Selasa, 18 Januari 2011

hampir eksiden... Alhamdulillah...

Ari Ahad yg lepas aku balik kg menjengah Abah dan mak yg dah hampir sebulan tak jumpa... best balik dpt jumpa adik beradik dan makan t/hari bersama-sama...

Petang tu otw balik ke umah aku, waktu tu l/k pukul 7.05 aku smp di satu kawasan yg agak lengang... aku drive dlm speed 100km/h.. time tu jalan agak mendaki... di depan kereta aku ada sebuah kereta Iswara warna hijau yg speednya l/k sama je... tgh sedap2 drive tetiba kereta depan aku mengelak ke tepi dengan kadar pantas... aku pk kenapa la kereta ni... tiba2 aku nampak ada sebuah kereta warna putih datang dr hadapan betoi2 menuju arah kereta aku dengan lajunya... cepat2 aku elak ketepi jalan... terkejut seketika sbb berlaku amat pantas... kereta Iswara di hadapan aku pun memperlahankan keretanya dlm 50km/h sambil aku nampak dia menenangkan seseorang disebelahnya... tak pasti la isterinya atau anaknya... anak aku tengah tido di seat sebelah penumpang...

Bersyukur kerana kami tidak ditimpa kemalangan tp dalam masa yg sama aku marah giler kat driver yg memotong kenderaan di lorong bertentangan yg aku anggarkan dalam 5-6 buah sekaligus tanpa menghiraukan kereta yg datang dr arah depan... Alhamdulillah ketika itu ada lorong laluan untuk motosikal... kalu tidak.. harus la terbabas masuk longkang kereta kami...

Aku teruskan perjalanan... dalam 20-30 mins lepas tu aku nampak satu eksiden... kereta apa tak dapat dipastikan kerana berada di lorong bertentangan... kereta tu masuk dalam longkang... landing elok je dlm longkang... agaknya kereta size kecil kot... bersyukur kerana kejadian yang sama tidak menimpa kami...

Alhamdulillah kerana kami selamat... semoga dijauhkan dari sebarang kemalangan... balik umah aku cer kat en. suami... ingat kot dia nak beking aku.. sekali dia bg ceramah keselamatan jalanraya la pulok... hehehe... dia kata aku selalu bawa kereta laju2... sbb ari sabtu tu aku bawa kereta ikut hiway speed l/k 130-140 dgn alasan nak cepat sampai... hehehe soriiii ya bosssss.... dia kata ingat kat anak yg dok sebelah tu... jd apa2 kat anak haaaa.. ooooo kalu jd apa2 kat aku kira tak kisah la kan.... huhhhhh.... :)

2 comments:

Cikgu Yus berkata...

alhamdulillah...nasib baik, x jd apa2 kan..

AMIRZA-KRAF berkata...

Yoni : Alhamdulillah...