Jumaat, 16 Disember 2011
IRFAN...
Rabu, 14 September 2011
UNCLE CINOS...
Isnin, 12 September 2011
CARS 2
Dah banyak hari aku sebut nak bawa bf kecik tengok wayang citer CARS 2... Dia pun berkobar2 nampaknya. 2-3 hari sebelum tu aku cuba search tenet tgk time.. ok.. dah dpt time yg cantik try nak booking online tp hampeh... Jumaat try nak booking online lg.. tp hampeh gak.. try tefon pun hampeh tak berjawab... Nampaknya kena la terjah sendiri beli tiket... Memula plan nak tgk yg pukul 3+ tp bila pk2 balik takut ramai orang aku ajak anak aku tgk show paling awal... plan nak tgk kat Giant ja sbb aku malas nak p Jusco @ Sunway Carnival @ Pacific..
Hari Sabtu 10/9/2011 tu lepas laki aku p keja pukui 6.30pg... aku berehat2 seketika melayan ipad.. ingat pukul 7++ baru nak start kerja rumah... tengah2 dok syok2 main game.. dengar suara budak kecik bangun.. time tu pukui 7+.. amboiiii awainyaaa.. tidak tak pukul 9++ @ 10 tak bangun la... teruja la tu... bangun elok je cuci muka berus gigi tanpa banyak songeh.. sarapan kuih raya... pastu tlg aku vacum rumah... dah setel urusan kilatkan umah.. siap2 pukul 11 kami keluar.. singgah beli lauk utk makan t/hari siap2... pastu terus terjah giant.. p beli tiket.. ok.. lepak2 jap kat depan tu sbb 10 mins lg baru bleh masuk...
Kami dua beranak tgk CARS 2 3D... aku amik couple seat blakang sekali.. selesa sket aku nak duduk.. luas.. best jugak tgk wayang awai2.. show start pukul 11.40pg... dalam tu cuma ada 4 family termasuk kami... so, boleh layan tanpa gangguan...
Cars 2 ni ok la jugak... kali ni watak "Mater" lebih menonjol... kira kali ni Mater la hero... Mater ni secara tak sengaja telah terlibat dengan ajen perisik dan berjaya menyelesaikan kes...
Aku hepi bila tgk anak aku hepi... Tapi dia kata lebih seronok kalau ABAH ada.. ya aku pun tentu akan rasa yang sama.. tapi nak buat mcm mana.. Abah adalah bekerja di hari Sabtu.. Lepas abih movie terus balik umah.. memula ingat nak pusing2 ronda2 dulu... p makan2 kat Resepi Rahsia ka... tp tadi sblm keluar rumah jiran aku bgtau depa nak berkelah makan t/hari.. tu yang aku pergi beli lauk siap2.. balik tu smp rumah, sedang elok jiran aku sudah memasak.. kami angkut semua p umah jiran depan umah aku tu... berkelah 3-4 family... umah depan umah aku tu kosong sbb jiran aku tu baru je posting ke Sandakan.. sebelum tu tefon minta izin dia dulu nak masuk dlm rumah dia.. kunci ada kat jiran sblh umah aku.. Perut tengah berkeroncong sbb dah pukul 2.. hanya makan popcorn dlm pangung je... apa lg.. laju je la layan nasi...
Khamis, 8 September 2011
PILIHAN HIDUP...
Rabu, 7 September 2011
GADJET...
Aku hanya mampu berharap benda alah ni akan dilancarkan pada waktu yang sama agar dapat buat pilihan... hehehe... (angan2 mcm la ko tu duit banyak beno) Kena la start menabung nampak gayanya ya... Ari tu laki aku dok ushar2 Samsung Galaxy Tab.. tp aku mcm tak minat je.. so, aku buat dekk je la... Tak la aku memberi semangat utk dia utk beli mcm aku racun dia beli Ipad... Ipad yang ada skrang ni letih berebut dgn anak aku yg asyik hadap game je... salah aku gak la.. sapa soh jailbreak n install mcm2 game utk dia...
Rabu, 25 Mei 2011
KAWAN, TEMAN ATAU SAHABAT???
Korang tau NAA tu siapa.. dialah LAN AtoZ.. hehehe.. tentu korang kenal kan... aku adalah salah sorang peminatnya... Album dia Diari Hati pun aku beli gak.. antara yang terawal la jugak w/pun tak berapa nak awal.. hehehe kira aku bleh berbangga la sbb dah bertahun tak beli Album ori penyanyi tempatan tetiba aku leh beli album dia.. siap dia sign lg tauuuu.. Album ni tiada dipasaran terbuka.. kalu nak.. kena melalui dia.. hehehe... bukan pasal album aku nak cerita... ni pasal status dia...
Isnin, 2 Mei 2011
ABAH N MAK...
Jumaat, 22 April 2011
TERHARU VS BERBANGGA...
kan... kan... logik x kalu aku kagum... aku sbg ibu sangat terharu... sejak dari malam tu pas aku puji dia berbakui2... sibuk la pulak nak belajar basuh pinggan sbb aku kata dia belum pandai basuh pinggan... hari2 mintak nak basuh pinggan... pelan2.. nanti ibu ajar ekkk... Ibu sayang Danial... (^.^) semoga menjadi anak yang soleh...
