Jumaat, 16 Disember 2011

IRFAN...

Dah lama blog aku bersawang.. dalam tempoh itu macam2 yang jadi.. suka duka... bkn xdak keinginan nak update... tp malas menaip kekdahnya... Hari ni ku gagahkan juga demi rinduku pada IRFAN...

Perjalanan kisah IRFAN bermula pada 27/11/2011... pada hari tu dia jatuh basikal.. dan tak sangka kisah dia akan panjang...

Kelmarin jam 8.30pg aku bertolak ke A/Setar. Tujuan ke sana untuk ke Hospital Sultanah Bahiyah buat kesekian kalinya.. Aku pergi dgn hero kecik aku ja (baju putih)... laki aku kerja... tapi kali ini tujuan agak berlainan.. selalunya pergi sana utk melawat anak saudaraku.. tapi hari ini untuk transfer dia ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani... Dah 19 hari Muhammad Hamizan Irfan (berbaju hijau) ditempatkan di ICU HSAH akibat jatuh basikal (keretakan tempurung kepala dan pendarahan otak).. 2 kali pembedahan dilakukan. Pembedahan pertama bagi mengeluarkan darah dalam otak dan pembedahan kedua bagi memasukkan tiub dr kepala ke usus (untuk mengeluarkan lebihan cecair di dalam kepala) dan tiub tersebut akan kekal di dalam tubuhnya hingga ke akhir hayatnya...




Muhammad Hamizan Irfan, Muhammad Danial Mustaqim (Anak aku), Muhammad Haziq Afif (Adik Irfan)

(gambar diambil ketika kami cuti-cuti ke Sabah bulan Oktober 2011 yang lalu)



Setelah semua urusan selesai.. jam 12+ tgh kami bertolak dari HSB ke HSAH... kakak aku naik ambulan setia disisi menemani anaknya. Kami folo dengan kereta... 1++ ptg kami sampai di HSAH.. di HASH Irfan tak lagi ditempatkan di ICU.. tp ditempatkan di wad kanak2.. dengan itu dapatlah kami ahli keluarga melawat juga.. kalu di HSB mmg tidak berpeluang kerana ICU kanak-kanak hanya ibu dan bapa sahaja boleh masuk itupun hanya waktu melawat sahaja..


Selepas operation kali pertama



Selepas operation kali kedua...



Sesungguhnya aku tak mampu nak tulih banyak2... cuma kelmarin selepas berpeluang melihat sendiri IRFAN depan mata.. dpt panggil nama dia.. dapat pegang2 dia... hati sayu.. hari ini bila tgk gambar2 dia.. aku teringat kerenah dia... kenakalan dia yg kadang2 buat kita nak meletup... keaktifan dia yg tak reti duduk diam... yg kadang2 bila bertemu aku marah gak dia... huhuhu.. ... dia adalah anak sulung kakak aku.. cucu sulung bagi kedua2 family... yaaaa aku RINDU IRFAN...
Terkini.. tanpa alat bantuan pernafasan...


Doa dan harapan kami agar IRFAN cepat sembuh dan kembali pulih...


Bangunla adik, kami semua tunggu adik bangun..

kami semua sayangkan adik...

minggu depan kan befday adik.. bangun laaaa..

Lang janji, kalu adik jd budak baik.. adik bangun..

Lang akan belikan adik adiah befday yang special...

adik nak apa pun Lang akan belikan... bangun laaaa...

Abah tunggu adik nak sambut befday sama2..

minggu depan jugak kan befday Abah...

kita celebrate befday sama-sama...

ujung bulan ni kan befday Lang...

adik jangan nakal2 lagi.. Lang tak marah adik...

adik bangun laaaa....

Danial nak main dgn adik.. jom kita balik rumah wan...

Rabu, 14 September 2011

UNCLE CINOS...

Dua hari yang lepas balik kerja aku singgah Maybank dengan niat nak transfer duit dekat kawan aku atas urusan bisnes (cewaaahhh bisnes la sangat)... sesambil aku nak tekan duit sbb dlm beg cuma ada belas2 hinggit je.. mana cukup nak beli utk makan malam.. time tu l/k pukul 7.40 malam..


Maybank Bukit Mertajam tu bila malam agak sunyi sikit kawasan situ.. aku tgk ada la 4-5 orang time tu.. so, aku pun berani la masuk... aku tekan duit pastu p la beratur kat mesin cash deposit.. dpn aku ada sorang uncle cina tgh masuk duit.. dia tanya aku kenapa rosak ke mesin sebelah.. bila dia toleh sebelah dia tgk mesin atm.. dia minta maaf dia kata ingat mesin masuk duit... aku kata aku amik duit kat sebelah n nak transfer pulak..


Lepas urusan dia selesai aku terperasan hanya aku dan dia sahaja dalam bank tu... aku pun memberanikan diri la.. sementelah aku tau rekod BM yang tak berapa best... tiba-tiba uncle tu kata.. "u masuk duit saya tunggu, takut kena samun nanti".. wahhh baiknya... mungkin dia terperasan aku pegang duit agak tebal... uncle tu pergi berdiri tepi dinding kaca tu tunggu aku... aku pun cargas je la sementara ada orang sudi bantu... time tu la pulak mesin tu tendang sekeping duit 50.. adoiii.. cepat2 tukar duit lain masuk balik.. ok setel...


Bila dah setel aku pusing n ucap tq kat uncle tu.. aku terperasan ada dua orang lelaki baru masuk.. sorang p kat ATM sorang dukung anak berdiri tunggu di belakang aku tp agak jauh sikit... tiba2 yang dukung anak tu tegur aku.. "kenapa cik, duit tak boleh masuk ke?" aku toleh belakang.. rupa2nya itu adalah anggota polis yg bekerja satu tempat dgn aku keja.. aku bgtau dia ok je semua.. uncle tu dia tunggu sbb takut aku kena samun.. dia senyum dan aku keluar bank bersama uncle tu...


Tiga empat kali la jugak aku dok ucap terima kasih kat uncle tu... pertama sebab dia baik hati.. kedua sebab even aku Melayu dan dia Cina.. dia berbaik hati membantu aku... sekali lagi terima kasih uncle cina (aku terlupa tanya nama dia)...

Isnin, 12 September 2011

CARS 2



Dah banyak hari aku sebut nak bawa bf kecik tengok wayang citer CARS 2... Dia pun berkobar2 nampaknya. 2-3 hari sebelum tu aku cuba search tenet tgk time.. ok.. dah dpt time yg cantik try nak booking online tp hampeh... Jumaat try nak booking online lg.. tp hampeh gak.. try tefon pun hampeh tak berjawab... Nampaknya kena la terjah sendiri beli tiket... Memula plan nak tgk yg pukul 3+ tp bila pk2 balik takut ramai orang aku ajak anak aku tgk show paling awal... plan nak tgk kat Giant ja sbb aku malas nak p Jusco @ Sunway Carnival @ Pacific..

Hari Sabtu 10/9/2011 tu lepas laki aku p keja pukui 6.30pg... aku berehat2 seketika melayan ipad.. ingat pukul 7++ baru nak start kerja rumah... tengah2 dok syok2 main game.. dengar suara budak kecik bangun.. time tu pukui 7+.. amboiiii awainyaaa.. tidak tak pukul 9++ @ 10 tak bangun la... teruja la tu... bangun elok je cuci muka berus gigi tanpa banyak songeh.. sarapan kuih raya... pastu tlg aku vacum rumah... dah setel urusan kilatkan umah.. siap2 pukul 11 kami keluar.. singgah beli lauk utk makan t/hari siap2... pastu terus terjah giant.. p beli tiket.. ok.. lepak2 jap kat depan tu sbb 10 mins lg baru bleh masuk...


