Khamis, 8 September 2011

PILIHAN HIDUP...

Dalam meniti hari-hari yang mendatang kadangkala kita diuji. Ujian itu datang dalam pelbagai bentuk. Kita sebagai hamba-Nya sudah tentulah kita menerimanya dan menempuhinya dengan redha. Dalam hidup juga kita terpaksa membuat pilihan. Even dari benda remeh membabitkan urusan harian pun kita kena buat pilihan. Dari memilih barang yang kita suka. Memilih makanan.. sampailah benda yang lebih berat... Memilih pekerjaan.. memilih jodoh dan sebagainya...



Bagaimana pula jika diri kita sebagai seorang isteri terpaksa memilih antara "suami" atau "ibu bapa"... Sudah tentulah kita sayang kedua-duanya... Betapa berat pilihan yang terpaksa dibuat. Kita harus bijak membuat keputusan dan mengatur langkah. Jika boleh kita inginkan kedua-duanya...

Orang kata bercakap begitu senang. Orang yang menghadapinya yang menanggung segalanya... Apabila seorang kawan bercerita kepadaku bahawa kakaknya yang disayangi membuang "keluarga" dan memilih untuk terus hidup bersama suami dan anak-anak lantaran bimbang dengan ugutan suami untuk "CERAI" jika memilih keluarga.. aku amat terkejut. Kerana aku tahu si IBU itu hanya seorang lantaran si AYAH telah lama meninggal dunia. Dari cerita kawanku aku tahu dia juga kecewa kerana hanya itulah seorang KAKAK yang dia ada. Bertambah sedih hatinya bila melihat air mata si IBU. Ditambah pula Syawal yang baru berlalu si anak tidak pulang.



Entahlah... dalam fikiranku sering memikirkan kejadian ini dan membayangkan jika terjadi padaku. (Walaupun sebenarnya aku tak nak benda ni jadi kat diri aku dan keluarga aku) Siapa yang aku harus pilih... Dalam hati aku, dalam fikiran aku yang tidak sempat merasai kasih sayang seorang ibu dari kecil kerana MAK dijemput ILAHI lebih awal kerana ALLAH lebih sayangkannya...tapi aku tetap sanjung MAK, sayang MAK dan tiada galang gantinya... yang aku rasa aku sayang MAK aku yang sekarang dan MAK MERTUA aku... aku akan pilih MAK/ABAH... biarlah aku hidup tanpa suami walaupun aku sangat sayangkan suami aku... biarlah aku membesarkan anak-anak dengan kudrat aku. Orang kata syurga isteri di bawah telapak kaki suami. Tapi aku tak akan buang MAK/ABAH... betapa ibu mengandungkan 9 bulan 10 hari. Menyusukan.. mengasuh.. ABAH berjaga siang malam mencari sesuap nasi untuk anak-anak.. mereka membela dari tapak kaki sebesar dua jari sehingga dapat merangkak.. berjalan.. berlari... belajar mencari ilmu... dari sek. rendah hingga sek. menengah.. hingga masuk U.. hingga bekerja... hingga kita mengenal cinta dan dikahwinkan...



Betapa masa mereka yang berlalu membesarkan kita.. ketika kita sakit demam.. bersengkang mata.. betapa ketika kita senang2 meminta duit untuk membeli itu ini.. merengek minta itu ini kerana kawan-kawan kita memilikinya... tak akan senang-senang untuk aku membuang mereka dan hidup bahagia dengan insan yang baru beberapa tahun bersama kita. Yang mengenal kita setelah kita telah dewasa. Yang menyatakan untuk menyayangi kita seadanya. Yang menerima akad untuk menjadi ketua keluarga dan membimbing kita... "SUAMI". Jika dia suami yang baik dia tahu dan sedar apa yang terbaik untuk kita.

Hidup ini ibarat putaran roda. Kejap di atas dan kejap kita di bawah. Jika hari ini kita melakukan perkara yang sama buat IBU/AYAH kita... tidak mustahil suatu hari nanti ANAK kita akan melakukan perkara yang sama buat kita.



Sambil aku menaip sambil aku menahan air mata aku.. entahlah, bagi aku bila bab membabitkan IBU/AYAH aku amat sensitif. Aku tak ingin menjadi anak derhaka.. aku juga tak ingin anak aku menjadi anak derhaka. Semoga aku menjadi anak yang solehah... dan anak aku menjadi anak yang soleh...




Apa pilihan korang??? IBU/AYAH atau SUAMI???....

(Keratan kartun ini masih ku simpan dari dulu hingga sekarang dalam album gambar di rumah dan kulekatkan gambar MAK - RAHMAH)



*********** (^.^) ***********


Buat suamiku AFR,

Terima kasih kerana menyayangiku dan menerimaku seadanya.

Mendidikku dan selalu mengingatkanku jika aku alpa.

Selalu berusaha keras untuk membahagiakanku dan anak.

Selalu berusaha untuk memenuhi impian kami.

Terima kasih kerana menjadi suami dan abah yang memahami dan sesungguhnya AFR adalah yang terbaik dihati kami.

Semoga kita bahagia sehingga syurga dengan restu MAK/ABAH dan MAK/AYAH...


*************

Buat Anakku Muhammad Danial Mustaqim,

Ibu dan Abah doakan MDM menjadi anak yang baik,

mendengar cakap Ibu/Abah,

menjadi anak yang cerdik,

menjadi anak yang pandai,

menjadi anak yang SOLEH,

menjadi anak yang mengikut suruhan ALLAH dan RASUL,

meninggalkan segala larangan ALLAH dan RASUL,

Ibu dan Abah sayang MDM lebih dari segalanya di dunia ini.

0 comments: