Selasa, 29 Disember 2009
UUUWWWEEEKKKKSSSS....!!!!!
BUNGA DULANG STOKING PURPLE
Isnin, 21 Disember 2009
BUHSAN...
Blog aku ni dah bersawang berhabuk semua ada... puncanya aku tak leh update blog...kekadang nak jengah blog pun tak dapat... yg bg komen aku tak leh reply mahap ya... huhuhu.. tenet kat opis mcm hampesss *&%$#.. ni pun aku leh taip je tak leh add gegambar.. so, cemana aku nak update... banyak bahan nak diupdate... sabar ya...
Just nak gitau aku akan cuba dapatkan 'sesuatu' utk kemudahan bg mengupdate blog aku ni...
Jumaat, 13 November 2009
BUNGA DIP ROSE UNTUK DIJUAL...!!!

Isnin, 2 November 2009
RUMAH LAGI...
Aku sker kipas tu... Alpha E-light siap dgn Emergency light sesiap... so, aku tak yah pasang lagi Emergency Light berasingan...
Abaikan string curtain yang terangkat dr lantai tu... String curtain tu ukuran standard dia 10' x 10'. Siling umah aku tu agak tinggi gak.. hampir 11'.. so, tak leh adjust dah utk bg dia sampai ke bawah....
Idea asal kat cermin tu nak lekatkan sticker tp belum jumpa sticker yang bersesuaian lagi.. tengah cari2 lagi...
Ntahla bunga ni sesuai dak dgn konsep modern.. tapi aku suka bunga ni.. simple je... aku tak suka yg serabut2 sangat...
Abaikan la ya kalu ada aksesori yang dah ketinggalan zaman... sbb aku dgn suami start membeli barang dari ujung tahun 2007... beli n simpan kat umah kalu item kecil or beli n simpan kat kedai kalu item besar... kami buat perbandingan harga.. n dapat yg murah terus tangkap.. hehehe...
Nota :- Abaikan tarikh pada gambar tu... snap smlm pg ni baru aku perasan aku tak setting date tu... ntah naper jd cenggitu
BUNGA TELUR GANTUNG STOKING - (AK-BTGS-01/09)


Jumaat, 30 Oktober 2009
OH JUMAAT...
http://malaysian-speedtest.10-fast-fingers.com/

Selasa, 27 Oktober 2009
HAI ANAK....
Kebetulan time dia tgh main last game tu dorang buat acara sediakan sarapan pg sendiri... Just for fun tak ada adiah apa2... tu utk sapa yg dah daftar awal tp sbb ada 3 lg kosong sesapa je leh join... aku offer kat dia.. tak sangka lak laju je dia naik pentas... hehehe... First time anak aku join aktiviti mcm ni... aku ingat dia takut @ malu... huhhhhh memang la anak aku ni... Dia yg paling kecil antara semua peserta... Aku gelak giler bila DJ tu tanya nama dia... dengan suara dia yg kuat dia cakap DANIAL... tak lama pastu DJ tu tanya... suka jem ke peanut butter... dengan suara dia yg kuat dia cakap.. PEANUT BUTTER... adoiiiii... DJ tu tanya lg 3 org yg semeja dgn dia tu.. dorang jawab dgn penuh berhemah.. peanut butter...
Amik peanut butter jangan tak amik... Dia la yg paling banyak sekali sapu PB... memontang PB tu fav dia... Kalu kat umah dia ratah direk je dr botol PB...



Khamis, 22 Oktober 2009
BUNGA TELUR GANTUNG DIP - (AK-BTGD-03/09)
Rabu, 21 Oktober 2009
DAPUR...


Isnin, 19 Oktober 2009
Selasa, 13 Oktober 2009
WALL STICKER...

