap hias... orang pun datang.. Lagi 2 orang yang buat keja dgn aku tu balik bersiap sbb dorang kena menghidang plak malam tu.. aku balik dalam keadaan bucuk masam sementara tetamu yg datang bau wongi2 je... Sorang kakak tu kesian kat aku.. siap tapau lauk utk kami 2 branak memandangkan laki aku ke Langkawi smp ari Ahad.. hehehe...

Terima kasih kepada semua yang baik2... Yang penting bos puas hati even keja last minute.. lenkali jangan buat lg tau.. penat wehhhh...

Nota :- Aku rasa MENTOR (Tunjuk Ajarku Sifu) kalu nak buat skirting meja tu.. atleast guna la staple gun ke.. ni lekat guna double sided tape je.. sian aku tengok... masuk tv wehhh berapa ramai makhluk kat Malaysia ni tgk... puas la mamat rock tu dok urut2 dgn tangan dia sesambil dok komen orang nyanyi... shame... shame...

Isnin, 19 April 2010

SETULUS KASIHMU...

2 hari cuti aku just lepak umah je dgn anak aku.. berhibernate dalam umah 2 beranak.. mana taknya... kami langsung tak keluar umah.. even pintu depan pun tak berbuka... malas nak kemana-mana.. laki aku keja...

Sabtu tu aku koling 'teacher' anak aku(anak aku marah sebut cikgu) utk tanyakan pasal homework dia... sembang p sembang mai.. cikgu tu cakap prestasi anak aku dalam matematik agak menurun dibandingkan dgn orang lain... cikgu tu kata sejak aku asyik balik lewat ni prestasi dia down sikit... pas sembang dgn cikgu tu.. aku panggil anak aku tanya dia.. dia kata dia tak pandai... tak apa.. aku tak marah dia... aku kata ibu akan ajar... so, ari tu aku main game teka2 no 1-10 (in malay n english) suka ati betui dia.. aku tulis besar2 kat white board sekali dgn ejaan dia then soh dia teka.. then buat 2 ruangan utk tanda tekaan dia betul @ salah... dalam lebih kurang 50-60 kali tu.. ada la dalam sepuluh salah teka.. tu pun bila aku sebut dalam bahasa melayu.. dia mcm teragak2.. bila sebut in english leh lak dia cari nombor tu... Untuk bacaan aku rasa dia ok la... Dorang gunakan kaedah "BACALAH ANAKKU"... sejak kebelakangan ni selalu dia dia dapat 3 star.

Ahad - aku tak buat apa sangat.. kemas umah sikit2... lipat baju... awal tu aku dilanda sakit perut ya amat sangat... sampai tak leh nak jalan pun.. gagah paksa diri gak t/hari tu bangun sbb anak aku lapar nasi... just bg dia makan nasi, telur dadar n kicap.. tu pun dia kata sedap... dia kata 'tq ibu'.. sbb fav dia telur pizza (telur dadar)... ada sekali tu aku berehat atas katil... sakit sangat smp keluar air mata aku.. dia datang.. tanya ibu sakit perut ke... aku angguk je.. dia tarik baju dia.. lap air mata aku.. gosok2 kepala aku.. then aku nampak dia pergi almari aku.. ingat dia nak buat apa.. aku perati je... dia amik kerusi.. mcm mencari sesuatu atas almari solek tu... dia datang kat aku.. pakaikan cincin bear tu kat jari kelingking.. then sayang pp aku.. dia cakap danial sayangggg ibu.. nanti kalu ibu tak larat makan bgtau ya.. danial suapkan utk ibu.. aku ketawa je.. lagi la laju air mata aku... sambil jari kecil dia mengesat air mata aku... pastu dia pesan lg.. kalu tak larat lipat baju biar je... nanti danial lipatkan sbb aku belum siap lipat baju.. benti sekejap sbb sakit perut sangat.... huhuhu sungguh tersentuh jiwa aku ari ni...

sesungguhnya... kanak-kanak sekecil itu mengerti erti kasih sayang... aku harap dia akan menjadi anak yang soleh... aku tak pernah mintak apa2 dari dia.. sekadar harapan aku kelak dia menjadi anak soleh dan menyayangi aku setulus hatinya...

Lagu...

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku

Chorus
Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Kini ku coba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh kekasih

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku

Ulang Chorus 2X

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan

Lagu ni anak aku suka nyanyi... beberapa ari lepas time aku bawa dia ke pejabat time drive tu ada lagu ni.. wahhhh buka kuat2.. melalak 2 beranak.. tak sangka dia leh hapai lagu ni... rasa aku lagu ni la kot lagu pertama yg dia leh hapai bebetui...

