Jumaat, 4 Jun 2010

AKU REDHA...

Ya Allah jika ini ujian dari-Mu buat hamba-hambaMu yang kerdil ini.. kami redha Ya Allah... Sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui atas segala yang berlaku... InsyaAllah ada hikmah disebalik apa yang berlaku ini...
Semakin dekat majlis kenduri perkahwinan adikku semakin banyak ujian yang mendatang. Pertama sekali kakakku hampir kemalangan... Syukur dia selamat cuma kena bayar gantirugi pada orang tu RM700 kerana orang tu elak kakak aku keluar dari simpang n dia terbabas hampir masuk sawah padi... Lepas tu ada masalah dengan kereta Abahku... melayang RM2k... Kemudian Nenekku pula jatuh di rumahnya Ahad lepas... bahu terkeluar dan lengannya patah... hari yang sama Bapa Mertuaku dimasukkan ke spital kerana masalah jantung... Kemudian adikku di KL pula motornya tiba2 rosak dan kos membaikinya RM850.. melayang jugakla gaji dia sebulan memandangkan dia baru je sebulan dua bekerja sian jugakla...
Ari ni anakku pula dimasukkan ke spital kerana muntah2 dari semalam... Tak sempat la mamat kecik ni menyambut hari guru di sekolahnya dan majlis penyampaian adiah tuk peksa sem 1 pun dia tak leh pegi la... sudahnya pepg td dia merengek nak adiahnya... kena la aku tebaikan muka mintak kat teachernya... huhuhu... siap bawa mai spital... tido dgn piala tu... adoiiiiyaaaaaiiiii anak...
19hb ni kenduri kahwin adik aku...semoga semuanya berjalan lancar. 20hb ni aku n husben kena bawa fil aku p ke IJN... semoga FIL aku tu tak dak la apa2 masalah yang besar dan semoga dia cepat sembuh...
Apapun ujian yang mendatang dari-Nya aku bersyukur kerana diberikan peluang untuk masih meneruskan idup di muka bumi ini. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang... Syukur padaMu Ya Allah atas nikmat yang Engkau berikan selama ini...
Nota Hati : Ditulis dari KPJ Penang Specialist Hospital

4 comments:

TiNiE berkata...

mie, bertabahlah.
aku tau hang kuat...mai KL jom jumpa jom...

AMIRZA berkata...

TQVM Tinie... InsyaAllah.. kami@kita semua tabah...

Tak dan la jumpa2.. appmnt IJN 21/6 pkl 9pg.. tak tau apa kisah lg.. pastu kena terus balik Kedah.. esoknya koje... huhuhu

Ieda berkata...

fuhhhh..lepas 1, 1.
Takpe Mie. Allah tak akan uji umat-Nya tanpa sebarangan. Dia tau ko kuat semangat.
Semoga kehidupan ko lebey baik pasni...

AMIRZA berkata...

Ieda : Yeah... Allah Maha Mengetahui.. Maha Adil dan Bijaksana... TQVM