Rabu, 25 Mei 2011

KAWAN, TEMAN ATAU SAHABAT???

Baru-baru ni bro "Norazlan Abdul Aziz" ada update status kat fbnya seperti di bawah


Korang tau NAA tu siapa.. dialah LAN AtoZ.. hehehe.. tentu korang kenal kan... aku adalah salah sorang peminatnya... Album dia Diari Hati pun aku beli gak.. antara yang terawal la jugak w/pun tak berapa nak awal.. hehehe kira aku bleh berbangga la sbb dah bertahun tak beli Album ori penyanyi tempatan tetiba aku leh beli album dia.. siap dia sign lg tauuuu.. Album ni tiada dipasaran terbuka.. kalu nak.. kena melalui dia.. hehehe... bukan pasal album aku nak cerita... ni pasal status dia...

Antara banyak2 komen untuk status tu.. aku boleh nampak ramai yang tidak menyokong untuk memberi pinjam wang kepada "member rapat"... macam2 la yang kata.. nanti member tak bayar la, tak boleh percaya la, nanti tipu la.. belum apa2 lagi kita sudah fikir negatif terhadap seorang member rapat... ada jugak la aku komen2... tapi dari situ aku dapat melihat betapa zaman sekarang sukarnya untuk mencari seorang SAHABAT.. dan aku rasa aku amat bertuah.. kenapa aku kata macam tu... korang ada ramai kawan kan.. dalam ramai kawan2 kita tu.. berapa orang yang boleh bergelar SAHABAT... aku ni tak la ramai kawan sangat.. mebi sbb life aku kot.. just mai keja balik keja.. nak poya2 pun dgn family je.. cuti2 lepak umah @ aktiviti dgn family.. balik kg atau jalan2.. tp aku rasa SAHABAT yang aku ada.. yang dah lama kenal.. ada yang dah sampai berbelas tahun..


Setakat sekarang aku rasa... aku dan SAHABAT2 ku tiada perasaan sangsi antara satu sama lain.. kadang2 kita dalam kesusahan SAHABATlah yang memberi pertolongan.. FAMILY tu skrang ni tok sah cerita la.. tentulah FAMILY yang first kan.. skrang ni kita cerita bab SAHABAT.. SAHABAT2 aku ni dorang duduk jauh la dari sini.. aku di Utara.. dorang majoritinya di area KL dan ada juga di Selatan.. banyak berhubung pun melalui telefon tapi kerapkali facebook la menjadi penghubung tanpa sempadan.. hehehe... kadang2 aku memerlukan dorang bg pinjam.. kadang2 dorang memerlukan aku bg pinjam... x pernah pun dalam ati aku terpk untuk dorang tipu ke apa ke..


Aku rasa walaupun dah hampir 13 tahun aku meninggalkan zaman bergelar student.. tapi kenangan dengan dorang masih tak dapat ku lupakan... majoriti untuk kelas kami ramai yang datang dari utara dan kami bukanlah datang dari keluarga yang kaya.. rasanya kami dari golongan sederhana.. zaman itu takla canggih mcm skrang.. hanya public phone menjadi penghubung dengan keluarga atau surat.. biskut cap ping pong cicah teh o adalah menu yang sedap.. maggi adalah benda wajib beli tiap kali p pekan.. time dapat duit loan JPA @ family bagi boleh la makan sedap2... ayam goreng ke.. time ujung2 tinggal serdak2.. korek tin cari biskut.. @ makan megi direndam air panas...


Ada satu peristiwa yang bila ku kenang... mmg tak boleh lupa sampai bila2.. time tu memang kering sangat2... bukan aku sorang.. 4-5 orang kawan2 pun sama... sudahnya kami kumpul duit yang kami ada.. syiling ke.. duit singgit2 ke... kami kongsi beli nasi.. time tu aku dgn member lg sorang tukang p beli... kami guna tupperware aiskrim yg bulat yg besar tu... isi nasi penuh2.. taruk kuah.. taruk sayur tauge... ikan goreng sekor.. smp pekerja cafe asrama tu terkejut.. banyaknya makan.. sbb bgtau dkt dia utk kawan yg sakit.. x salah aku time tu kena makan kat cafe xleh tapau bawa balik bilik... pastu bawa balik bilik kongsi makan 4-5 orang... huhuhu.. hampir menitis air mata time tu.. tp pakat2 kaber dengan lawak2... time sengkek lagi smp megi pun bahagi sorang separuh.. sebungkus kongsi dua orang.. ada jugak kawan aku smp roti gardenia tu.. dah naik kulapuk2 ijau tu.. kopek buang kulapuk2 tu.. makan bahagian yang elok... tanpa rungutan atau tanpa sakit perut time tu... hehehe... lepas balik kelas petang tu lapar.. xdak duit nak beli makanan.. bancuh air teh o... duduk buat bulatan ramai2.. cicah dgn roti 4 segi...