Kami dua beranak tgk CARS 2 3D... aku amik couple seat blakang sekali.. selesa sket aku nak duduk.. luas.. best jugak tgk wayang awai2.. show start pukul 11.40pg... dalam tu cuma ada 4 family termasuk kami... so, boleh layan tanpa gangguan...


Cars 2 ni ok la jugak... kali ni watak "Mater" lebih menonjol... kira kali ni Mater la hero... Mater ni secara tak sengaja telah terlibat dengan ajen perisik dan berjaya menyelesaikan kes...



Aku hepi bila tgk anak aku hepi... Tapi dia kata lebih seronok kalau ABAH ada.. ya aku pun tentu akan rasa yang sama.. tapi nak buat mcm mana.. Abah adalah bekerja di hari Sabtu.. Lepas abih movie terus balik umah.. memula ingat nak pusing2 ronda2 dulu... p makan2 kat Resepi Rahsia ka... tp tadi sblm keluar rumah jiran aku bgtau depa nak berkelah makan t/hari.. tu yang aku pergi beli lauk siap2.. balik tu smp rumah, sedang elok jiran aku sudah memasak.. kami angkut semua p umah jiran depan umah aku tu... berkelah 3-4 family... umah depan umah aku tu kosong sbb jiran aku tu baru je posting ke Sandakan.. sebelum tu tefon minta izin dia dulu nak masuk dlm rumah dia.. kunci ada kat jiran sblh umah aku.. Perut tengah berkeroncong sbb dah pukul 2.. hanya makan popcorn dlm pangung je... apa lg.. laju je la layan nasi...

Khamis, 8 September 2011

PILIHAN HIDUP...

Dalam meniti hari-hari yang mendatang kadangkala kita diuji. Ujian itu datang dalam pelbagai bentuk. Kita sebagai hamba-Nya sudah tentulah kita menerimanya dan menempuhinya dengan redha. Dalam hidup juga kita terpaksa membuat pilihan. Even dari benda remeh membabitkan urusan harian pun kita kena buat pilihan. Dari memilih barang yang kita suka. Memilih makanan.. sampailah benda yang lebih berat... Memilih pekerjaan.. memilih jodoh dan sebagainya...



Bagaimana pula jika diri kita sebagai seorang isteri terpaksa memilih antara "suami" atau "ibu bapa"... Sudah tentulah kita sayang kedua-duanya... Betapa berat pilihan yang terpaksa dibuat. Kita harus bijak membuat keputusan dan mengatur langkah. Jika boleh kita inginkan kedua-duanya...

Orang kata bercakap begitu senang. Orang yang menghadapinya yang menanggung segalanya... Apabila seorang kawan bercerita kepadaku bahawa kakaknya yang disayangi membuang "keluarga" dan memilih untuk terus hidup bersama suami dan anak-anak lantaran bimbang dengan ugutan suami untuk "CERAI" jika memilih keluarga.. aku amat terkejut. Kerana aku tahu si IBU itu hanya seorang lantaran si AYAH telah lama meninggal dunia. Dari cerita kawanku aku tahu dia juga kecewa kerana hanya itulah seorang KAKAK yang dia ada. Bertambah sedih hatinya bila melihat air mata si IBU. Ditambah pula Syawal yang baru berlalu si anak tidak pulang.



Entahlah... dalam fikiranku sering memikirkan kejadian ini dan membayangkan jika terjadi padaku. (Walaupun sebenarnya aku tak nak benda ni jadi kat diri aku dan keluarga aku) Siapa yang aku harus pilih... Dalam hati aku, dalam fikiran aku yang tidak sempat merasai kasih sayang seorang ibu dari kecil kerana MAK dijemput ILAHI lebih awal kerana ALLAH lebih sayangkannya...tapi aku tetap sanjung MAK, sayang MAK dan tiada galang gantinya... yang aku rasa aku sayang MAK aku yang sekarang dan MAK MERTUA aku... aku akan pilih MAK/ABAH... biarlah aku hidup tanpa suami walaupun aku sangat sayangkan suami aku... biarlah aku membesarkan anak-anak dengan kudrat aku. Orang kata syurga isteri di bawah telapak kaki suami. Tapi aku tak akan buang MAK/ABAH... betapa ibu mengandungkan 9 bulan 10 hari. Menyusukan.. mengasuh.. ABAH berjaga siang malam mencari sesuap nasi untuk anak-anak.. mereka membela dari tapak kaki sebesar dua jari sehingga dapat merangkak.. berjalan.. berlari... belajar mencari ilmu... dari sek. rendah hingga sek. menengah.. hingga masuk U.. hingga bekerja... hingga kita mengenal cinta dan dikahwinkan...



Betapa masa mereka yang berlalu membesarkan kita.. ketika kita sakit demam.. bersengkang mata.. betapa ketika kita senang2 meminta duit untuk membeli itu ini.. merengek minta itu ini kerana kawan-kawan kita memilikinya... tak akan senang-senang untuk aku membuang mereka dan hidup bahagia dengan insan yang baru beberapa tahun bersama kita. Yang mengenal kita setelah kita telah dewasa. Yang menyatakan untuk menyayangi kita seadanya. Yang menerima akad untuk menjadi ketua keluarga dan membimbing kita... "SUAMI". Jika dia suami yang baik dia tahu dan sedar apa yang terbaik untuk kita.

Hidup ini ibarat putaran roda. Kejap di atas dan kejap kita di bawah. Jika hari ini kita melakukan perkara yang sama buat IBU/AYAH kita... tidak mustahil suatu hari nanti ANAK kita akan melakukan perkara yang sama buat kita.



Sambil aku menaip sambil aku menahan air mata aku.. entahlah, bagi aku bila bab membabitkan IBU/AYAH aku amat sensitif. Aku tak ingin menjadi anak derhaka.. aku juga tak ingin anak aku menjadi anak derhaka. Semoga aku menjadi anak yang solehah... dan anak aku menjadi anak yang soleh...




Apa pilihan korang??? IBU/AYAH atau SUAMI???....

(Keratan kartun ini masih ku simpan dari dulu hingga sekarang dalam album gambar di rumah dan kulekatkan gambar MAK - RAHMAH)



*********** (^.^) ***********


Buat suamiku AFR,

Terima kasih kerana menyayangiku dan menerimaku seadanya.

Mendidikku dan selalu mengingatkanku jika aku alpa.

Selalu berusaha keras untuk membahagiakanku dan anak.

Selalu berusaha untuk memenuhi impian kami.

Terima kasih kerana menjadi suami dan abah yang memahami dan sesungguhnya AFR adalah yang terbaik dihati kami.

Semoga kita bahagia sehingga syurga dengan restu MAK/ABAH dan MAK/AYAH...


*************

Buat Anakku Muhammad Danial Mustaqim,

Ibu dan Abah doakan MDM menjadi anak yang baik,

mendengar cakap Ibu/Abah,

menjadi anak yang cerdik,

menjadi anak yang pandai,

menjadi anak yang SOLEH,

menjadi anak yang mengikut suruhan ALLAH dan RASUL,

meninggalkan segala larangan ALLAH dan RASUL,

Ibu dan Abah sayang MDM lebih dari segalanya di dunia ini.

