Jumaat, 16 Disember 2011

IRFAN...

Dah lama blog aku bersawang.. dalam tempoh itu macam2 yang jadi.. suka duka... bkn xdak keinginan nak update... tp malas menaip kekdahnya... Hari ni ku gagahkan juga demi rinduku pada IRFAN...

Perjalanan kisah IRFAN bermula pada 27/11/2011... pada hari tu dia jatuh basikal.. dan tak sangka kisah dia akan panjang...

Kelmarin jam 8.30pg aku bertolak ke A/Setar. Tujuan ke sana untuk ke Hospital Sultanah Bahiyah buat kesekian kalinya.. Aku pergi dgn hero kecik aku ja (baju putih)... laki aku kerja... tapi kali ini tujuan agak berlainan.. selalunya pergi sana utk melawat anak saudaraku.. tapi hari ini untuk transfer dia ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani... Dah 19 hari Muhammad Hamizan Irfan (berbaju hijau) ditempatkan di ICU HSAH akibat jatuh basikal (keretakan tempurung kepala dan pendarahan otak).. 2 kali pembedahan dilakukan. Pembedahan pertama bagi mengeluarkan darah dalam otak dan pembedahan kedua bagi memasukkan tiub dr kepala ke usus (untuk mengeluarkan lebihan cecair di dalam kepala) dan tiub tersebut akan kekal di dalam tubuhnya hingga ke akhir hayatnya...




Muhammad Hamizan Irfan, Muhammad Danial Mustaqim (Anak aku), Muhammad Haziq Afif (Adik Irfan)

(gambar diambil ketika kami cuti-cuti ke Sabah bulan Oktober 2011 yang lalu)



Setelah semua urusan selesai.. jam 12+ tgh kami bertolak dari HSB ke HSAH... kakak aku naik ambulan setia disisi menemani anaknya. Kami folo dengan kereta... 1++ ptg kami sampai di HSAH.. di HASH Irfan tak lagi ditempatkan di ICU.. tp ditempatkan di wad kanak2.. dengan itu dapatlah kami ahli keluarga melawat juga.. kalu di HSB mmg tidak berpeluang kerana ICU kanak-kanak hanya ibu dan bapa sahaja boleh masuk itupun hanya waktu melawat sahaja..


Selepas operation kali pertama



Selepas operation kali kedua...



Sesungguhnya aku tak mampu nak tulih banyak2... cuma kelmarin selepas berpeluang melihat sendiri IRFAN depan mata.. dpt panggil nama dia.. dapat pegang2 dia... hati sayu.. hari ini bila tgk gambar2 dia.. aku teringat kerenah dia... kenakalan dia yg kadang2 buat kita nak meletup... keaktifan dia yg tak reti duduk diam... yg kadang2 bila bertemu aku marah gak dia... huhuhu.. ... dia adalah anak sulung kakak aku.. cucu sulung bagi kedua2 family... yaaaa aku RINDU IRFAN...
Terkini.. tanpa alat bantuan pernafasan...


Doa dan harapan kami agar IRFAN cepat sembuh dan kembali pulih...


Bangunla adik, kami semua tunggu adik bangun..

kami semua sayangkan adik...

minggu depan kan befday adik.. bangun laaaa..

Lang janji, kalu adik jd budak baik.. adik bangun..

Lang akan belikan adik adiah befday yang special...

adik nak apa pun Lang akan belikan... bangun laaaa...

Abah tunggu adik nak sambut befday sama2..

minggu depan jugak kan befday Abah...

kita celebrate befday sama-sama...

ujung bulan ni kan befday Lang...

adik jangan nakal2 lagi.. Lang tak marah adik...

adik bangun laaaa....

Danial nak main dgn adik.. jom kita balik rumah wan...

1 comments:

zureynee berkata...

salam...

adik irfan dh sihat ke?zu ada baca news dlm blog . simpati....harap irfan sihat seperti biasa....Insyaallah....