Selasa, 6 Oktober 2009
BUNGA TELUR GANTUNG DIP - (AK-BTGD-01/09)
Sabtu, 3 Oktober 2009
HANTARAN

Antaran ijau ni masa majlis bertunang adik aku pada bln 8 ari tu. Pihak kami hantar 7 bekas antaran tapi lg 2 iaitu buah2an dan kek aku tak tau kenapa tak dak dlm gambar... Bekas warna gold yang ada tergantung mcm buaian tu bekas cincin. Yang warna putih mcm sarang burung tu aku letak duit downpayment... hehehe. Ni kira semua berpunca dari bekas emergency... memula aku nak sewa bekas dari zara tapi kerana beberapa masalah tak dpt p amik bekas tu kat dia.. so, kena la cari apa yg ada n aku buat seadanya...
Antaran biru ni masa majlis perkahwinan adik ipar aku Amilia. Ni hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan. Memandangkan pengantin lelaki orang Sarawak so, aku ditugaskan menyediakan hantaran bg pihak lelaki... Ya la kan.. takkan nak bawa naik flite plak... Kotak dan alas dulang aku sewa dari Zara... atas permintaan pengantin lelaki nakkan yg simple je... so, inilah hasil yang tak seberapa dari aku...
Ni lak antaran dari pengantin perempuan kepada pihak lelaki. Aku cuma sediakan bunga dulang je... lain-lain disediakan oleh Mother In Law (MIL) aku. MIL aku ni rajin betul bab-bab ni. Alas dulang pun dijahitnya sendiri. Even payung untuk pengantin pun dia jahit manik2 berjuntaian. Sampai la ke pintu gerbang pengantin dibeli dan digubah bunganya sendiri, sarung kerusi utk tetamu dijahit sendiri dan lain-lain la... Semuanya hasil kerja tangan dari seorang Ibu untuk Anak gadisnya... dah ini pun kenduri kahwin yang terakhir.. SIL aku ni anak bongsu... Masa kenduri Aku incharge bab hantaran dan meja makan pengantin :)
Masa aku kahwin dulu cadar pengantin pun dia jahit sendiri.. siap dengan comforter.. even untuk aku pun dia tlg jahitkan cadar dan langsir untuk dinding...

Jumaat, 2 Oktober 2009
APA PENDAPAT KAWAN-KAWAN...


Jumaat, 25 September 2009
KELUARGA TOK HUSSAIN GONG BERHIMPUN

Majlis perjumpaan keluarga Allahyarham Tok Hussain yang meninggal dunia lebih 20 tahun lalu itu diadakan di rumah Ishak Ismail, 62, iaitu generasi kedua keluarga besar itu.
Menurut Ishak, perhimpunan yang julung kalinya itu diadakan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan yang terjalin sejak sekian lama.
''Idea untuk mengumpulkan semua ahli keluarga ini lahir sejak beberapa tahun lalu tetapi disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan, ia terpaksa ditangguhkan.
''Namun, pada tahun ini, semua ahli keluarga bersepakat mengadakan perhimpunan ini bagi tujuan mewujudkan hubungan kekeluargaan berpanjangan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Sempena perhimpunan keluarga ini pelbagai aktiviti diadakan untuk mengeratkan tali persaudaraan seperti majlis tahlil, bacaan al-Quran, pertandingan mewarna dan cabutan bertuah.
Menurut Ishak, perjumpaan seumpama itu akan diteruskan pada masa hadapan iaitu dengan memilih setiap hari raya ketiga secara bergilir-gilir mengikut keluarga generasi pertama sehingga anak cucu.
''Kebanyakan ahli keluarga yang hadir datang dari seluruh negeri ini dan ada juga dari Perak dan Kuala Lumpur," ujarnya.
Allahyarham Tok Hussain yang berasal dari Jeneri sebelum berhijrah ke Sungai Limau, Yan mempunyai 10 anak.
Bagaimanapun hanya enam anaknya yang masih hidup iaitu Wa Dah, 90; Long Awang, 85; Ndak 'Ah, 71; Teh Jah, 64; Cik Yam, 63; dan Chu Pah, 58.

Selasa, 15 September 2009
SeLaMat HaRi RaYa AiDiLfItRi...
Dikesempatan ini Amirza-Kraf ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua kawan-kawan dan juga pengunjung blog Amirza-Kraf. Semoga kita semua dipanjangkan umur agar dapat bertemu Ramadhan pada tahun hadapan. Semoga Ramadhan akan datang lebih baik dari Ramadhan kali ini dan sebelum ini. Semoga Aidilfitri kali ini memberi kegembiraan kepada kita.

