Jumaat, 25 Jun 2010

cubaan....

Ini cubaan pertama aku buat pelamin... dulu pernah la buat mini pelamin je utk sepupu aku... tu pun tahun 2008... Pelamin ni untuk kenduri kawin adik aku yang lelaki no. 1... kusi tu disewa... stand besi kerawang2 tu n stage tu adik aku boro dari kawan dia yg kedai welding.. kengkonon tempahan dari orang la.. kami rasmikan dulu.. ahakssss... wayering kena la buat sendiri sbb benda baru kan...
kain2 semua aku ikat2 guna dawai bunga je... kira tak dijahit.. sendiri antam... ntahla pandangan orang lain.. tp kami rasa abih cun dah ni... nama pun cubaan pertama... hehehe... memandangkan utk kenduri dia aku tak sempat sediakan bunga telur kerana kebizian yg nyata.. so, inilah je aku leh sumbangkan utk dia... tahniah gak la utk adik aku kerana berjaya mengopakkan duit aku...
bunga2 tu pas ni leh la mak aku pakai utk raya... tp yg bulat tu kak aku dah tempah awai2... amboiiiii aku gak yg melepas memandangkan umah aku tak sesuai diletakkan bunga canga ni sebab modern style la kekonon...


meja ni di kala ini belum siap sepenuhnya... jurugambar amatur (adik aku no. 4) lupa amik gambar yang dah siap... huhuhu... menciwi dengan DSLR barunya... tak leh la aku tayang candle holder bagai...


Untuk adik aku.. selamat pengantin baru.. semoga bahagia dan berkekalan hingga akhir hayat...


Khamis, 10 Jun 2010

PERINGATAN UNTUK SEMUA...

PERINGATAN KEPADA SEMUA,

MOHON BERHATI-HATI SEMASA MENGISI MINYAK KENDERAAN ANDA DI STESEN-STESEN MINYAK. JIKA ANDA DITAWARKAN HADIAH-HADIAH KECIL SEGERA SEPERTI KEY CHAIN, PATUNG-PATUNG KECIL, FLIPFLAP DAN SEBAGAINYA MOHON DIPERTIMBANGKAN UNTUK MENGAMBILNYA. DIPERCAYAI BARANG TERSEBUT MEMPUNYAI ALAT PENGESAN UNTUK MENGESAN LOKASI RUMAH ANDA DENGAN TUJUAN UNTUK MELAKUKAN KEGIATAN JENAYAH. PERBUATAN INI DILAKUKAN OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB. HARAP AMBIL PERHATIAN. SAMA-SAMALAH KITA LINDUNGI DIRI DAN KELUARGA KITA DARI SEBARANG PERKARA YANG TIDAK DIINGINI. BERINGAT-INGAT SELALU YA.

*** MAKLUMAT DIPEROLEHI DARI SUMBER YANG SOHEH DAN TEPAT. BUKAN DARI PAK CIK GOGOL KE YAHOO KE YA ***

( Nota :- Perbuatan ini bukan dilakukan oleh stesen minyak terbabit tetapi dipercayai dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan stesyen minyak sebagai sasaran tanpa disedari oleh pengusaha stesen minyak dan orang ramai )

Selasa, 8 Jun 2010

Di mana Akal Fikiran dan Anak Sakit... (2 in 1)

Khamis malam aku pergi amik anak aku di umah MIL dia merengek sakit perut la.. tak larat la.. tapi aku ingat dia biasa2 je... pastu dia minta nak makan nasi... aku suapkan nasi utk dia memandangkan dia request soh suap... tak smp 5 mins pas makan tu dia muntah... time tu dah pkl 9+ malam...

Then kami balik umah... Pastu sepanjang malam dia asyik merengek sakit perut... then muntah2 smp pg.. aku rasa ada la 7-8 kali malam tu saja.. mula2 keluar mcm buih2 putih mcm buih katak.. menjelang pg keluar kekuningan... Sepanjang malam kami 2 branak tak dapat tido... Pg aku bersiap spt biasa nak keja.. niat sblm tu nak bawa dia p klinik dulu.. Memikirkan klinik pakar kanak2 kat Kelang Lama tu buka lewat..aku fon jiran minta no klinik pakar kanak2 kat BM.. tepon tak terangkat... minta permission laki aku nak terjah KPJ sbb buka awai... niat aku malas nak bawa ke Spital takut orang ramai...

Nak keluar rumah tu... anak aku merengek nak adiah dia... Pagi tu sepatutnya ada sambutan ari guru dan penyampaian adiah... Kena la aku tebaikan muka mintak kat teacher dia adiah... Dengan lemah gemalai sempat lg aku paksa dia posing.. tu yg tak mau senyum tu...

Pas amik adiah.. balik umah kejap aku nak amik beg utk ke pej... smp2 je terus bedebap lembik tido atas sofa... siannnn... kat tangan tu dok pegang duit RM10 yang teacher dia bagi...


