Jumaat, 30 Oktober 2009

OH JUMAAT...

Aku keboringan... ketensionan... kebuhsanan... kegeraman... semua ada... huhuhu... skang ni time rehat... dah tentu ari ni rehat panjang.. 12.15 tgh - 2.45 ptg.. tapi aku.. masih tercongok di depan pc... di kala ini.. di waktu ini... pkl 1 ptg...
Al-kisah td bos aku pas meeting dia kuar p makan katanya.. time tu pkl 11.00.. aku tgk dlm pkl 12.15 dia tak masuk lg.. so, aku pun berjanji setia dgn 3 org kawan ni nak p makan mee ketam.. dah masuk dlm keta dah... dah kawan aku tu dah kuar dr parking.. aku yg baik ati ni koling la bos aku nak bgtau aku nak keluar n kot2 la dia tak ada kunci nak masuk opis ke... sekali aku cakap... "Dr. saya nak keluar makan jap ya" (tapi aku bkn keja kat spital ya). Huhuhu sekali bos aku tak bg aku keluar.. soh tunggu dia masuk pej... what the &*^%$#@ .... sadis woooo... perut dah menggelegak lagu rock.... dgn perasaan yg bercampur baur aku soh member aku patah balik antar aku kat lobi n aku naik semula ke opis... sesambil tepon ngadu kat laki aku ya la.. aku siap mintak izin dah nak p makan... huhuhu...
Sesambil layan perasaan sesambil jalan2 tengok blog sesapa... jumpa satu blog senior aku ni yg ada link ni... aku pun test dan ini hasilnya.... hmmmm... tak la laju sgt tp perkataan dalam Bahasa Malaysia.. bolehlah... kalu English harus la slow sket kot...

http://malaysian-speedtest.10-fast-fingers.com/

Yang penting.... aku laparrrrr...
woiiiii Jumaat woiiii... tak reti ke... huwaaaaaa...


Selasa, 27 Oktober 2009

HAI ANAK....

Aku rasa minggu ini (24 & 25/10/2009) adalah hari yang menggembirakan anak aku. Mana taknya... Abah dia cuti setelah sebulan bekerja tanpa cuti... Kebetulan 25.10.2009 besday Abahnya... kami ambil kesempatan ni untuk bawa anak aku jalan2. Hari Sabtu petang kami ke Sunway Carnival dan bawa anak aku ke tempat permainan yg besar... seronok la dia bermain2 di dalam tempat permainan tu. Kemudian kami ke Jusco Bandar Perda kerana pada hari Jumaat aku telah membeli susu Dutch Lady 456 utk Danial dan dengan pembelian tersebut Danial layak bermain permainan yang disediakan di situ. Sebab aku beli 4 pek susu... dia layak main 4 kali permainan yg sama... Sian dia.. aku dera dia main smp cukup 4 kali sbb aku nak gift yg DL bg tu... benda tu ada 4 jenis.. hehehe... Paling dia cekap main permainan Handy Manny la..teka tools tu dari bayang dia... dan juga Puzzle Mickey Mouse...

Kebetulan time dia tgh main last game tu dorang buat acara sediakan sarapan pg sendiri... Just for fun tak ada adiah apa2... tu utk sapa yg dah daftar awal tp sbb ada 3 lg kosong sesapa je leh join... aku offer kat dia.. tak sangka lak laju je dia naik pentas... hehehe... First time anak aku join aktiviti mcm ni... aku ingat dia takut @ malu... huhhhhh memang la anak aku ni... Dia yg paling kecil antara semua peserta... Aku gelak giler bila DJ tu tanya nama dia... dengan suara dia yg kuat dia cakap DANIAL... tak lama pastu DJ tu tanya... suka jem ke peanut butter... dengan suara dia yg kuat dia cakap.. PEANUT BUTTER... adoiiiii... DJ tu tanya lg 3 org yg semeja dgn dia tu.. dorang jawab dgn penuh berhemah.. peanut butter...
Tersengih2 kat situ.. siap lambai2 aku n suami lg...

Amik peanut butter jangan tak amik... Dia la yg paling banyak sekali sapu PB... memontang PB tu fav dia... Kalu kat umah dia ratah direk je dr botol PB...


Khusyuknya dia... smp dah ilang topi... topi tu besar selalu tutup mata... last2 dia letak tepi...

Orang lain deco mcm2 pas letak PB tp dia tak nak... nak PB kosong je... last2 tgk org sebelah letak kot... dia letak gak coco crunch yg kalerful punya...


Dah siap... orang lain semua bila ditanya nak tapau bawa balik.. dia sorang je nak makan kat situ.. daannn... dia org last turun...

Dengan kawannya... anak jiran sebelah umah aku... kebetulan jumpa kat situ.. Keciknya anak aku kan... padahal anak aku 4 tahun... kawan dia tu 3 tahun...
(ni ari Ahad... kali kedua ke Jusco)
Gumbira la itu budak... Sabtu n Ahad dapat ke Jusco... Ahad dapat main2 kat tempat permainan kat Jusco...