Tapi zaman itu, semuanya indah belaka.. Alhamdulillah persahabatan itu kekal hingga sekarang.. Alhamdulillah juga kerana tiada antara kami yang berprasangka buruk antara satu sama lain.. masih hepi2 macam dulu2.. dan smp sekarang kadang2 perkara itu masih menjadi perbualan dan diceritakan kepada anak2... betapa kesusahan lalu menjadikan kami lebih rapat... sungguh... jika diberi pilihan aku tak nak kehilangan SAHABAT yang aku ada sekarang... perasaan yang tak dapat digambar dengan kata2..


Untuk SAHABAT2ku.. Tinie, Noor, Ayu, Naja, Umie, Laxmi, Yong, Rinie dan lain2 budak DSK 96/98... aku sayang hangpa smp akhir hayat aku.. semoga persahabatan ini kekal abadi... buat bro "Norazlan Abdul Aziz" thanks... kerana status anda membuatkan saya berasa sungguh bertuah dikelilingi SAHABAT yang tiada nilainya... Peace!! (Pinjam jap ya Bro NAA) hehehe...

Isnin, 2 Mei 2011

ABAH N MAK...

Hari tu ada plan2 nak p makan2 sifud... adik aku si Kero nak blanjer semua ahli kluarga.. tp last minute plan terpaksa dikenselkan sbbnya Tok kami masuk spital n mak yg kena jaganya.. sejak dia balik umrah dia tak sihat... 2-3 minggu gak la dia dok umah mak n mak jaga dia...

2-3 hari lepas sis aku tepon plan nak buat lg satu majlis makan2... 30/4/2011 di Sg. Petani sempena besday Abah... sementelah 3 hero di KL semua nak balik mcm best jerk... tp setelah tepon p tepon mai sambil menaikkan bil tepon... plan ditukar pada 1/5/2011 di rumah Abah kerana Abang yang sulung nak kena p makan kenduri di Grik so, jauh plak nak ke S.P dan Mr. Bado (no. 4) tak boleh tinggal kedai dia...

Penuh la rumah Abah n Mak pada 1/5/2011 kerana semua anak2 seramai 8 orang ada.. termasuk menantu seramai 3 orang dan cucu 7 orang... haaaa sorang je menantu tak dak... siapa lagi kalu bukan lakiku... huhuhu... dia tak dapat cuti memandangkan pada hari selasa dan rabu dia dah cuti masa anak kami masuk spital ari tu... bukan senang nak cukup semua adik bradik leh kumpul kat umah Abah n Mak memandangkan semua dah kerja... upssss sorang je lg si bongsu masih study... tp time ni dia pun ada coz tgh cuti sem... meriahhh meriahhhh...

Tahun ini tak plan pun nak bg apa2 adiah kat Abah... 29/4 aku tepon kakak aku yg sorang tu tanya nak ajak dia kongsi beli apa2 adiah utk abah... last2 dia kata peti ais umah Abah dah rosak.. hmmmm pastu roger adik2 lg 3 orang... dorang pun ok jer... so, 30/4 aku terjah p cari kat Kulim... jumpa yg bersesuaian.. p try banding harga dgn SEC dan kedai elektrik lain.. tak leh bg murah mcm kedai yg selalu aku beli barang elektrik tu.. Courts Mammoth aku tak p pun sementelah kompom rega mahai... CSH ni kira ok gak la rega dia... utk peti ais ni dia bg rega RM1250 (Toshiba 390L).. kat SEC RM1450 dan kat kedai lg satu tu RM1350.. delivery ke Baling adalah FOC... i likeeee... so, inilah hadiah utk Abah n Mak tahun ini... dari kami 6 beradik... semua 8 beradik.. tolak sorang tgh study lg.. tolak adik yg no. 4 coz dia baru saja dpt baby..


Diketika aku tulih entry ini Abah n Mak belum tau pasai adiah ni... memandangkan semalam dan ari ni kedai tu x dpt antar coz PH.. benda alah ni akan smp umah depa esok t/hari... hehehe dah plan dgn si bongsu dia akan tunggu di rumah time tu... bukan tunggu saja tau... dia pau aku RM50 upah katanya... cehhhhhh nasib la jd kakak kan...

Dok imagin apa Abah n Mak nak kata esok.... hehehe Mak tentu spt biasa... dok lap ayaq mata... hehehe... Abah kompom akan tepon anak2nya.... smg Abah n Mak hepi utk adiah ni.. utk Abah kerana besdaynya dan tuk mak sempena hari ibu... hehehe 2 in 1 saveeeee...

Ikhlas dari anak2 Abah n Mak :-

(Rohaizam, Rosmeyati, Rosmiza, Badrul Hisham, Zamakh Syari, Khairul Munir, Mohd Fadli n Rabiatul Andawiyah)