Rabu, 29 September 2010

ADUHAIII ANAKK... ZZZZZZ

Hari Khamis yang lepas aku agak sibuk menguruskan barang-barang untuk membuat gerai sempena sambutan hari raya untuk jabatan kami di peringkat kontinjen. Tema yang diberi adalah dari barang2 recycle... Pusing2 gak la cari botol, bekas telur, tayar dan lain2...
Petang tu balik dari kerja aku masih mencari2 barang2 yang difikirkan perlu... pas amik anak dari umah MIL aku... dalam perjalanan balik rumah aku singgah jap kedai tepi trafik lite dekat masjid... memikirkan aku hanya ingin bertanya saja.. aku park keta tepi jalan... dengan enjin kereta tidak dimatikan aku pesan dekat anak aku.. jangan buka pintu kereta selagi aku tak datang sendiri.. begitulah rutin biasanya kalu aku nak cepat... aku akan kunci dia di dalam kereta... dia angguk saja... aku pun masuk kedai tanya pak cik tu ada tak bekas telur untuk aku beli.. kebetulan kat kedai dia ada beratus2 bekas telur yang tersimpan.. aku pesan kat anak pak cik tu tolong pilihkan yg elok2 aku nak 50pcs.. jap g aku datang balik.. nak pergi tgk anak dalam kereta.... sekali aku smp anak aku dah tertidooo... huhuhu.... padahal aku tinggalkan dia rasanya tak smp 5 mins..
Aku ketuk2 cermin kereta... aku ketuk2 pintu kereta.. aku jerit2 nama dia... aku ketuk2 bumbung kereta... dia still tido dalam keadaan terduduk... pastu mcm orang pandang2 gak la aku memandangkan kedai tu betoi2 tapik lite... mak cik kedai tu mcm tgk2 aku... mebi ingat aku marah ke apa kot... lama dia memerhati aku.. dia mai bertanya... pas tahu keadaan sebenar.. dia tergelak.. dia pun tlg ketuk2 sama memanggil anak aku... tp anak aku still tido dgn nyenyaknya...
Pastu pak cik kedai tu pun datang ketuk2 gak... henjut2 keta aku bg goyang... lg sedap budak tu tido... pastu ada la orang yg nak ke masjid dan pulang dari masjid singgah tlg ketuk2 n panggil dia... siap pakat tolong henjut kereta... glemer la seketika aku kat tepi jalan tu... ada gak orang yg naik moto benti tgk... sbb ramai mcm ada eksiden plak... yg benti semua gelak bila tau keadaan sebenar... huhuhu...
Fenin gak la kepala aku... somi aku masih di tempat kerja.. kunci spare tak ada sbb ari tu suami aku terjatuhkan kunci keta dalam longkang masjid masa akad nikah adik dia... longkang tu plak dalam n besi longkang tu plak tak boleh diangkat... last2 aku kol jiran aku sbb aku tak tau nak buat apa... jiran aku ni mai la dgn laki dia usung sekali anak dia yg kecik tu.. siannnn aku terpaksa susahkan jiran aku tu...
Dalam fikiran aku... kalu tak boleh buka gak harus last choice yg ada, aku ketuk je cermin tingkap kereta tu... aku dok agak2 nak panggil tukang kunci... Nasib baik pak cik kedai tu tlg bantu.. baik gak pak cik tu.. dia kata tukang kunci mahal.. RM100++.. aku kata aku tak dak pilihan... sesambil pk sesambil ketuk2 lg kereta tu...
Last2 anak pak cik kedai tu roger kawan dia yg keja bengkel... dalam l/k 10 mins dia smp... aku dah seriau apa yg dia nak buat.. aku bgtau pintu kereta aku tu tak boleh dikorek sbb aku pasang anti theft la kekonon masa mula2 beli.. so, tak boleh la masukkan pembaris besi mcm biasa orang buat... Rupa2nya cara dia lagi canggih... kejap je dia buat... l/k 2 mins pintu tu dah selamat dibuka tanpa mencederakan kereta aku tu... huhuhu.... syukurrrrr sangat2....
Save gak la duit aku malam tu... just sedekah kat dia sikit.. n pak cik kedai tu sikit sbg tanda terima kasih... kalu aku nak panggil tukang kunci lg mahai rasanya... n malam tu, tanpa kira bangsa semua membantu aku... pak cik tu melayu... ada cina gak mai tgk... budak bengkel tu india... hehehe... Lama gak la aku berada di situ... lebih dari setengah jam...
Anak aku..... dia masih tak sedar apa yang jadi... dia tido dan tido dan tidooo... smp umah, abah dia angkat letak atas katil... esok pg dia bangun bersiap utk p skulah dia masih tak tau apa2... smp la aku cerita kat dia....
Terima kasih pada semua yang sudi membantu even dorang tak kenal aku... terutama kat jiran sebelah umah aku yg sudi angkut anak kecik dia memalam buto semata2 nak mai tgk aku kat tepi jalan tu... huhuhu

Khamis, 9 September 2010

SELAMAT HARI RAYA...