Rabu, 7 September 2011

GADJET...

Sekarang ni mcm2 jenis gadjet yg keluaq.. hp canggih2.. tab la.. ipad la.. mcm2 jenis dok ada.. tunggu ada RM ja... memandangkan aku ni agak la minat dgn benda alah ni semua agak mencabar keimanan la... kalu letak depan aku gelang emas sebesaq ibu jari dgn letak gadjet2 yg best soh aku pilih.. aku akan pilih gadjet2 tu lg... sbb tu la kot aku tak pernah beli barang kemas (emas) yg ada pun beli dgn duit mas kahwin... sbb nak bg nampak benda dgn duit tu... tu la kali pertama aku beli emas... 7 tahun yg lepas.. kali kedua tak tau la tahun bila...



Ari tu masa dok survey2 lappy utk sepupu aku tengok benda alah ni kat website ASUS. Terus tangkap cintan... Namanya "PADPHONE". Sempoi jeee rasanya benda alah ni bila aku tgk iklan dia kat youtube... 2 in 1. Boleh dijadikan hp (android) dan boleh dijadikan tab. Khabarnya akan dilancarkan bulan 12 2011... dan aku pasti harganya boleh tahan la kot...










Sementelah aku adalah pengguna ipad... bila rumours mengatakan bln 12 2011 atau 2012 akan keluar ipad3 dengan penambahbaikan yg lebih sempoi spt "retina display" dll... hati meronta2 la jugak... tp ada juga dengar2 "delay" sbb masalah "retina display"...

Aku hanya mampu berharap benda alah ni akan dilancarkan pada waktu yang sama agar dapat buat pilihan... hehehe... (angan2 mcm la ko tu duit banyak beno) Kena la start menabung nampak gayanya ya... Ari tu laki aku dok ushar2 Samsung Galaxy Tab.. tp aku mcm tak minat je.. so, aku buat dekk je la... Tak la aku memberi semangat utk dia utk beli mcm aku racun dia beli Ipad... Ipad yang ada skrang ni letih berebut dgn anak aku yg asyik hadap game je... salah aku gak la.. sapa soh jailbreak n install mcm2 game utk dia...

Rabu, 25 Mei 2011

KAWAN, TEMAN ATAU SAHABAT???

Baru-baru ni bro "Norazlan Abdul Aziz" ada update status kat fbnya seperti di bawah


Korang tau NAA tu siapa.. dialah LAN AtoZ.. hehehe.. tentu korang kenal kan... aku adalah salah sorang peminatnya... Album dia Diari Hati pun aku beli gak.. antara yang terawal la jugak w/pun tak berapa nak awal.. hehehe kira aku bleh berbangga la sbb dah bertahun tak beli Album ori penyanyi tempatan tetiba aku leh beli album dia.. siap dia sign lg tauuuu.. Album ni tiada dipasaran terbuka.. kalu nak.. kena melalui dia.. hehehe... bukan pasal album aku nak cerita... ni pasal status dia...

Antara banyak2 komen untuk status tu.. aku boleh nampak ramai yang tidak menyokong untuk memberi pinjam wang kepada "member rapat"... macam2 la yang kata.. nanti member tak bayar la, tak boleh percaya la, nanti tipu la.. belum apa2 lagi kita sudah fikir negatif terhadap seorang member rapat... ada jugak la aku komen2... tapi dari situ aku dapat melihat betapa zaman sekarang sukarnya untuk mencari seorang SAHABAT.. dan aku rasa aku amat bertuah.. kenapa aku kata macam tu... korang ada ramai kawan kan.. dalam ramai kawan2 kita tu.. berapa orang yang boleh bergelar SAHABAT... aku ni tak la ramai kawan sangat.. mebi sbb life aku kot.. just mai keja balik keja.. nak poya2 pun dgn family je.. cuti2 lepak umah @ aktiviti dgn family.. balik kg atau jalan2.. tp aku rasa SAHABAT yang aku ada.. yang dah lama kenal.. ada yang dah sampai berbelas tahun..


Setakat sekarang aku rasa... aku dan SAHABAT2 ku tiada perasaan sangsi antara satu sama lain.. kadang2 kita dalam kesusahan SAHABATlah yang memberi pertolongan.. FAMILY tu skrang ni tok sah cerita la.. tentulah FAMILY yang first kan.. skrang ni kita cerita bab SAHABAT.. SAHABAT2 aku ni dorang duduk jauh la dari sini.. aku di Utara.. dorang majoritinya di area KL dan ada juga di Selatan.. banyak berhubung pun melalui telefon tapi kerapkali facebook la menjadi penghubung tanpa sempadan.. hehehe... kadang2 aku memerlukan dorang bg pinjam.. kadang2 dorang memerlukan aku bg pinjam... x pernah pun dalam ati aku terpk untuk dorang tipu ke apa ke..


Aku rasa walaupun dah hampir 13 tahun aku meninggalkan zaman bergelar student.. tapi kenangan dengan dorang masih tak dapat ku lupakan... majoriti untuk kelas kami ramai yang datang dari utara dan kami bukanlah datang dari keluarga yang kaya.. rasanya kami dari golongan sederhana.. zaman itu takla canggih mcm skrang.. hanya public phone menjadi penghubung dengan keluarga atau surat.. biskut cap ping pong cicah teh o adalah menu yang sedap.. maggi adalah benda wajib beli tiap kali p pekan.. time dapat duit loan JPA @ family bagi boleh la makan sedap2... ayam goreng ke.. time ujung2 tinggal serdak2.. korek tin cari biskut.. @ makan megi direndam air panas...


Ada satu peristiwa yang bila ku kenang... mmg tak boleh lupa sampai bila2.. time tu memang kering sangat2... bukan aku sorang.. 4-5 orang kawan2 pun sama... sudahnya kami kumpul duit yang kami ada.. syiling ke.. duit singgit2 ke... kami kongsi beli nasi.. time tu aku dgn member lg sorang tukang p beli... kami guna tupperware aiskrim yg bulat yg besar tu... isi nasi penuh2.. taruk kuah.. taruk sayur tauge... ikan goreng sekor.. smp pekerja cafe asrama tu terkejut.. banyaknya makan.. sbb bgtau dkt dia utk kawan yg sakit.. x salah aku time tu kena makan kat cafe xleh tapau bawa balik bilik... pastu bawa balik bilik kongsi makan 4-5 orang... huhuhu.. hampir menitis air mata time tu.. tp pakat2 kaber dengan lawak2... time sengkek lagi smp megi pun bahagi sorang separuh.. sebungkus kongsi dua orang.. ada jugak kawan aku smp roti gardenia tu.. dah naik kulapuk2 ijau tu.. kopek buang kulapuk2 tu.. makan bahagian yang elok... tanpa rungutan atau tanpa sakit perut time tu... hehehe... lepas balik kelas petang tu lapar.. xdak duit nak beli makanan.. bancuh air teh o... duduk buat bulatan ramai2.. cicah dgn roti 4 segi...


