Sabtu, 3 Oktober 2009

HANTARAN

Kali ni aku letak gegambar hantaran yang aku buat untuk adik dan adik ipar aku. Majlis dah lama berlangsung tapi tak berkesempatan upload kerana masalah gambar. Salah aku juga sbb aku lupa snap pict... so, kena la cari dari org lain... so, ni je la yg dpt...

Antaran ijau ni masa majlis bertunang adik aku pada bln 8 ari tu. Pihak kami hantar 7 bekas antaran tapi lg 2 iaitu buah2an dan kek aku tak tau kenapa tak dak dlm gambar... Bekas warna gold yang ada tergantung mcm buaian tu bekas cincin. Yang warna putih mcm sarang burung tu aku letak duit downpayment... hehehe. Ni kira semua berpunca dari bekas emergency... memula aku nak sewa bekas dari zara tapi kerana beberapa masalah tak dpt p amik bekas tu kat dia.. so, kena la cari apa yg ada n aku buat seadanya...

Antaran biru ni masa majlis perkahwinan adik ipar aku Amilia. Ni hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan. Memandangkan pengantin lelaki orang Sarawak so, aku ditugaskan menyediakan hantaran bg pihak lelaki... Ya la kan.. takkan nak bawa naik flite plak... Kotak dan alas dulang aku sewa dari Zara... atas permintaan pengantin lelaki nakkan yg simple je... so, inilah hasil yang tak seberapa dari aku...

Ni lak antaran dari pengantin perempuan kepada pihak lelaki. Aku cuma sediakan bunga dulang je... lain-lain disediakan oleh Mother In Law (MIL) aku. MIL aku ni rajin betul bab-bab ni. Alas dulang pun dijahitnya sendiri. Even payung untuk pengantin pun dia jahit manik2 berjuntaian. Sampai la ke pintu gerbang pengantin dibeli dan digubah bunganya sendiri, sarung kerusi utk tetamu dijahit sendiri dan lain-lain la... Semuanya hasil kerja tangan dari seorang Ibu untuk Anak gadisnya... dah ini pun kenduri kahwin yang terakhir.. SIL aku ni anak bongsu... Masa kenduri Aku incharge bab hantaran dan meja makan pengantin :)


Masa aku kahwin dulu cadar pengantin pun dia jahit sendiri.. siap dengan comforter.. even untuk aku pun dia tlg jahitkan cadar dan langsir untuk dinding...


4 comments:

naja berkata...

lps ni anak dara aku nak kawin... aku tempah kat hang la ok.

marini berkata...

mak aih naja... fuhhh lama lagi tuh! hehehe...

ADANI berkata...

salam,akak saya nk tya sket ni. bunga stokin tu pakai lg ker skrg? ke dah ketinggalan zaman. sb saya rancg tuk wat sendiri bunga stokin tuk majlis kawin yg akan datang. :)

AMIRZA-KRAF berkata...

ADANI - Salam, setahu akak masih digunakan lagi... cuba tgk dalam majalah pun ada org buat bunga dulang dr stoking...