Selasa, 18 Januari 2011

hampir eksiden... Alhamdulillah...

Ari Ahad yg lepas aku balik kg menjengah Abah dan mak yg dah hampir sebulan tak jumpa... best balik dpt jumpa adik beradik dan makan t/hari bersama-sama...

Petang tu otw balik ke umah aku, waktu tu l/k pukul 7.05 aku smp di satu kawasan yg agak lengang... aku drive dlm speed 100km/h.. time tu jalan agak mendaki... di depan kereta aku ada sebuah kereta Iswara warna hijau yg speednya l/k sama je... tgh sedap2 drive tetiba kereta depan aku mengelak ke tepi dengan kadar pantas... aku pk kenapa la kereta ni... tiba2 aku nampak ada sebuah kereta warna putih datang dr hadapan betoi2 menuju arah kereta aku dengan lajunya... cepat2 aku elak ketepi jalan... terkejut seketika sbb berlaku amat pantas... kereta Iswara di hadapan aku pun memperlahankan keretanya dlm 50km/h sambil aku nampak dia menenangkan seseorang disebelahnya... tak pasti la isterinya atau anaknya... anak aku tengah tido di seat sebelah penumpang...

Bersyukur kerana kami tidak ditimpa kemalangan tp dalam masa yg sama aku marah giler kat driver yg memotong kenderaan di lorong bertentangan yg aku anggarkan dalam 5-6 buah sekaligus tanpa menghiraukan kereta yg datang dr arah depan... Alhamdulillah ketika itu ada lorong laluan untuk motosikal... kalu tidak.. harus la terbabas masuk longkang kereta kami...

Aku teruskan perjalanan... dalam 20-30 mins lepas tu aku nampak satu eksiden... kereta apa tak dapat dipastikan kerana berada di lorong bertentangan... kereta tu masuk dalam longkang... landing elok je dlm longkang... agaknya kereta size kecil kot... bersyukur kerana kejadian yang sama tidak menimpa kami...

Alhamdulillah kerana kami selamat... semoga dijauhkan dari sebarang kemalangan... balik umah aku cer kat en. suami... ingat kot dia nak beking aku.. sekali dia bg ceramah keselamatan jalanraya la pulok... hehehe... dia kata aku selalu bawa kereta laju2... sbb ari sabtu tu aku bawa kereta ikut hiway speed l/k 130-140 dgn alasan nak cepat sampai... hehehe soriiii ya bosssss.... dia kata ingat kat anak yg dok sebelah tu... jd apa2 kat anak haaaa.. ooooo kalu jd apa2 kat aku kira tak kisah la kan.... huhhhhh.... :)

Isnin, 3 Januari 2011

hadiah...

Menjelang penutup tirai 2010 Mr. AFR bersuara ajak aku p kedai tedi bear sbb aku ada bg hint2 kat dia utk tahun ni befday aku, aku tak nak bunga ikut bilangan umur lg... aku kata kat dia sayang la bunga tu selalunya kecut dan akan reput... lgpun kat umah skrang tak dak tempat lg aku nak simpan bunga tu... umah sekangkang kera la katakan... dia pening tak reti nak beli mcm mana benda alah tu... dia ajak aku p pilih sendiri... selalunya tiap tahun akan ada je bunga smp kat opis aku... tahun ni no surprise lorrr...

Memandangkan dia sibuk dgn kerja so, baru semalam la kami berpeluang pergi Megamall.. itupun dia direk dr kilang n aku dgn anak dr umah... sblm ni dah survey kat Jusco n Giant... pusing p pusing mai... setelah aku pertimbangkan beberapa hari... keputusan muktamad aku buat... aku tak mau tedi bear gajah yg aku amat idamkan... ati berbunga2 tgk tedi bear beso tu... huhuhu... tp aku kesiankan anak aku yg beriya-iya nakkan PS2... akhirnyaaaa.... menda alah di bawah ni dpt la kat budak busuk....


So, utk benda di bawah ini... ibu kena lupakan kejap... n satu hari nanti berjaya gak memilikinya... huhuhu... yg mcm dalam gambo ni reganya RM100++ tp ibu dok kenan ada sekor tu RM200++... hope impian ibu tercapai la yaaa...