Tapi zaman itu, semuanya indah belaka.. Alhamdulillah persahabatan itu kekal hingga sekarang.. Alhamdulillah juga kerana tiada antara kami yang berprasangka buruk antara satu sama lain.. masih hepi2 macam dulu2.. dan smp sekarang kadang2 perkara itu masih menjadi perbualan dan diceritakan kepada anak2... betapa kesusahan lalu menjadikan kami lebih rapat... sungguh... jika diberi pilihan aku tak nak kehilangan SAHABAT yang aku ada sekarang... perasaan yang tak dapat digambar dengan kata2..


Untuk SAHABAT2ku.. Tinie, Noor, Ayu, Naja, Umie, Laxmi, Yong, Rinie dan lain2 budak DSK 96/98... aku sayang hangpa smp akhir hayat aku.. semoga persahabatan ini kekal abadi... buat bro "Norazlan Abdul Aziz" thanks... kerana status anda membuatkan saya berasa sungguh bertuah dikelilingi SAHABAT yang tiada nilainya... Peace!! (Pinjam jap ya Bro NAA) hehehe...

Isnin, 2 Mei 2011

ABAH N MAK...

Hari tu ada plan2 nak p makan2 sifud... adik aku si Kero nak blanjer semua ahli kluarga.. tp last minute plan terpaksa dikenselkan sbbnya Tok kami masuk spital n mak yg kena jaganya.. sejak dia balik umrah dia tak sihat... 2-3 minggu gak la dia dok umah mak n mak jaga dia...

2-3 hari lepas sis aku tepon plan nak buat lg satu majlis makan2... 30/4/2011 di Sg. Petani sempena besday Abah... sementelah 3 hero di KL semua nak balik mcm best jerk... tp setelah tepon p tepon mai sambil menaikkan bil tepon... plan ditukar pada 1/5/2011 di rumah Abah kerana Abang yang sulung nak kena p makan kenduri di Grik so, jauh plak nak ke S.P dan Mr. Bado (no. 4) tak boleh tinggal kedai dia...

Penuh la rumah Abah n Mak pada 1/5/2011 kerana semua anak2 seramai 8 orang ada.. termasuk menantu seramai 3 orang dan cucu 7 orang... haaaa sorang je menantu tak dak... siapa lagi kalu bukan lakiku... huhuhu... dia tak dapat cuti memandangkan pada hari selasa dan rabu dia dah cuti masa anak kami masuk spital ari tu... bukan senang nak cukup semua adik bradik leh kumpul kat umah Abah n Mak memandangkan semua dah kerja... upssss sorang je lg si bongsu masih study... tp time ni dia pun ada coz tgh cuti sem... meriahhh meriahhhh...

Tahun ini tak plan pun nak bg apa2 adiah kat Abah... 29/4 aku tepon kakak aku yg sorang tu tanya nak ajak dia kongsi beli apa2 adiah utk abah... last2 dia kata peti ais umah Abah dah rosak.. hmmmm pastu roger adik2 lg 3 orang... dorang pun ok jer... so, 30/4 aku terjah p cari kat Kulim... jumpa yg bersesuaian.. p try banding harga dgn SEC dan kedai elektrik lain.. tak leh bg murah mcm kedai yg selalu aku beli barang elektrik tu.. Courts Mammoth aku tak p pun sementelah kompom rega mahai... CSH ni kira ok gak la rega dia... utk peti ais ni dia bg rega RM1250 (Toshiba 390L).. kat SEC RM1450 dan kat kedai lg satu tu RM1350.. delivery ke Baling adalah FOC... i likeeee... so, inilah hadiah utk Abah n Mak tahun ini... dari kami 6 beradik... semua 8 beradik.. tolak sorang tgh study lg.. tolak adik yg no. 4 coz dia baru saja dpt baby..


Diketika aku tulih entry ini Abah n Mak belum tau pasai adiah ni... memandangkan semalam dan ari ni kedai tu x dpt antar coz PH.. benda alah ni akan smp umah depa esok t/hari... hehehe dah plan dgn si bongsu dia akan tunggu di rumah time tu... bukan tunggu saja tau... dia pau aku RM50 upah katanya... cehhhhhh nasib la jd kakak kan...

Dok imagin apa Abah n Mak nak kata esok.... hehehe Mak tentu spt biasa... dok lap ayaq mata... hehehe... Abah kompom akan tepon anak2nya.... smg Abah n Mak hepi utk adiah ni.. utk Abah kerana besdaynya dan tuk mak sempena hari ibu... hehehe 2 in 1 saveeeee...

Ikhlas dari anak2 Abah n Mak :-

(Rohaizam, Rosmeyati, Rosmiza, Badrul Hisham, Zamakh Syari, Khairul Munir, Mohd Fadli n Rabiatul Andawiyah)

Jumaat, 22 April 2011

TERHARU VS BERBANGGA...

Beberapa hari lepas aku balik kerja smp kat umah pukui 8, rutin spt biasa.. terus antar dia g ngaji.. pas dia balik ngaji kul 9 tu, makan2 sesambil membasuh baju n pastu tgk anak siapkan homework.. pastu teringat nak lipat baju... amik bj lepaking depan tv... tgh2 melipat anak aku datang dan kata "siannya ibu... kena lipat baju, mai danial tlg ibu"... aku dok pk biasa la selalu gak dia buat ayat tu.. tp lepas lipat sehelai dua dia dah boring.. paham la kan budak.. umo 6 tahun nak ler sangat lipat baju tu...



Tapi tekaanku meleset... dia kutip n lipat semua pakaian dia.. aku lipat pakaian yg besar2.. wahhhhh tersentuh hatiku... anak aku dah tambah lg satu kepandaian dia.. dah pandai kemas tempat tidur sendiri, dah pandai vacum umah.. n now.. dah pandai lipat baju sendiri... tgk la hasilnya... ni dia yg lipat semua.. aku tak sentuh apapun... cayalah anakku... haaa opsss aku hanya lipat sapu tangan tu je... yg lain2 mmg betoi dia lipat... aku adalah mengkagum... ciwi youuuu...


kan... kan... logik x kalu aku kagum... aku sbg ibu sangat terharu... sejak dari malam tu pas aku puji dia berbakui2... sibuk la pulak nak belajar basuh pinggan sbb aku kata dia belum pandai basuh pinggan... hari2 mintak nak basuh pinggan... pelan2.. nanti ibu ajar ekkk... Ibu sayang Danial... (^.^) semoga menjadi anak yang soleh...

Isnin, 18 April 2011

HUJAN...

Aktiviti aku hari Sabtu yang lepas adalah mengemas umah dgn dibantu anak aku.. aku mengelap habuk2 n mencuci sawang2.. sesambil mendobi pakaian... anak aku tukang vacum... itu adalah acara wajib dia dihari sabtu n ahad... dia kena vacum rumah... tp selalunya aku kena jugak vacum balik sbb budak2 kan buat.. jdla.. ajar dia sikit2...


Tengah2 dok kemas umah tu ujan dengan lebatnya... time aku keluar nak sidai baju kat blakang tetiba aku dpt satu idea... memandangkan ujan adalah melebat.. guruh n kilat juga tidak kelihatan.. aku panggil anak aku dan offer kalu dia nak mandi ujan kat bawah corong atap ni... hehehe.. awning umah aku n umah jiran blakang adalah bersambung.. utk elakkan basah kami kongsi duit buat corong ni... so, bahagian blakang tak la basah kalu ujan lebat.. pakaian pun selamat la... anak aku apa lagi bkn senang nak dpt mud baik nak offer dia main ujan...


