Memaparkan catatan dengan label bunga telur gantung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bunga telur gantung. Papar semua catatan

Isnin, 2 November 2009

BUNGA TELUR GANTUNG STOKING - (AK-BTGS-01/09)

BTGS-01/09 ni aku buatkan sebenarnya atas permintaan sorang kawan dari T'ganu yang baru ku kenali. Dia minat bunga kecil-kecil dan kaler lembut. Ekceli dia request utk kaler lain tp sbb aku tak dak stock stokin kaler yg dia nak aku buat sample kaler lain dulu. Sbb tak sempat p beli kain stokin aku redah je la... lgpun ni sample je... Aku harap dia suka...


Khamis, 22 Oktober 2009

BUNGA TELUR GANTUNG DIP - (AK-BTGD-03/09)

Bunga telur gantung dip ni dengan 1 bunga kecil dan 2 aksesori. Pattern ni lain sikit sbb bunga rose tu aku bg hadap ke depan tak mcm selalu dia hadap atas....


Isnin, 19 Oktober 2009

BUNGA TELUR GANTUNG DIP - (AK-BTGD-02/09)

Bunga Telur Gantung Dip ni aku buat dengan aksesori 2 bunga kecil... tu saja...



Selasa, 6 Oktober 2009

BUNGA TELUR GANTUNG DIP - (AK-BTGD-01/09)

Bunga telur gantung ni sengaja aku buatkan tanpa sebarang aksesori. Sesuai bagi yang sukakan bunga telur gantung yang simple. Seperti biasa, boleh didapati dalam pelbagai warna yang anda sukakan... Ini hanya sample sahaja...



Rabu, 8 Julai 2009

BUNGA TELUR GANTUNG DIP

Bunga Telur Gantung ni aku buat khas untuk Fairus dari Dubai U.A.E sempena majlis cukur jambul dan akikah anaknya. Terima kasih buat Fairus. Majlis berlangsung di Jelebu, Negeri Sembilan.
Fairus memilih gabungan warna lite yellow n lite blue dan juga itam n silver.
*** Maaf kerana kualiti gambar tidak memuaskan... snap pakai hp je... cari dgcam tak jumpa... lupa mana taruk... rerupanya hero aku tu simpan pas dia snap mcm2 pict... hmmmm ***





Ahad, 3 Mei 2009

CENDERAHATI/BUNGA TELUR GANTUNG ~ BUNGA ROSE GOLD

Selamat Hari Pekerja. Sempena pablik holiday ni ramai la yg amik kesempatan wat kenduri kawin kan... Kepada sesapa yang kawin tu... Selamat Pengantin Baru... Semoga bahagia hingga akhir hayat. Kepada sesapa yang dah kawin tu... pada tarikh ni gak... Hepi Enibersari... termasuk aku la tu... ahakssss.... 1.5 kenduri umah aku... 2.5 kenduri umah laki aku...
Haaaa... gegambar ni adalah bunga telur gantung yang aku wat untuk Fiza. Dulu aku pernah letak entry pasai bunga telur yang dia tempah kan (entry BUNGA PAHAR/TELUR DIP GOLD). Tup tup saat dekat nak due date dia tgk aku wat bunga telur gantung... dia nak tukar design plak... so, inilah hasilnya... Tak kisahla tukar pun.. aku ikut je kehendak kastemer kan... tak gitew... lgpun masa dia bgtau tu aku blum lg wat proses akhir iaitu proses cantum menyantum... kira nak jd rezeki dia la...
Terima kasih buat Fiza n suami iaitu Raja Shahril Anuar kerana beri kepercayaan kat aku...
Selamat Pengantin Baru buat Dr. Hidayah (kakak Tuan Raja) dan pasangannya N.K Anuar (aku dengar dia anak Mufti Perak). Semoga bahagia hingga akhir hayat...



Khamis, 9 April 2009

CENDERAHATI / BUNGA TELUR GANTUNG ~ ROS BIRU

Petang semalam Sis In Law aku sms bgtau kawan dia nak tengok sample jenis gantung-gantung ni... Semalam aku pun try la buat... Jenis ni bagi aku praktikal la... leh letak telur @ potpouri @ sabun @ bunga rampai @ cekelat ke... selagi leh masuk... Cuma untuk bunga rampai tu kena la tukar net tu...

Pagi tadi datang opis aku bawa benda alah ni nak snap pict... dah kawan aku si isteri majistret tu tengok... terberkenan plok dah... terus nak tukar design... tak nak bunga pahar yang dia tempah kaler gold dulu tu... nak soh aku buat design ni dengan artificial egg... kaler masih gold.. cuma tukar pattern je... hantam je la Fiza.. janji ko suka... siap antar mms tu kat sis in law dia... n sis in law dia yg nak kawin tu pun nak design ni... sib bek aku blum cantum lagi... tak pa la.. kastemer leh pilih apa saja kan... untuk puaskan ati... mcm kita g shopping la.. sentiasa pilih yang terbaik untuk kita... tugas aku siapkan / sediakan yang terbaik yang boleh aku bagi...


** Ros ni size dia besar sket... diameter l/k 9cm **