Rabu, 27 Oktober 2010

suatu hari...

Ari ahad ari tu aku balik kg. menjengah nenek aku yang kurang sihat... otw balik kg tu smp dekat2 pekan KK aku nampak dua orang perempuan yang umur dalam 70an sedang berjalan sambil membawa guni di tangan masing2... aku memerhati dengan perasaan yang bercampur baur... kasihan, sedih pun ada... bila aku melepasi mereka aku perhati dari cermin aku nampak mereka berhenti di bahu jalan... melepaskan lelah agaknya... maklumlah cuaca pada ketika itu hampir pukul 12tgh... matahari memancar terang... mcm2 dalam fikiranku yang aku fikirkan... sudahnya aku ambil keputusan utk patah balik walaupun dah lepas dari mereka 2-3 ratus meter...

aku berhentikan kereta dan bertanya mak cik tu... rupa2nya mereka baru keluar dari ladang kelapa sawit kerana mencari ulam2 (buah peria katak) untuk dijual di pekan hari. rumah mereka agak jauh dari situ dan terpaksa menaiki bas... kesian pulak di tengah2 panas ni aku mempelawa untuk hantar walaupun arah perjalanan mereka bertentangan dari jalan yang aku nak lalu... sambil2 dalam kereta tu aku berborak2... kerja dua orang mak cik ini ialah berniaga ulam2 kampung di pekan hari di bandar SP setiap isnin dan khamis. untuk ke sana mereka akan menaiki bas yang dalam anggaran aku kalu perjalanan menaiki bas l/k sejam dari stesyen bas KK ke bandar SP. aku hanya sempat hantar mereka di bus stop yang berhampiran masjid KK kerana untuk ke rumah mereka terpaksa menaiki bas lain lagi dan itu agak jauh kalu aku nak hantar terus. jarak dari aku ambil mereka dari tepi jalan tadi sehingga ke tempat aku tinggalkan mereka l/k 4-5km.

aku patah balik dan meneruskan perjalanan ke rumah tok aku... sesambil dalam hatiku berfikir... sepatutnya pada usia itu mereka harus duduk di rumah... masa untuk anak2 yang membela mereka...
adakah mereka tiada anak?
atau tiada anak2 yang senang yang boleh menjaga mereka?
atau... ada anak2 tapi tidak mempedulikan?
atau ada anak2 yang mengambil berat kepada mereka tetapi jenis yang tidak boleh duduk di rumah sahaja....
soalanku tidak terjawab... cuma aku kasihan pada mereka... bagaimanakah aku di usia tua nanti????