Ni ha rupa paras corongnya.. time aku snap ni ujan dah agak reda...



Tengokla anak aku tu hepi kemain dpt main ujan... mcm2 gaya ada.. hamboiiii...


kena tutup sbb dia pakai spentot je... ni pun aku dah langgar janji... masa snap gambar ni dia kata jgn tunjuk orang.. hanya abah je leh tgk.. pemalu la konon....

Rabu, 13 April 2011

KENAPA TAK PERCAYA?...

Kelmarin bangun pg seperti biasa untuk tunggu laki aku siap2 p kerja... Pas dia pergi kerja pukui 6.30pg selalunya br aku kejut anak utk sama2 mandi manda n siap2 nak p keja n dia p skul... Bkn mandi sama2 ekkkk dia mandi kat bilik air dlm bilik n aku mandi bilik air no. 2 kat dapur... Pg tu time dok teman2 laki aku bersiap2 tiba2 aku rasa pening n terjatuh... Sibbek dia sempat sambut... Aku ingat biasa je so, dia pun p keja.... Pastu aku masih rasa pening2...nak bjalan rasa nak jatuh...relax jap atas katil dgn harapan akan ok... Hati dok pk kejap lg ok la tu... tp pejam mata pun rasa melayang2 celik mata syiling pusing2... siap muntah2 lg... Kejut anak aku siap2 p skul... Cakap kat dia ibu x larat, siap sendiri ya... Dia pun mcm faham2... Ok je urus diri sendiri... Aku tanya nak minum susu ke x, dia jawab xnaklah ibu sakit... X apalah ibu rehat... Sian plak dengar... Aku cuba bangun... Tp muntah lg buat kesekian kalinya... Jalan pelan2 sambil pegang dinding pergi dapur bancuh susu utk anak aku... X dpt nak antar dia p tadika.. Sibbek skul dia sblh umah aku je... Tepon teacher dia minta tlg amikkan kat umah... Bkn nak ngada2 @ dia xleh p sendiri... Tp utk keselamatan teacher x bg pergi sendiri sbb umah dpn jalan utama taman takut kereta @ moto ke... Budak2 bkn la nak tgk sgt....

Pastu aku sambung rehat jap ingat nak p opis lewat sikit.... Tp x tahan dah asyik muntah je... Kepala pun pusing2 lg... Aku tepon laki aku bgtau... Aku mmg x dpt nak drive kalu mcm ni keadaan aku.... Sudahnya laki aku balik umah... Minta cuti dr bos dia.. sian... aku usaha lelapkan mata utk ilangkan pening.... T/hari pas anak aku blk skulah br p klinik... Dah ok sket.... Dah leh jalan... Doktor kata angin sbb x makan.... Erkkkkkk malam tu kan aku balun nasi dgn tomyam bgn pg tu mana la sempat nak makan lg dah pening2... Abaikanlah... Janji dia bg ubat... Balik tu makan ubat n rest... Ptg tu teman anak aku main kat luar, rasa ok sket.... Tp mlm tu lps maghrib rasa x larat sgt... Apapun aku x buat... Makan pun x... Letih satu badan... Mmg lembek abih la... Mlm pun x dpt tido dgn nyenyak...

So, pg ni laki aku soh relax kat umah... Aku pun mmg x larat... Pg ni pun anak aku urus diri sendiri... Segan nak nyusahkan cikgu aku soj dia p skul sendiri... Aku tunggu dpn pintu tgk je soh dia jalan tepi ikut rumput jgn jln atas jln tar takut kereta... Pas dia pergi skul aku makan ubat n sambung tido.... Tepon bunyi ke apa ke aku x sedar... Sedar2 dah pkl 11.... Haaaa x pernah2 tido smp mcm ni sekali....

Aku tepon member kat opis... sembang p sembang mai... Aku rasa fedap dgn seseorg... Kalu x caya aku sakit antar la org mai cek kat umah... Awat sepanjang tahun 2011ni dah berapa puluh kali aku mc... seingat aku ni la br 1st time aku MC... Aku pun manusia biasa.. Ada hati dan perasaan, mmg selama ni aku diam dlm hati je rasa sakit dgn kerenah ko... Ko bkn peduli apapun? MARAH sbb aku x bgtau ko... Mmg aku x bgtau sbb aku fedap dgn perangai ko... Ko hanya tau cr aku time nak suruh wat keja, selama nipun kalu aku tepon @sms aku nak cuti ada masalah... Anak sakit.. Anak masuk wad... Ko x pernah reply... Ko x pernah amik tau or tanya bila aku blk keja... Jd ko nak aku bgtau ko utk apa?.... sori... Ter"emo" tp ni la yg aku rasa wat masa skrang...

Khamis, 7 April 2011

MLTR


Poster2 di atas sekarang boleh dijumpai digantung ditepi2 jalan... bisa buatku berdebar2 memandangkan aku adalah penggemar lagu2 MLTR... begitu juga en. somi... tapiii... seumur idupku tidak pernah tgk konsert... dari dulu aku tak suka tempat2 yg ramai orang sgt... en. somi lagilahhh... yg free mcm sure heboh ke apa2 ke.... tak betoi2 terpaksa mmg tak pergi la jawabnya... nak meredah jammed.. nak cari parking... mmg la bukan jenis yg laki aku nak hadap... so, sekadar tgk poster je la.....

dan... layan lagu2 kat CD je laaaa....

Rabu, 6 April 2011

Hadiah...

Mei bakal menjelma tidak lama lagi... Mei memberi sejuta erti buat aku dan suami sementelah 1hb. Mei adalah ulangtahun perkahwinan kami... terasa pantasnya masa berlalu... sedar tak sedar sudah hampir 7 tahun kami melayari bahtera perkahwinan. Perkahwinan ni tentulah ada onak duri dan dugaannya... InsyaAllah sehingga ke hari ini kami sama2 menghadapinya... dari zaman mula2 kawin dulu bertiraikan kain batik di rumah sewa... ada ketika makan megi... smp sekarang sudah ada istana kecil sendiri.. walaupun masih makan megi tapi bukan kerana kesempitan RM macam dulu... Alhamdulillah... segalanya cukup orang kata.. cuma tak dak lebih... yang lebih tu la masih dicari dan semoga tercapai... hehehe... ada pengarang jantung buat penghibur hati... semuanya dilalui dengan tabah... kasih sayang yang dijalin dan dianyam semakin kukuh... Ehhhh... melalut lebih2 plak... sebenaqnya nak bgtau laki aku adiahkah aku seketoi benda alah di bawah ni utk adiah anibersari... hehehe laki aku sedia maklum aku adalah penggemar gadget2... dia kata dari beli ipon baik beli ipad... hmmmm apa2 je la... janji aku sukerrrrrrrrrrrr... tq tq tq tq..... dia adiahkan aku ipad 3G 32GB... dengan syarat aksesori aku kena beli sendiri... ada aku kisah... janji dpt ipad.... hiksssssssss... so, sekarang benda alah ni la jd teman baik aku no. 2 selain dr hp (yang jugak diadiahkan oleh encik somi sempena befday last year)... kehulu kehilir aku usung dlm sling beg aku... time kat umah berebut la dengan anak dan en. somi... hehehe pakat dok menciwi tak abih lagi...

Isnin, 4 April 2011

Pilihan....