Khamis, 22 Oktober 2009

BUNGA TELUR GANTUNG DIP - (AK-BTGD-03/09)

Bunga telur gantung dip ni dengan 1 bunga kecil dan 2 aksesori. Pattern ni lain sikit sbb bunga rose tu aku bg hadap ke depan tak mcm selalu dia hadap atas....


Rabu, 21 Oktober 2009

DAPUR...

Perhatian kepada kekawanku baik yang mengandung ke yang tak mengandung ke... akhirnya aku mengalah pada permintaan kalian. Mana taknya hari-hari aku ditanya soalan sama. Nak buat entri berpassword khas untuk kekawan aku tak reti... maaf ya... So, layan je la ya...

Ni selepas pasang kic kab n buat wayering... tingkap tu asal 3 panel tp aku ketuk jdkan 2 panel sbb tak muat utk kic kab atas tu...
Ni selepas proses mengecat undercoat. Plan asal nak cat je keseluruhan dapur tu.. tak nak pasang tiles kecuali bahagian hood sahaja... tu yg undercoat dicat semua tu...
last2 selepas dicat warna merah.. aku nampak kekurangan seri... terjah kedai cari tiles plak... pusing-pusing 4-5 kedai baru dpt tiles merah spt yg aku nak.. susahnya nak cari tiles merah... first aku beli dr satu kedai lain.. balik umah aku tgk tak cantik.. sib bek kedai tu bg aku return n bayar balik full payment.. tidak rugi aku...

Sila abaikan peti ais aku yg 'setoet' (kecik) itu... kic kab tu telah silap diukur makanya aku tak dpt la merasa utk beli peti ais sebesar gajah... hanya leh up yg 2 pintu peti ais pattern lama je... yg lebar lebar tu tak dpt la merasa...
Yang semak2 tu abaikanlah ya... belum siap sepenuhnya... ada lg yg perlu dibeli tambah utk kemaskan lg dapur tu...
Top kic kab aku tu tak berapa shining... sebabnya... sebabnya... aku beli tiles gred A tapi kedai bagi gred B... huhuhu... ekceli tiles tu sama je pattern... tp ada beza pada kilauan dan kualiti dia... bila dah siap pasang baru aku n laki aku pasan... aku bawa pergi check dgn kedai.. dia akui gred B... Bangang kan... nyesal gak la tiles utk top tu aku serahkan resit pada kontraktor kic kab utk amikkan... benda2 lain aku amik sendiri.... sbbnya tiles tu berat.
Minta maaf la gambar blur kodok... camera aku lama nyer... dalam gelap tak berfungsi dgn begitu baik... umah aku ni siang malam sama je.. kena buka lampu.. gelap gelita..
Aku ada satu angan-angan yg entah bila akan kesampaian... makanya aku ni idak la selalu memasak... aku ingin gantikan tempat untuk microwave itu dgn akuarium ikan air masin... sudah ku jengah-jengah kedai akuarium.. wahhhh cantiknya... tp reganya cantik juga... boleh ke haaa buat akuarium kat kic kab... :) bestnya ada nemo berkejaran disitu...
Jika diberi pilihan untuk mengecat lagi.. aku tak ingin lagi mengecat warna merah... sungguh la renyah disitu... dah la kena ada undercoat bagai... nak dapatkan warna yang sekata dan cantik kena double 3-4 kali...
Memandangkan kontraktor ni agak veteran tp blum smp tahap warga emas la... so, dia tak berapa biasa dgn konsep modern... Jd aku n suami bg dia buat kic kab je... tu pun idea kic kab kena aku gak bg mcm utk bar kaunter...lain cari sendiri n bg idea sendiri... mcm hood, hob, sink, tap, tiles, glass tiles, pemegang pintu dll kami cari n beli sendiri...tak salahkan dia la sbb dia bukan ID... Bg aku harga dia bg quite ok la sbb dia ada kilang dia sendiri...
So, inilah hasil dari aku dan suami yang tak pakar dalam ID... untungnya kami sama-sama minat modern konsep... even umah aku tak berapa modern la kot jdnya.. hehehe... hantam sajala labu...
Nanti aku tunjuk bahagian lain plak ya.... bersambung..... >>>>>

Isnin, 19 Oktober 2009

BUNGA TELUR GANTUNG DIP - (AK-BTGD-02/09)

Bunga Telur Gantung Dip ni aku buat dengan aksesori 2 bunga kecil... tu saja...



Selasa, 13 Oktober 2009

WALL STICKER...