Smp spital muntah lagi... doktor amik darah nak cek tgk.. sementara nak dpt result ujian darah tu melepak la aku kat situ... anak aku melalak pastu terus pengsan atas riba aku.. perut aku berkeroncong tp tak leh p makan sbb anak tido... dia melalak bukan sbb sakit.. tp melalak malu tangan dia berbalut.. adoiiii la anak... sakit2 pun still nak kaber macho...


Dalam pukul 10+ asst doktor kata kena admit wad... kena la aku nganga kat situ lagi... ngantuk tok sah cakap la... menunggu la aku kat sofa tu... last2 dia kesian kot kat aku dia bawa aku turun bawa dok kat rest room.. ok la.. just kami 2 branak.. aku kembarkan sofa 1 seater tu.. bg dia tido... tunggu punya tunggu smp pkl 1+ baru leh masuk wad.. puncanya tak dak kekosongan katil.. huhuhu... kena dok bilik 2 katil... memandangkan bilik 3 katil dah penuh...


tapi kan.. dalam dok sakit2 tu..tak tinggai piala dia tu.. first naik je atas katil sibuk tanya piala dia mana.. nak tido dgn piala.. huhuhu.. pastu dia bantai tido lagi... smp la esok paginya... kaber gila2 punya...
kesian gak la kat anak aku... bila masuk wad doktor masuk ubat nak bg cerry berry utk buang semua yg dalam perut dia... jenuh gak la aku ulang alik ke toilet kira smp tahap aku bosan dah tgk toilet bowl tu... huhuhu sib bek spital baru.. so, bilik air tahap hokay lg la...

Ni kisah semalam...
Petang tu MIL aku tepon soh pergi umah dia jap ada hal... Kami 3 branak pun merempit la ke rumah MIL... sesambil tu singgah jap di tong sampah kat taman aku tu nak buang sampah... tetiba terpandang satu benda.. aku pun angkat la kotak tu.. di dalamnya ada sampah.. kotak tu berada di atas sampah2 yang bertaburan di atas tanah.. sedih hati melihatnya.. Suami aku soh amik kotak tu sesambil mulut dia menyumpah seranah orang yang buang kotak tu...

Aku tuang sampah yang ada di dalamnya... aku ambik pegang dan kami bawa ke rumah MIL aku... nak disimpan kotak tu dah terkena sampah... soh mak sedara laki aku tlg bakarkan...
Persoalan aku di sini... di mana letaknya akal fikiran.. apa tujuan dibeli jam tu.. adakah sekadar hiasan semata2... tidak tahukah hukum hakam tatacara melupuskan benda2 yang mengandungi nama Allah... yang paling hampir menitis air mata aku.. terdapat pampers baby dekat kotak tu.. dah tentulah anjing dah lalu sebab sampah sarap situ anjing suka selongkar.. entah2 telah dilangkah oleh kaum lain yang tidak mengerti...


Jumaat, 4 Jun 2010

AKU REDHA...

Ya Allah jika ini ujian dari-Mu buat hamba-hambaMu yang kerdil ini.. kami redha Ya Allah... Sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui atas segala yang berlaku... InsyaAllah ada hikmah disebalik apa yang berlaku ini...
Semakin dekat majlis kenduri perkahwinan adikku semakin banyak ujian yang mendatang. Pertama sekali kakakku hampir kemalangan... Syukur dia selamat cuma kena bayar gantirugi pada orang tu RM700 kerana orang tu elak kakak aku keluar dari simpang n dia terbabas hampir masuk sawah padi... Lepas tu ada masalah dengan kereta Abahku... melayang RM2k... Kemudian Nenekku pula jatuh di rumahnya Ahad lepas... bahu terkeluar dan lengannya patah... hari yang sama Bapa Mertuaku dimasukkan ke spital kerana masalah jantung... Kemudian adikku di KL pula motornya tiba2 rosak dan kos membaikinya RM850.. melayang jugakla gaji dia sebulan memandangkan dia baru je sebulan dua bekerja sian jugakla...
Ari ni anakku pula dimasukkan ke spital kerana muntah2 dari semalam... Tak sempat la mamat kecik ni menyambut hari guru di sekolahnya dan majlis penyampaian adiah tuk peksa sem 1 pun dia tak leh pegi la... sudahnya pepg td dia merengek nak adiahnya... kena la aku tebaikan muka mintak kat teachernya... huhuhu... siap bawa mai spital... tido dgn piala tu... adoiiiiyaaaaaiiiii anak...
19hb ni kenduri kahwin adik aku...semoga semuanya berjalan lancar. 20hb ni aku n husben kena bawa fil aku p ke IJN... semoga FIL aku tu tak dak la apa2 masalah yang besar dan semoga dia cepat sembuh...
Apapun ujian yang mendatang dari-Nya aku bersyukur kerana diberikan peluang untuk masih meneruskan idup di muka bumi ini. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang... Syukur padaMu Ya Allah atas nikmat yang Engkau berikan selama ini...
Nota Hati : Ditulis dari KPJ Penang Specialist Hospital