Sepatutnya semalam aku bertolak ke Johor untuk hadir satu training... Tiket dah siap dibeli... Barang dah siap dipacking... Duit training dah dibayar... Semua dah siap la... Tapi disaat akhir hanya tinggal nak naik bas sahaja aku tak dpt melangkah pergi... Anak aku menangis dengan sungguh2 hati..smp teresak2... Tak pernah lagi aku nak pergi mana2 dia buat perangai mcm ni... Selalu ok je... Bukan tak pernah tinggal dia pun... Bulan 12 baru ni aku kursus seminggu kat KL ok je dia... Bln 2 aku ke Johor 3 hari pun relax je.. Ntah la kenapa kali ni jd mcm ni....

Dia merayu pada aku dengan sungguh2 hati... siap janji macam2... dia kata "Ibu jangan la pergi, Danial janji tak akan minta mainan, tak akan minta komputer, tak akan minta apa2... Danial nak ibu ja... Danial janji akan dengar cakap ibu, jadi budak baik, akan jadi anak soleh... Plisssss ibu, jangan pergi, kali ni saja.... Danial sayang ibu, Danial cinta ibu, Danial rindu ibu...." Ayat tu la diulang2... Sampai aku x tahan aku yang nangis... Siap janji nak belanja aku makan ikan bakar, gulai dan macam2 lagi la....

Pada aku training yang aku nak pergi ni amat menarik... Mmg nak sangat pergi kerana topiknya yg sangat bermakna buat aku. Lagipun peluang ni datang sekali saja utk dapat harga yang aku bayar tu.... Tapi bila aku fikir2 aku x dapat nak melangkah meninggalkan anak aku dengan linangan air mata dia... Bukan aku xnak berjaya mcm orang lain.... Aku NAK.. Cuma aku memilih ANAK aku hari ini... Semoga apa yang aku buat hari ini adalah betul sebagai seorang ibu...tak apalah duit tiket bas dan duit training tu ada rezeki boleh dicari lagi... Aku rasa ada sebabnya anak aku jd begini... InsyaAllah ada hikmahnya untuk kami sekeluarga... Mungkin sesuatu yang tak nampak yang Allah tentukan...kalu bukan hari ini.p mungkin suatu hari nanti....

Rabu, 30 Mac 2011

LAPPY...

Dah lamaaaaaaa aku idamkan seketoi lappy yang memang hak milik mutlak aku... bertahun dahhh... orang lain semua dah ada lappy... student pun dah lama guna lappy... akhirnya setelah sekian lama melihat dan memandang... impianku terlaksana.... setelah beberapa kedai ku jelajahi... berminggu2 membuat survey... siap p terjah pc fair kat PISA... so, inilah pilihanku... memula tergedik2 nak beli Sony VAIO... mmg tu impian aku dari dulu... mebi sbb warnanya yang cantik... pastu dok gila Mac Book Pro.... mmg vass la... tp bila pk balik bab harganya... hmmm... buatku mengigau.... pastu dok aim yg murah sket.. DELL... sbb dia ada mcm2 kaler... lepas menelaah katalog.. belajar pasai spec dan sebagainya... aku pilih ASUS N53S.. model baru... baru je keluar Mac 2011... Sizenya 15.6" agak beso la... Intel i5 second version.. 4GB HDD 640 GB RAM... dan bla bla bla.. nak tau lebih lanjut pergi la kat ASUS aku tak pandai la nak cerita2 ni.. bukan pakar IT...

Alhamdulillah... semoga aku dapat gunakan benda alah ni untuk ke arah kebaikan... hehehe...


Note : masih setia menanti bila la nak sampai yang ehem2 tu..... tak sabarnyaaaaaa....

Selasa, 29 Mac 2011

JUALAN TUDUNG... MURAH!! MURAH!!

Haaaaa... mari!! mari!!... rapat!! rapat!!... ini ada satu blog baru yang jual tudung... koleksi menarik tertarik dabom... harga yang ditawarkan adalah berpatutan... sila... silaaaa... kalu berminat boleh oder ya... jangan malu jangan segan... hehehe... jommmm kita jengah BASITAHBUSSAINA untuk tengok tudung apa yang ada... koleksi tudung akan diupdate dari masa ke semasa... dari gegambar di situ aku dah terbeli beberapa helai... muehehehe...


Inilah antara yang aku dah beli n dah pakai... hikssss...

Rabu, 16 Mac 2011

UBAT...

Sejak dua menjak ni aku dapati topik motivasi pagi di IKIM.fm amat menarik... selalu je aku berharap aku tak terlepas untuk mendengarnya... waktu pagi selalunya disiarkan dalam pukul 7.20++... dan ulangannya sekitar selepas alunan bacaan Al-Quran @ selawat @ nasyid selepas Azan Maghrib.. rasanya dalam 7.40++ mcm tu la...

Topik hari ini adalah UBAT... topik semalam juga menarik tapi aku nak syer topik hari ini dulu... aku tertarik untuk berkongsi kerana aku rasa benda ini mudah untuk kita amalkan. Aku cuba cerita dalam bahasa yg mudah sbb aku ni mmg la fail bab bercerita...

Mengikut pakar motivasi tu... dalam diri kita sebenarnya terdapat penawar.. cuma kita je nak guna atau tidak... contoh jika sakit kepala.. kita boleh mohon supaya sakit tu hilang dengan menggunakan tenaga positif dalam diri kita... Setiap hari kita minum air.. tak kiralah banyak atau sedikit kita pasti minum air... Jadi kita gunakan air ini sebagai perantara untuk memberi tenaga positif itu kepada tubuh kita. Tubuh kita pun 70% adalah air...

Air telah dibuktikan dapat menyimpan tenaga di dalamnya. (Ini aku pernah baca dan dengar dan memang terbukti dari kajian2 yang dilakukan oleh pakar2) Contoh jika air itu kita cakapkan benda2 positif kepadanya maka zarah air itu akan menjadi cantik... (tetapi tiada yang dapat menandingi kecantikan zarah air zam-zam) dan jika air itu kita cakapkan benda2 negatif contohnya dimaki hamun zarahnya akan bertukar menjadi buruk.

Berbalik pada topik motivasi pagi ini... pakar motivasi tu cakap... setiap kali kita hendak meminum air tu... kita Selawat... kita cakap dengan air tu... (Contoh : Ya Allah Ya Tuhanku...aku memohon kepada-Mu.. sesungguhnya air ini sebagai perantara.. wahai air, kau berilah tenaga positif yang ada pada kau untuk tubuhku... ) (contoh la.. tetapi kita boleh mohon apa sahaja) tetapi jangan kita gunakan perkataan yang mengandungi aura negatif contohnya : wahai air berilah aku TAK sakit... perkataan TAK itu adalah negatif... jangan la kita cakap kuat2 pulak nanti orang kata kita ni betul ke tak betul dok cakap dengan air... kita cakap la dalam hati.. aura positif kita tu akan menyerap dalam air tersebut... INSYAALLAH...

Pakar motivasi tu kata... ada satu kaum di Malaysia ni yang setiap hari dia bekalkan air untuk anak dia pergi sekolah.. even kita nampak benda tu kecil tapi sebenarnya air tu menyerap segala apa yang dicakapkan oleh guru... itu adalah aura positif.. bila anak ini minum dia mudah mengingat apa yang diajar oleh guru...