Aku tanya dia.. dia ada kekasih ke... dia tanya aku balik.. aku kata kekasih aku 'Abah' la... dia kata kekasih dia 'Ibu'..muehehe... dia nak ada kekasih gak.. aku kata dia besar sok akan ada kekasih la.. mcm Ibu dgn Abah... mcm bla bla bla.. aku senaraikan la suami isteri yg dia kenai... antam je la nak...

Khamis, 1 April 2010

RINDU...

Logik dak kalu aku kata aku rindu anak aku... aku kesian kat anak aku.. dia mcm terabai... rutin harian aku yg semakin sibuk buatkan masa aku dengan dia terbatas. Seawal 7.30pg aku dah keluar kerja.. dia ke sekolah. Suami aku keluar jam 6.30 pg.. dan balik pun malam memandangkan dia kerja 12 jam sehari. Selalu aku sampai rumah 8mlm++. Antar dia p ngaji Iqra'.. orang ngaji kul 8 tp dia lewat memandangkan aku balik keja lewat. Pkl 9 dia balik umah.. makan2.. pastu buat kerja sekolah dan baca buku... (gilir2 dgn suami tengok dia). Sambil aku kena siapkan kerja rumah.. kemas apa yg patut, basuh baju, iron baju dll la... rutin harian seorang ibu dan isteri.. sebelum 12 dah kena tido...

Adakah kita sekarang menjadi hamba kerja... sungguh aku rindu waktu kerja yang dulu.. 8-5... petang2 aku sampai rumah boleh tgk anak aku naik basikal.. bawa dia ke taman... mandikan dia di waktu petang...


Dah 3 hari dia merengek kat aku setiap pg time ke sekolah dan mengaji malam. Memandangkan dia agak rapat dengan aku... katanya tak nak tinggalkan aku... nak dok bersama aku.. adakah dia juga rindukan aku...


Kelmarin dulu dia adiahkan aku sebentuk cincin kecil warna silver ada tedi bear atas cincin tu. Dia kata cincin tu comel sangat.. Dia dapat masa beli coco crunch.. katanya dia simpan utk aku sbb dia cintakan aku... huhuhu... semalam pg2 dah tanya aku mana cincin tu.. gembira dia tgk aku pakai datang kerja... balik kerja malam pun dia check tgk ada tak kat jari aku.. pg td tanya lg time aku antar dia ke sekolah... sbb dia tak nampak aku pakai.. dia kata aku pakai cincin yg 'abah' bg...tp tak pakai yg dia bg... dan dia tanya aku tak sayang dia ke... tp aku kata aku simpan sbb aku sayang cincin tu.. sebenarnya aku lupa.. aku tanggalkan takut cincin tu rosak terkena air... itulah adiah pertama dari anak aku utk aku... walaupun murah tapi aku sungguh terharu..

Sungguhhh... aku rindu dia... w/pun hari2 dia depan mata aku... saat ini aku menangis kerana rindukan dia... rindu gelak tawa dia yg setiap hari menghiburkan aku... terkenang saat tangan kecil dia mengesat air mata aku bila aku sedih... aku tahu aku selalu marah dia... aku kurang sabar melayan kerenah dia... tapi aku sayang anak aku...


semalam dia merajuk... time makan sate sambil2 tgk tv.. dia nak suapkan abah dia timun yg dicicah kuah sate.. tp abah dia tak nak... dia nak suapkan aku.. tp aku tolak kerana aku mmg dah berhenti makan... kekenyangan.. dia lari tinggalkan kami... aku baru tersedar aku salah... dia cuma ingin bermanja2... aku pujuk2... bodek2 dia utk buat kerja sekolah...


tiap kali aku pandang wajah dia tengah tidur... aku rasa sedih... aku tahu dia nak perhatian dari kami... selalu juga dia bersungut... ibu dan abah kerja kerja kerja.. balik malam.. balik malam.. balik malam..


Aku rasa itulah sebab utama di waktu sekarang aku berhenti seketika daripada menerima tempahan. Aku nakkk beri tumpuan untuk anak aku.. biarlah aku tidak dapat tambah RM tapi aku sayang anak aku... Aku harap pilihan aku tepat...

Rabu, 31 Mac 2010

HARUSKAH AKU...