Salam Semua... Harap semuanya sihat dan ceria selalu.
Kali ni aku tak upload gambar bunga. Aku ni serba salah dek permintaan kawan2... dok koling2 aku soh upload gambar Istana kecik aku tu... Tak diturutkan permintaan... Ibu Mengandung...
Sebagai permulaan ari ni aku upload gambar wall sticker la dulu... pastu baru bahagian lain rumah... Harap kawan2 aku yang teringin sgt nak tgk tu puas hati ya... Kang marah aku lak kalu air liur anak meleleh... hehehe...
Aku sukakan wall sticker ni sbb aku leh lekat apa yg aku suka... n bila2 aku leh tanggalkan tak mcm wallpaper...

Wall Sticker ni aku lekat di bilik anak teruna aku tu... Dia sukakan keretapi dan jentera berat so, aku belikan sticker keretapi utk dia. Ada juga sticker transport tp belum dilekatkan lg sbb bilik dia blum tersusun sepenuhnya. Malas aku nak amik gambar sekali katil dia tu... Katil tu dia tak tido pun... so, aku letak penuh bantal atas tu. Katil tu agak tinggi gak la.. bawah dia ada 9 drawer (3 layer) dan ada slide utk turun dr katil or utk dia main slide... Dia suka main slide tp aku tak berkesempatan bawa dia ke taman.. Jd aku belikan dia katil yang ada slide. Walaupun kecik cukupla utk dia...


Sticker bunga2 ni aku lekat kat dapur... Aku suka sticker ni sbb matching dgn konsep dapur aku.. Hitam, Merah n Putis...


Pesanan Penaja : Wahai kawanku yang tgh peknen... sabar ya utk tgk gambar dapur aku tu...


Selasa, 6 Oktober 2009

BUNGA TELUR GANTUNG DIP - (AK-BTGD-01/09)

Bunga telur gantung ni sengaja aku buatkan tanpa sebarang aksesori. Sesuai bagi yang sukakan bunga telur gantung yang simple. Seperti biasa, boleh didapati dalam pelbagai warna yang anda sukakan... Ini hanya sample sahaja...



Sabtu, 3 Oktober 2009

HANTARAN

Kali ni aku letak gegambar hantaran yang aku buat untuk adik dan adik ipar aku. Majlis dah lama berlangsung tapi tak berkesempatan upload kerana masalah gambar. Salah aku juga sbb aku lupa snap pict... so, kena la cari dari org lain... so, ni je la yg dpt...

Antaran ijau ni masa majlis bertunang adik aku pada bln 8 ari tu. Pihak kami hantar 7 bekas antaran tapi lg 2 iaitu buah2an dan kek aku tak tau kenapa tak dak dlm gambar... Bekas warna gold yang ada tergantung mcm buaian tu bekas cincin. Yang warna putih mcm sarang burung tu aku letak duit downpayment... hehehe. Ni kira semua berpunca dari bekas emergency... memula aku nak sewa bekas dari zara tapi kerana beberapa masalah tak dpt p amik bekas tu kat dia.. so, kena la cari apa yg ada n aku buat seadanya...

Antaran biru ni masa majlis perkahwinan adik ipar aku Amilia. Ni hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan. Memandangkan pengantin lelaki orang Sarawak so, aku ditugaskan menyediakan hantaran bg pihak lelaki... Ya la kan.. takkan nak bawa naik flite plak... Kotak dan alas dulang aku sewa dari Zara... atas permintaan pengantin lelaki nakkan yg simple je... so, inilah hasil yang tak seberapa dari aku...

Ni lak antaran dari pengantin perempuan kepada pihak lelaki. Aku cuma sediakan bunga dulang je... lain-lain disediakan oleh Mother In Law (MIL) aku. MIL aku ni rajin betul bab-bab ni. Alas dulang pun dijahitnya sendiri. Even payung untuk pengantin pun dia jahit manik2 berjuntaian. Sampai la ke pintu gerbang pengantin dibeli dan digubah bunganya sendiri, sarung kerusi utk tetamu dijahit sendiri dan lain-lain la... Semuanya hasil kerja tangan dari seorang Ibu untuk Anak gadisnya... dah ini pun kenduri kahwin yang terakhir.. SIL aku ni anak bongsu... Masa kenduri Aku incharge bab hantaran dan meja makan pengantin :)


Masa aku kahwin dulu cadar pengantin pun dia jahit sendiri.. siap dengan comforter.. even untuk aku pun dia tlg jahitkan cadar dan langsir untuk dinding...


Jumaat, 2 Oktober 2009

APA PENDAPAT KAWAN-KAWAN...

Salam Semua, Kali ni saya nak minta pendapat, pandangan, idea, komen atau apa sajalah.. tak kisahla apa pun... Al-Kisah sample bunga pahar dip putih ni saya buatkan untuk seseorang. Dia nak semua putih... Memang dia suka betul dgn sample ni... masalah dia sekarang... kawan2 dia komen warna ni tak ok.. so, dia pun serba salah...
Saya sajes dia dua pilihan... semua putih atau putih + hijau.. means daun n kelopak tu hijau.. reben pun putih dan hijau... Saya nak mintak pendapat kawan2 pula untuk bantu kawan sorang ni...