Pakar motivasi tu jugak kata dia kalau tengah minum2 atau makan.. tetiba ada kawan2 yang datang padanya sambil marah2.. dia tidak akan minum air tersebut lagi kerana aura negatif dari kata2 kawan2nya tadi sudah masuk ke dalam air tersebut... (tu la kot orang tua2 kata jangan marah2 @ gaduh2 depan rezeki...)

Aku pernah dengar ceramah juga... seelok2nya sblm kita minum atau makan kita cakap la dengan makanan @ minuman itu dengan perkara2 positif dan aura itu akan masuk dalam tubuh kita dan kita akan menjadi positif...

Inilah yang saya kongsikan serba sedikit apa yang saya dengar... jika tersalah info harap maafkan ya... sebab saya ni tak pandai nak mengolah cerita... tu pun ada hati nak tulis blog... hehehe

Isnin, 14 Mac 2011

MATA BARU...

Last week pas balik keja kui 5... jenjalan kat Jusco dgn niat nak cari mata baru... memandangkan mata yang ada ni pun dah 3 tahun ++ dah... sian kannn... dah berkulat dah pun... pusing p pusing maii.. ternampak kedai A-LOOK buat offer... hmmm mcm menarik gak la... buat spek... leh dpt 1 pair lagi dgn bayaran RM10.. tp tu pun bkn utk kedai.. mcm donation utk St. John la... last2... tanpa pk panjang aku pun terjah la ditemani kawanku... kena dera aku jd pakar runding smp pukui 8++ malam.. wakakaka... sori la nooo...
So, inilah hasilnya... hehehe... utk frame ada less 40%... jd la kan... tinggai RM175... cermin RM350... tgk2 BONIA ada less 50%... tp setelah dicuba2 ditilik2 amatlah tak masyuk dgn jiwaku kerana amat keperempuanan framenya... erkkkk aku bkn pompuan ke pun... hehehe ntahla... dr dulu aku tak minat sgt dgn barang2 yg terlalu keperempuanan sgt... nak wat camno kannnn...

Haaaaa inilah speknya... selepas ditambah RM10... frame tu kita boleh pilih sendiri... biasa la namapun RM10 kan... pandai2 la pilih yg nampak mahai.. wakakaka... berbaloi daakk... even dia just bg cermin biasa... berbaloi2 la kot noooo.... bg aku la... leh la wat spare... hehehe

Dulu pernah la aku pakai kontek lens seketika... tp satu ketika sakit kepala yg amat sgt menyerang smp meleleh air mata... seksanya btambah2 time rukuk @ sujud time sembahyang... so, pas doktor bg ubat utk mata n migrain.. doktor soh stop pakai lens... smp skrang spek je la nampaknya.. tak dpt la nak bergaya dgn mata biru ke.. ijo ke.. merah ke.. hehehe

Selasa, 1 Februari 2011

KASIH IBU...

Hari itu aku dengar IKIM.FM sewaktu pulang dr kerja... selalunya diwaktu selepas Maghrib ada ulangan slot Motivasi Pagi... agak menarik tajuk hari itu... cuma aku nak petik sedikit kisah yang diceritakan oleh Penceramah yang membuatkan air mataku mengalir laju... aku rasa dah ada antaran kalian yang mendengar kisah ini diradio... maaf la aku tak pandai bercerita... cuba sampaikan sebaik mungkin...


AL-KISAH...


Kisah ini diceritakan oleh anggota Bomba... satu kemalangan telah berlaku yang mengakibatkan kereta tadi terbabas dan bergolek 2-3 kali dan berhenti dalam keadaan seperti asal... kereta tersebut mengalami kerosakan yang teruk... cerminnya pecah berderai dan kemek sana sini... apabila anggota Bomba sampai didapati terdapat sepasang suami isteri di dalamnya... setelah diperiksa didapati si suami telah meninggal di tempat pemandu dengan keadaan kepalanya tersembam di stereng... kemudian anggota Bomba terdengar tangisan bayi... dicari-cari didapati terdapat seorang bayi di kerusi belakang... ajaibnya bayi ini hanya mengalami calar sedikit sahaja... anggota Bomba ini mengambil bayi tersebut yang sedang menangis dengan kuat sekali... di tempat duduk penumpang, si isteri (ibu) mengalami cedera parah... muka dan badannya mengalami luka2 akibat terkena serpihan kaca... kulit kepalanya terkoyak menampakkan tempurung kepalanya... sambil menahan kesakitan yang amat sangat... sehingga menggeletar badannya... si ibu memberi isyarat kepada anggota Bomba supaya menyerahkan bayi itu kepadanya... pada ketika itu si ibu masih lagi di tempat duduk penumpang... apabila anggota Bomba itu menyerahkan bayi tersebut kepada si ibu... dengan kepayahan si ibu menyelak bajunya sambil menahan kesakitan yang amat sangat dan menyusui bayinya... dengan linangan air mata si ibu memeluk bayinya dengan penuh kasih... si anak tanpa mengetahui apa yang berlaku kepada ibunya terus berhenti menangis dan meneguk susu dari ibunya... si ibu dengan penuh kasih merenung bayinya dan memeluk seakan tidak mahu melepaskannya sambil si anak terus menyusui... akhirnya.. si ibu meninggal dunia kerana kecederaan yang dialaminya sambil memangku bayinya... anggota Bomba yang melihat kejadian tersebut sungguh terharu melihat begitu tingginya kasih IBU pada anaknya... biarpun dalam kesakitan yang amat sangat si IBU tetap mengutamakan anaknya hingga akhir hayatnya...


Berdasarkan kisah tersebut... pernahkah kita merenung pengorbanan ibu kita... buat anak-anak diluar sana yang masih mempunyai IBU... sesungguhnya kejayaan kita tidak bererti tanpa ibu bapa kita... siapapun kita.. setinggi manapun pangkat kita... sekaya manapun kita... semua itu dari ibu bapa kita... sayangilah mereka dan berbaktilah kepada mereka sedaya yang mungkin... sesungguhnya jasa dan pengorbanan mereka tidak dapat kita balas walau dengan segunung intan... semoga kita tergolong dalam golongan anak yang soleh dan solehah....


Nota Hati :-

Saya sayang arwah IBU saya RAHMAH BINTI HJ YUNUS @ ABDULLAH (walaupun dia hanya sempat menyayangi saya hanya selama 6 bulan),
dan ABAH saya MUSTAFFA BIN HAJI SALEH
serta MAK saya HAMIDAH BINTI ISMAIL ...
hehehe... hangpa ada??? 2 mak tuuu... :D

Selasa, 18 Januari 2011

hampir eksiden... Alhamdulillah...

Ari Ahad yg lepas aku balik kg menjengah Abah dan mak yg dah hampir sebulan tak jumpa... best balik dpt jumpa adik beradik dan makan t/hari bersama-sama...

Petang tu otw balik ke umah aku, waktu tu l/k pukul 7.05 aku smp di satu kawasan yg agak lengang... aku drive dlm speed 100km/h.. time tu jalan agak mendaki... di depan kereta aku ada sebuah kereta Iswara warna hijau yg speednya l/k sama je... tgh sedap2 drive tetiba kereta depan aku mengelak ke tepi dengan kadar pantas... aku pk kenapa la kereta ni... tiba2 aku nampak ada sebuah kereta warna putih datang dr hadapan betoi2 menuju arah kereta aku dengan lajunya... cepat2 aku elak ketepi jalan... terkejut seketika sbb berlaku amat pantas... kereta Iswara di hadapan aku pun memperlahankan keretanya dlm 50km/h sambil aku nampak dia menenangkan seseorang disebelahnya... tak pasti la isterinya atau anaknya... anak aku tengah tido di seat sebelah penumpang...