Malam Sabtu yang lepas aku, suami dan anak nak pegi poya-poya ke Jusco. Sampai tengah jalan tu ternampak makhluk terdampar atas jalan... eksiden... mangsanya seekor pejalan kaki... suami aku elak.. kira makhluk tu betul2 di bawah perut kereta.. dah lepas dari dia.. aku mcm kesiannnn la kat makhluk ni... dok buat ayat kat laki aku kalu tak angkat dia sure la dia akan mati dilanggar oleh kenderaan yang lalu lalang.. dan dia akan jd menipis dan menipis... huhuhu.. sadissss... tak sangka suami aku akan pusing balik utk memenuhi hajat aku tu... memandangkan jalan one way kena la buat u turn agak jauh gak la...
bila sampai tempat kemalangan tu.. aku lihat makhluk tu masih terbaring di atas jalan tak berupaya... aku mengangkatnya yang berdarah2 dan meletakkan di tepi jalan betul2 pintu pagar masjid.. hampir menitis air mata jugak la dengar dia mengerang kesakitan... di masa yang sama azan Isyak berkumandang. Aku urut2 badan dia... aku tgk dia makin tenang.. nak ku biarkan tak sampai hati tengok dia tgh sakit... aku telefon member dan minta no. fon klinik haiwan. Kami amik keputusan nak bawa dia ke klinik... agak jauh juga la dari situ.. hampir 20 minit perjalanan... dah sampai klinik.. klinik tutup... telefon doktor dia tak dpt datang kerana ada function. Bawa balik ke Kulim dan pusing2 cari klinik. Semua dah tutup. Bawa dia balik rumah.. aku letak dalam sangkar yang dipinjam dari jiran sebelah. Nak letak ubat tak berani sbb dia garang betul. Mebi dia melindungi diri dia yang tengah kesakitan....
Program bawa anak aku jenjalan super dibatalkan.. nasib baik hero aku memahami. tu pun setelah aku saiko dia cukup2.. hehehe.... kekonon dia dapat banyak pahala la tolong kucing tu... nanti dpt masuk syurga... dia pun ok la...
Aku bagi susu tapi tak diminumnya... badannya menggigil2... matanya tak fokus pada satu tempat...

Bulunya yang dipenuhi darah kering... ini waktu pagi dah... malam tu darah meleleh keluar dari mulutnya
Pagi tu aku bawa dia ke klinik haiwan. Dr check tengok tak ada yang patah... cuma mulut dia luka n rahang dia mcm terkeluar kot sbb bila doktor tu buka mulut dia boleh dengar bunyi 'tap'. Dr. cocok antibiotik sejarum...



Ini gambar pagi tadi pas aku mandikan dia... mandi tak sabun sungguh la bucuk ini jantan... Keadaan dia dah ok dibandingkan dgn hari pertama aku bawa dia balik. Hari-hari aku suapkan dia susu. Hari pertama dan kedua guna syrink. Hari ketiga dah boleh guna sudu. Dia dah boleh jelirkan lidah dia utk jilat susu. Dah boleh makan sedikit nasi. Tu pun hari2 marah aku.. tapi aku tak pernah dengar dia mengiau... pemalu ke apa ke aku tak tau la..
Pg tadi aku bawa dia balik ke tempat kejadian. Niat aku nak lepaskan dia balik supaya dia boleh balik ke rumah tuan dia... bila aku lepaskan sekali dia lari masuk bawah kereta... aku pun tertonggeng2 tepi jalan tu cari mana dia.. tengok2 tak ada.. aikkkk... mana ilang.. tengok dalam longkang kot la lari masuk longkang yang dalam tu.. tak ada... aku cuba buka bonet depan tengok nahhhhhh kat sini rupanya... adoiiiii.... member aku terus matikan enjin kereta takut dia tersepit dengan apa2 ke... dah la member aku tu pakai uniform polis ramai gak la yg lalu lalang tertoleh2...



Cuba tangkap dia tapi dia marah... lari ke bawah lagi... pastu ada 2-3 orang datang bantu... kelakar la plak perangai kucing ni... dia masuk smp bawah... aku tak sempat snap gambar.. dia duduk celah2 wayar...



Ada satu mamat bangla ni amik kayu acah2 dia... lama gak la kami kat situ dekat 30 min... last2 dia lari keluar.. terjerit2 aku dgn kawan aku sbb dia lari ke jalan.. kang eksiden lagi... pastu dia lari masuk dalam longkang... aku p jengah dia.. sian tgk mulut dia berdarah. Mebi sebab dia gigit kayu yg bangla tu dok jolok dia kot... Kena la aku turun dalam longkang tu tangkap dia... sib bek longkang tu ada air sikit je.. dan aku tgk air ujan je kot.. jernih je...

dah tangkap masuk balik dalam sangkar... roger laki aku... dia kata bawa balik rumah laaa sian dia... aku pun bawa la dia ke pejabat memandangkan aku tengah bekerja skang...

aku dalam dilema sama ada nak lepaskan dia selepas dia pulih atau memelihara dia. Bila dia pandang aku dengan renungannya itu.. aku serba salah. even dia tak berapa encem tapi renungannya buat aku lemah... nak dipelihara anak aku ada asma... nak dibuang dia tak nak plak...

apa harus aku buat... ????