Buat Mr. AFR tqvm sbb berusaha keras memenuhi kehendak kami berdua yg banyak kerenah ini... hehehe LUV U...

Ahad, 2 Januari 2011

sepetang bersama AYAH...

Minggu lepas aku balik kg sebab tok aku kurang sihat... bawa dia g klinik dgn sepupu aku... minta kat doktor utk bg drip 2 botol... minta bawa balik umah coz kalu nak tunggu abih tu kompom smp klinik tu tutup...

Kelmarin balik kg lagi... Ayah (datuk) kurang sihat... memula ingat nak balik ari ni... tp pk p pk mai... ishhh tak boleh duduk... t/hari aku cabut balik gak... aku smp tgk dia tgh tido... baru lepas makan nasi... pastu bapa sedara aku bg dia makan ubat... then suruh dia tido...

Petang tu waktu aku tgh tgk tv aku terlelap sekejap... tiba-tiba aku terdengar mcm bunyi-bunyian dari dapur... aku dok pk apa la mak sedara aku buat... tp tiba2 aku teringat ehhh... mak sedara aku ke pekan utk beli tudung sekolah anak dia... terus aku bangun... sampai je kat dapur... hampir menitis air mata aku melihat ayah tgh terbongkok2 cuba mengutip pinggan, sudu, senduk yg bertaburan atas lantai... rupa-rupanya dia nak masak nasi... periuk kecil dia dah siap dibasuh... aku tanya dia nak buat apa... dia kata nak makan nasi... aku kata nasi dalam periuk karan tu ada lg... aku terpk selalunya kalu dia nak masak nasi dalam periuk kecil tu adalah di waktu pagi... itu mmg kewajipan dia dr dulu lg... setiap pagi dia akan masakkan nasi dan goreng telur dadar @ ikan masin utk dia sarapan pg... seawal 5-6 pagi... untuk memastikan dia ingat waktu aku tanya dia dah sembahyang Asar ke?... dia jawab sudah.. aku diam...

Aku siapkan nasi dan bancuhkan teh susu utk dia... waktu sekarang menu dia hari2 adalah sup ayam dan telur dadar... itu sahaja tidak berubah rasanya dah hampir setahun... aku tunggu tgk dia makan... seksanya tengok dia cuba menyuapkan nasi menggunakan sudu... dia mmg makan nasi gunakan sudu dari dulu-dulu lg... aku ambil pinggan then suapkan dia nasi... sesuap dia makan... berenti lama dengan termengah2 nampak sangat letih.... sambil suap sambil air mataku menitis... ku perhatikan wajahnya yang penuh kedutan... tangannya yg dipenuhi urat2 terketar2 memegang cawan... sunguhhhh aku tak dapat tahan air mataku... tangan itulah satu ketika dulu yang membajak sawah, memukul padi....bercucuk tanam jagung, ubi, pisang, cili dan segala jenis pokok yg mendatangkan sumber makanan... tangan itulah yg mendayung rakit untuk memukat, menahan reba, menahan kail untuk menangkap ikan... tangan itulah suatu ketika dulu memimpin aku ke sekolah semasa aku memasuki darjah 1 dan tanpa jemu menunggu aku diluar kelas selama seminggu kerana aku akan menangis bila dirinya hilang dari pandangan mataku... tangan itulah yang membesarkan aku... tangan itulah yang memukul bila aku nakal... tangan itulah yang berdoa setiap kali aku menghadapi peperiksaan penting... bila peperiksaan datang... tangan itulah yang akan menyalin jadual peperiksaan dalam tulisan jawi kerana dia kurang lancar membaca tulisan rumi..... dia akan membaca yasin dan solat hajat untuk aku...

Bila sampai suapan yang ke-7... dia sudah berhenti dan tidak lg mahu makan... air di dalam cawan pun diteguk tidak sampai 1cm pun luaknya dari cawan... aku bangun mengemas semuanya sambil terus mengesat air mata yang masih lagi bercucuran... YA ALLAH, sembuhkanlah penyakit Ayah, panjangkanlah umurnya untuk aku terus berbakti kepadanya...