Di ari terakhir kita berpuasa.. di ari terakhir di Bulan Ramadhan 1431H... aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. Ampun maaf dipinta andainya terdapat salah dan silap sama ada disedari atau tidak.
Semoga Aidilfitri tahun ini memberi seribu erti dan kegembiraan buat kita. Semoga kita dijauhkan dari sebarang malapetaka di Aidilfitri kali ini. Semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu lagi Ramadhan dan Syawal tahun hadapan.

Isnin, 6 September 2010

Nenek oh Nenek...

Sabtu ari tu aku balik kg umah tok aku untuk antar baju raya tok wan aku dan telekung raya tok aku... juga dodol yg direquest oleh tok aku... hmmmm dan minyak atar yang direquest oleh tok wan aku... jangan memain.. request melalui panggilan hp tau... even dah tuo.. hehehe alaaaa orang lain yg dailkan.. tok aku cakap je... hehehe...

selepas berbuka... kami berehat2 di ruang di bahagian luar rumah... mengambil angin malam... l/k pukul 9 aku bgtau aku nak balik... tok aku mcm tak percaya.. berkali2 dia tanya aku... jenuh gak la aku yakinkan dia... hmmm... diwaktu tu ujan pun dah mula turun renyai2... tok aku masih bertanya... dia risau... katanya dah malam.. jauh aku nak bawa keta... pastu aku perhatikan dia ke tempat tidurnya.. berusaha mengeluarkan beg kecil yang tersimpan duit... aku perhati jeeee.. rupa2nya dia hulurkan padaku RM100... katanya aku tak berduit... sebab dia tgk aku balik tak membeli apa2 barang.. yaaaa itulah kebiasaan aku.. di kala aku balik kg tak berduit... aku balik dgn sedikit je buah tangan.. kalu aku berduit... aku akan bekalkan dia stok barang dapur untuk sebulan.. segala beras, minyak, susu, gula, tepung, teh, sabun basuh baju, pencuci pinggan dan lain2...

jenuh la aku menolak dan aku yakinkan dia bahawa aku ada duit... siap paksa aku buka purse lg... hehehe... yaaa dalam purse aku hanya ada beberapa keping wang kertas merah... aku bg mcm2 alasan.. aku ada duit.. aku tak perlukan tambang... dan mcm2 lg la... sudahnya duit tu ku selitkan kembali di dalam poketnya... ini bukan masanya utk dia susah payah utk aku lagi... ini masanya aku yg berbakti pada dia..

adoiiii itulah nenek aku... yang membesarkan aku dari aku berusia 6 bulan... dan usianya menjangkau 90an... kudratnya semakin kurang... kulitnya dipenuhi kedut2... pendengarannya makin berkurangan... tapi... sinar matanya merenung aku masih seperti dulu... mengambil berat seperti aku masih kecil dulu... aku faham dia risau... perjalanan dari rumahnya ke rumah aku sejam lebih... sepanjang perjalanan majoriti kawasannya adalah melalui kawasan ladang getah dan ladang kelapa sawit.. sesekali sekala je jumpa kampung dan pekan kecil... harus la dia risau kerana aku seorang perempuan memandu berseorangan hanya ditemani jejaka kecil berusia 5 tahun itu...

tok wan aku hanya diam sahaja di atas tilam anginnya diluar rumah... cepatnya masa berlalu... usianya sudah melebihi 90an... sudah bongkok 7 orang tua itu... berjalan di dalam rumah pun menggunakan kerusi roda... kalu diluar rumah dengan tongkatnya...tapi masih seperti dulu... turun ke tepi sungai bercucuk tanam... ke sungai menangkap ikan.. biarpun dilarang tapi masih berdegil...

selalu dibenakku terfikir... adakah Aidilfitri kali ini yang terakhir buatku bersama mereka.. adakah Aidilfitri ini yang terakhir aku dapat belikan sesuatu untuk mereka... adakah Aidilfitri ini yang terakhir yang dapat aku gembirakan mereka... adakah Aidilfitri ini yang terakhir dapat ku salam dan cium pipi mereka.... rasanya belum puas lagi untukku berbakti pada mereka... semoga Allah panjangkan usia mereka.. dan dapat aku membalas jasa mereka membesarkanku dari tapak kaki sebesar dua jari hingga aku bekerja... walaupun ku tahu aku tak dapat membalas walau setitis peluh mereka...

......... sesungguhnya... aku belum bersedia untuk hidup tanpa mereka berdua disisi.... walaupun aku tahu ajal maut di tangan Allah....

"YA ALLAH YA TUHANKU, PANJANGKANLAH UMUR DATUK DAN NENEKKU UNTUK BERIBADAT KEPADA-MU, MURAHKANLAH REZEKI MEREKA, AMPUNKANLAH DOSA MEREKA, KURNIAKANLAH MEREKA KESIHATAN, JAUHKANLAH MEREKA DARIPADA SEBARANG MALA PETAKA DAN JIKA KAU INGIN MENGAMBIL MEREKA PULANG KESISI-MU SEMOGA MEREKA TERDIRI DARI ORANG YANG BERIMAN"...