Isnin, 18 April 2011
HUJAN...
Rabu, 13 April 2011
KENAPA TAK PERCAYA?...
Khamis, 7 April 2011
MLTR
Rabu, 6 April 2011
Hadiah...
Isnin, 4 April 2011
Pilihan....
Rabu, 30 Mac 2011
LAPPY...
Selasa, 29 Mac 2011
JUALAN TUDUNG... MURAH!! MURAH!!
Rabu, 16 Mac 2011
UBAT...
Topik hari ini adalah UBAT... topik semalam juga menarik tapi aku nak syer topik hari ini dulu... aku tertarik untuk berkongsi kerana aku rasa benda ini mudah untuk kita amalkan. Aku cuba cerita dalam bahasa yg mudah sbb aku ni mmg la fail bab bercerita...
Mengikut pakar motivasi tu... dalam diri kita sebenarnya terdapat penawar.. cuma kita je nak guna atau tidak... contoh jika sakit kepala.. kita boleh mohon supaya sakit tu hilang dengan menggunakan tenaga positif dalam diri kita... Setiap hari kita minum air.. tak kiralah banyak atau sedikit kita pasti minum air... Jadi kita gunakan air ini sebagai perantara untuk memberi tenaga positif itu kepada tubuh kita. Tubuh kita pun 70% adalah air...
Air telah dibuktikan dapat menyimpan tenaga di dalamnya. (Ini aku pernah baca dan dengar dan memang terbukti dari kajian2 yang dilakukan oleh pakar2) Contoh jika air itu kita cakapkan benda2 positif kepadanya maka zarah air itu akan menjadi cantik... (tetapi tiada yang dapat menandingi kecantikan zarah air zam-zam) dan jika air itu kita cakapkan benda2 negatif contohnya dimaki hamun zarahnya akan bertukar menjadi buruk.
Berbalik pada topik motivasi pagi ini... pakar motivasi tu cakap... setiap kali kita hendak meminum air tu... kita Selawat... kita cakap dengan air tu... (Contoh : Ya Allah Ya Tuhanku...aku memohon kepada-Mu.. sesungguhnya air ini sebagai perantara.. wahai air, kau berilah tenaga positif yang ada pada kau untuk tubuhku... ) (contoh la.. tetapi kita boleh mohon apa sahaja) tetapi jangan kita gunakan perkataan yang mengandungi aura negatif contohnya : wahai air berilah aku TAK sakit... perkataan TAK itu adalah negatif... jangan la kita cakap kuat2 pulak nanti orang kata kita ni betul ke tak betul dok cakap dengan air... kita cakap la dalam hati.. aura positif kita tu akan menyerap dalam air tersebut... INSYAALLAH...
Pakar motivasi tu kata... ada satu kaum di Malaysia ni yang setiap hari dia bekalkan air untuk anak dia pergi sekolah.. even kita nampak benda tu kecil tapi sebenarnya air tu menyerap segala apa yang dicakapkan oleh guru... itu adalah aura positif.. bila anak ini minum dia mudah mengingat apa yang diajar oleh guru...
Pakar motivasi tu jugak kata dia kalau tengah minum2 atau makan.. tetiba ada kawan2 yang datang padanya sambil marah2.. dia tidak akan minum air tersebut lagi kerana aura negatif dari kata2 kawan2nya tadi sudah masuk ke dalam air tersebut... (tu la kot orang tua2 kata jangan marah2 @ gaduh2 depan rezeki...)
Aku pernah dengar ceramah juga... seelok2nya sblm kita minum atau makan kita cakap la dengan makanan @ minuman itu dengan perkara2 positif dan aura itu akan masuk dalam tubuh kita dan kita akan menjadi positif...
Inilah yang saya kongsikan serba sedikit apa yang saya dengar... jika tersalah info harap maafkan ya... sebab saya ni tak pandai nak mengolah cerita... tu pun ada hati nak tulis blog... hehehe
Isnin, 14 Mac 2011
MATA BARU...
Haaaaa inilah speknya... selepas ditambah RM10... frame tu kita boleh pilih sendiri... biasa la namapun RM10 kan... pandai2 la pilih yg nampak mahai.. wakakaka... berbaloi daakk... even dia just bg cermin biasa... berbaloi2 la kot noooo.... bg aku la... leh la wat spare... hehehe
Selasa, 1 Februari 2011
KASIH IBU...
AL-KISAH...
