Khamis, 20 Mei 2010

IKLAN JAWATAN INSPEKTOR POLIS

Iklan pengambilan jawatan Inspektor Lelaki dan Wanita akan dikeluarkan di akhbar-akhbar utama pada hari Ahad (23.05.2010). Borang-borang boleh didapati di Ibu Pejabat Polis Daerah yang berdekatan. Sila bawa sijil asal semasa mengambil borang. Hanya calon-calon yang memenuhi syarat sahaja akan diberikan borang. Tidak boleh hantar wakil... hanya diri sendiri je boleh... Good Luck utk sesapa yang berminat...

Isnin, 10 Mei 2010

HARI CINTA IBU...

Balik keja di hari Jumaat anak aku menghulurkan sekeping kad dengan senyuman meleret... dengan ucapan "Selamat Hari Cinta Ibu"... hehehe.. wahhhhh kad pertama dari anakku itu... Kelakar la plak tgk nama dia huruf 'a' terbalik...
Dah 2 ari berjanji kat aku nanti nak belikan aku keretapi bila dia besar nanti... dia nak drive.. bawa aku jenjalan.. siap nak beli sekali dengan rail sekali... antam je la nak...
Ari Sabtu tolong aku tukar cadar katil kami... dengan alasan "ari cinta ibu" hehehe...

Buat anakku MUHAMMAD DANIAL MUSTAQIM, Ibu sayang Danial sepenuh ati... Semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan Akhirat. Ibu minta maaf selalu marah2... bukannya Ibu tak sayang... IBU CINTA DANIAL....
Ibu tak punya harta yang melimpah ruah untuk Danial. Ibu hanya mampu mengasihi dan menyayangimu selamanya...

Rabu, 5 Mei 2010

Aduhaiii anak...

Kelmarin suami aku jemput aku di pejabat memandangkan dia cuti. So, aku memerap la soh dia antar n amik aku kat pej.. alaaaa bukan jauh pun... 30 min je drive... hehehe lgpun bukan selalu...
Petang tu dia bawa la anak aku bersama memandangkan kami dah berjanji setia nak ke Jusco. Bawa budak itu jenjalan n main mainan kat Jusco. Depa sampai kat pej aku dalam pukul 6.30 petang... aku bgtau soh tunggu kejap memandangkan ketika itu aku masih dalam pejabat bos aku menyetelkan file2 yang berlambak bersama bos. Tetiba kedengaran suara kanak-kanak menjerit "IBUUUUU"... bos aku yang tengah minit file.. terberhenti dan memandang muka aku sambil berkata... haaa anak dah sampai... pastu dia ketawa sesungguh ati sambil berkata... 'kuatnya suara'. Aku pun tergelak tak leh kaber... jengah kot tingkap.. sahhhh nampak anak aku bermain2 di bawah pokok... bayangkan kuat tak kuat suara dia... aku kat tingkat 2.. dengan opis yang tingkapnya semua bertutup.. hehehe... Dalam pukul 7 bos aku habis minit file semua...


Pergi Jusco bagi dia main mainan kat Wonder Theme Park n bagi dia buat sand art. Pastu bawa dia p makan... aku senarai semua jenis makanan fas fud tapi dia tak nak.. dia pilih nak minum air je kat food court. Suami aku p order ais kacang sesambil aku order sizzling mee bebetui depan kaunter jual air. Anak aku dok sibuk minta air milo... aku cakap sekejap dengan harapan pas bayar baru aku nak beli air utk semua sekali... sekali dalam sibuk2 aku mengorder.. dia datang dengan bangganya menunjukkan secawan air milo sambil kata kat abah dia... "haaa terer dak.. danial order sendiri?"... aku terkebil2... tanya dia... dah bayar ke.. dia kata belumm... aku bg dia RM2 soh dia p bayar.. budak kat kaunter tu tak nak duit... aku paksa dia p bayar gak sendiri... last2 dia tinggalkan duit atas kaunter tu... aku soh budak tu amik gak duit tu takut nanti anak aku terbiasa...


Tengah makan2... dia nak lagi satu air milo... kebetulan meja kami duduk tu dekat je dengan kaunter jual air tu... abah dia bagi RM2 soh dia p beli... pastu abah dia folo dari belakang... sekejapan tu dia datang bawa secawan air milo dengan senyum sengih sambil berkata "abang tu belanja.. tak payah bayar"... adoiiiii la anak....

Sabtu, 1 Mei 2010

1HB MEI....

Hepi Enibersasi 2 us... Semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
Terima kasih buat suami yang sudi menerima aku seadanya... dengan ikhlas menerima segala kekurangan aku. Dirinya melengkapkan apa yang kurang dalam diriku. Ikhlas menyayangi dan menyintaiku tanpa memandang paras rupa. Memberi tunjuk ajar tika aku tersalah langkah. Berada disisiku tika aku memerlukan. Segala jasa dan pengorbanan mu tidak mampu ku balas.
Terima kasih kerana bekerja keras untuk kami. Tanpa jemu mencari nafkah dengan tenaga dan kudratnya walaupun ku tahu tempat kerjanya bukanlah di dalam pejabat yang berhawa dingin. Walaupun kita hidup serba sederhana... tapi aku bahagia...
Thanks 4 everythin'....