Bersyukur kerana kami tidak ditimpa kemalangan tp dalam masa yg sama aku marah giler kat driver yg memotong kenderaan di lorong bertentangan yg aku anggarkan dalam 5-6 buah sekaligus tanpa menghiraukan kereta yg datang dr arah depan... Alhamdulillah ketika itu ada lorong laluan untuk motosikal... kalu tidak.. harus la terbabas masuk longkang kereta kami...

Aku teruskan perjalanan... dalam 20-30 mins lepas tu aku nampak satu eksiden... kereta apa tak dapat dipastikan kerana berada di lorong bertentangan... kereta tu masuk dalam longkang... landing elok je dlm longkang... agaknya kereta size kecil kot... bersyukur kerana kejadian yang sama tidak menimpa kami...

Alhamdulillah kerana kami selamat... semoga dijauhkan dari sebarang kemalangan... balik umah aku cer kat en. suami... ingat kot dia nak beking aku.. sekali dia bg ceramah keselamatan jalanraya la pulok... hehehe... dia kata aku selalu bawa kereta laju2... sbb ari sabtu tu aku bawa kereta ikut hiway speed l/k 130-140 dgn alasan nak cepat sampai... hehehe soriiii ya bosssss.... dia kata ingat kat anak yg dok sebelah tu... jd apa2 kat anak haaaa.. ooooo kalu jd apa2 kat aku kira tak kisah la kan.... huhhhhh.... :)

Isnin, 3 Januari 2011

hadiah...

Menjelang penutup tirai 2010 Mr. AFR bersuara ajak aku p kedai tedi bear sbb aku ada bg hint2 kat dia utk tahun ni befday aku, aku tak nak bunga ikut bilangan umur lg... aku kata kat dia sayang la bunga tu selalunya kecut dan akan reput... lgpun kat umah skrang tak dak tempat lg aku nak simpan bunga tu... umah sekangkang kera la katakan... dia pening tak reti nak beli mcm mana benda alah tu... dia ajak aku p pilih sendiri... selalunya tiap tahun akan ada je bunga smp kat opis aku... tahun ni no surprise lorrr...

Memandangkan dia sibuk dgn kerja so, baru semalam la kami berpeluang pergi Megamall.. itupun dia direk dr kilang n aku dgn anak dr umah... sblm ni dah survey kat Jusco n Giant... pusing p pusing mai... setelah aku pertimbangkan beberapa hari... keputusan muktamad aku buat... aku tak mau tedi bear gajah yg aku amat idamkan... ati berbunga2 tgk tedi bear beso tu... huhuhu... tp aku kesiankan anak aku yg beriya-iya nakkan PS2... akhirnyaaaa.... menda alah di bawah ni dpt la kat budak busuk....


So, utk benda di bawah ini... ibu kena lupakan kejap... n satu hari nanti berjaya gak memilikinya... huhuhu... yg mcm dalam gambo ni reganya RM100++ tp ibu dok kenan ada sekor tu RM200++... hope impian ibu tercapai la yaaa...




Buat Mr. AFR tqvm sbb berusaha keras memenuhi kehendak kami berdua yg banyak kerenah ini... hehehe LUV U...

Ahad, 2 Januari 2011

sepetang bersama AYAH...

Minggu lepas aku balik kg sebab tok aku kurang sihat... bawa dia g klinik dgn sepupu aku... minta kat doktor utk bg drip 2 botol... minta bawa balik umah coz kalu nak tunggu abih tu kompom smp klinik tu tutup...

Kelmarin balik kg lagi... Ayah (datuk) kurang sihat... memula ingat nak balik ari ni... tp pk p pk mai... ishhh tak boleh duduk... t/hari aku cabut balik gak... aku smp tgk dia tgh tido... baru lepas makan nasi... pastu bapa sedara aku bg dia makan ubat... then suruh dia tido...

Petang tu waktu aku tgh tgk tv aku terlelap sekejap... tiba-tiba aku terdengar mcm bunyi-bunyian dari dapur... aku dok pk apa la mak sedara aku buat... tp tiba2 aku teringat ehhh... mak sedara aku ke pekan utk beli tudung sekolah anak dia... terus aku bangun... sampai je kat dapur... hampir menitis air mata aku melihat ayah tgh terbongkok2 cuba mengutip pinggan, sudu, senduk yg bertaburan atas lantai... rupa-rupanya dia nak masak nasi... periuk kecil dia dah siap dibasuh... aku tanya dia nak buat apa... dia kata nak makan nasi... aku kata nasi dalam periuk karan tu ada lg... aku terpk selalunya kalu dia nak masak nasi dalam periuk kecil tu adalah di waktu pagi... itu mmg kewajipan dia dr dulu lg... setiap pagi dia akan masakkan nasi dan goreng telur dadar @ ikan masin utk dia sarapan pg... seawal 5-6 pagi... untuk memastikan dia ingat waktu aku tanya dia dah sembahyang Asar ke?... dia jawab sudah.. aku diam...

Aku siapkan nasi dan bancuhkan teh susu utk dia... waktu sekarang menu dia hari2 adalah sup ayam dan telur dadar... itu sahaja tidak berubah rasanya dah hampir setahun... aku tunggu tgk dia makan... seksanya tengok dia cuba menyuapkan nasi menggunakan sudu... dia mmg makan nasi gunakan sudu dari dulu-dulu lg... aku ambil pinggan then suapkan dia nasi... sesuap dia makan... berenti lama dengan termengah2 nampak sangat letih.... sambil suap sambil air mataku menitis... ku perhatikan wajahnya yang penuh kedutan... tangannya yg dipenuhi urat2 terketar2 memegang cawan... sunguhhhh aku tak dapat tahan air mataku... tangan itulah satu ketika dulu yang membajak sawah, memukul padi....bercucuk tanam jagung, ubi, pisang, cili dan segala jenis pokok yg mendatangkan sumber makanan... tangan itulah yg mendayung rakit untuk memukat, menahan reba, menahan kail untuk menangkap ikan... tangan itulah suatu ketika dulu memimpin aku ke sekolah semasa aku memasuki darjah 1 dan tanpa jemu menunggu aku diluar kelas selama seminggu kerana aku akan menangis bila dirinya hilang dari pandangan mataku... tangan itulah yang membesarkan aku... tangan itulah yang memukul bila aku nakal... tangan itulah yang berdoa setiap kali aku menghadapi peperiksaan penting... bila peperiksaan datang... tangan itulah yang akan menyalin jadual peperiksaan dalam tulisan jawi kerana dia kurang lancar membaca tulisan rumi..... dia akan membaca yasin dan solat hajat untuk aku...

Bila sampai suapan yang ke-7... dia sudah berhenti dan tidak lg mahu makan... air di dalam cawan pun diteguk tidak sampai 1cm pun luaknya dari cawan... aku bangun mengemas semuanya sambil terus mengesat air mata yang masih lagi bercucuran... YA ALLAH, sembuhkanlah penyakit Ayah, panjangkanlah umurnya untuk aku terus berbakti kepadanya...