Kisah ini diceritakan oleh anggota Bomba... satu kemalangan telah berlaku yang mengakibatkan kereta tadi terbabas dan bergolek 2-3 kali dan berhenti dalam keadaan seperti asal... kereta tersebut mengalami kerosakan yang teruk... cerminnya pecah berderai dan kemek sana sini... apabila anggota Bomba sampai didapati terdapat sepasang suami isteri di dalamnya... setelah diperiksa didapati si suami telah meninggal di tempat pemandu dengan keadaan kepalanya tersembam di stereng... kemudian anggota Bomba terdengar tangisan bayi... dicari-cari didapati terdapat seorang bayi di kerusi belakang... ajaibnya bayi ini hanya mengalami calar sedikit sahaja... anggota Bomba ini mengambil bayi tersebut yang sedang menangis dengan kuat sekali... di tempat duduk penumpang, si isteri (ibu) mengalami cedera parah... muka dan badannya mengalami luka2 akibat terkena serpihan kaca... kulit kepalanya terkoyak menampakkan tempurung kepalanya... sambil menahan kesakitan yang amat sangat... sehingga menggeletar badannya... si ibu memberi isyarat kepada anggota Bomba supaya menyerahkan bayi itu kepadanya... pada ketika itu si ibu masih lagi di tempat duduk penumpang... apabila anggota Bomba itu menyerahkan bayi tersebut kepada si ibu... dengan kepayahan si ibu menyelak bajunya sambil menahan kesakitan yang amat sangat dan menyusui bayinya... dengan linangan air mata si ibu memeluk bayinya dengan penuh kasih... si anak tanpa mengetahui apa yang berlaku kepada ibunya terus berhenti menangis dan meneguk susu dari ibunya... si ibu dengan penuh kasih merenung bayinya dan memeluk seakan tidak mahu melepaskannya sambil si anak terus menyusui... akhirnya.. si ibu meninggal dunia kerana kecederaan yang dialaminya sambil memangku bayinya... anggota Bomba yang melihat kejadian tersebut sungguh terharu melihat begitu tingginya kasih IBU pada anaknya... biarpun dalam kesakitan yang amat sangat si IBU tetap mengutamakan anaknya hingga akhir hayatnya...
Berdasarkan kisah tersebut... pernahkah kita merenung pengorbanan ibu kita... buat anak-anak diluar sana yang masih mempunyai IBU... sesungguhnya kejayaan kita tidak bererti tanpa ibu bapa kita... siapapun kita.. setinggi manapun pangkat kita... sekaya manapun kita... semua itu dari ibu bapa kita... sayangilah mereka dan berbaktilah kepada mereka sedaya yang mungkin... sesungguhnya jasa dan pengorbanan mereka tidak dapat kita balas walau dengan segunung intan... semoga kita tergolong dalam golongan anak yang soleh dan solehah....
Nota Hati :-
Saya sayang arwah IBU saya RAHMAH BINTI HJ YUNUS @ ABDULLAH (walaupun dia hanya sempat menyayangi saya hanya selama 6 bulan),
Selasa, 18 Januari 2011
hampir eksiden... Alhamdulillah...
Petang tu otw balik ke umah aku, waktu tu l/k pukul 7.05 aku smp di satu kawasan yg agak lengang... aku drive dlm speed 100km/h.. time tu jalan agak mendaki... di depan kereta aku ada sebuah kereta Iswara warna hijau yg speednya l/k sama je... tgh sedap2 drive tetiba kereta depan aku mengelak ke tepi dengan kadar pantas... aku pk kenapa la kereta ni... tiba2 aku nampak ada sebuah kereta warna putih datang dr hadapan betoi2 menuju arah kereta aku dengan lajunya... cepat2 aku elak ketepi jalan... terkejut seketika sbb berlaku amat pantas... kereta Iswara di hadapan aku pun memperlahankan keretanya dlm 50km/h sambil aku nampak dia menenangkan seseorang disebelahnya... tak pasti la isterinya atau anaknya... anak aku tengah tido di seat sebelah penumpang...
Bersyukur kerana kami tidak ditimpa kemalangan tp dalam masa yg sama aku marah giler kat driver yg memotong kenderaan di lorong bertentangan yg aku anggarkan dalam 5-6 buah sekaligus tanpa menghiraukan kereta yg datang dr arah depan... Alhamdulillah ketika itu ada lorong laluan untuk motosikal... kalu tidak.. harus la terbabas masuk longkang kereta kami...
Aku teruskan perjalanan... dalam 20-30 mins lepas tu aku nampak satu eksiden... kereta apa tak dapat dipastikan kerana berada di lorong bertentangan... kereta tu masuk dalam longkang... landing elok je dlm longkang... agaknya kereta size kecil kot... bersyukur kerana kejadian yang sama tidak menimpa kami...
Alhamdulillah kerana kami selamat... semoga dijauhkan dari sebarang kemalangan... balik umah aku cer kat en. suami... ingat kot dia nak beking aku.. sekali dia bg ceramah keselamatan jalanraya la pulok... hehehe... dia kata aku selalu bawa kereta laju2... sbb ari sabtu tu aku bawa kereta ikut hiway speed l/k 130-140 dgn alasan nak cepat sampai... hehehe soriiii ya bosssss.... dia kata ingat kat anak yg dok sebelah tu... jd apa2 kat anak haaaa.. ooooo kalu jd apa2 kat aku kira tak kisah la kan.... huhhhhh.... :)