Rabu, 9 September 2009

BUNGA PAHAR DIP ROS 2 KUNTUM - (AK-BPD-01/09)

Bunga Pahar Dip Ros 2 Kuntum ni pernah aku buat dah dulu tapi menggunakan pearl dan reben yang besar. Kali ni aku ubah sedikit menggunakan kristal dan reben kecil.
Seperti biasa warna boleh dipilih mengikut kehendak anda. Sebarang pertanyaan lanjut jangan malu jangan segan hubungi @ sms 017-4293230 atau jika segan nak keluarkan suara atau taip sms, emel saja pada saya mie.amir@yahoo.com.my
Dikesempatan ni saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada seorang kawan yang baru dikenali semalam atas segala bantuan yang diberi untuk saya melangkah kedepan. Alhamdulillah di bulan Ramadhan yang berkat ini masih ada insan yang mempunyai hati yang suci dan ikhlas. Jasamu hanya Allah yang mampu membalasnya. Juga semoga kawan yang baru dikenali itu lebih maju dan berjaya dalam apa jua yang beliau lakukan. Thanks again. Semoga persahabatan yang baru terjalin ini berkekalan. Sama-sama kita mengorak langkah untuk lebih berjaya.


Selasa, 8 September 2009

POTPOURI BUNGA DIP - (AK-PBD-01/09)

Selamat menunaikan ibadat puasa. Rasanya tak terlewat lagi untuk saya ucapkan ya. Dah lama tak upload blog ni. Kali ni saya buatkan beberapa sample untuk kawan-kawan.
Ni saja la cuba buatkan potpouri bunga dip. Size bunga rose ni comel sahaja.. diameternya 4cm. Sesuai untuk gift kepada tetamu bg sebarang majlis. Potpouri boleh juga digantikan dengan sabun. Warna juga boleh dipilih mengikut kesukaan anda.
Mulai hari ini setiap bunga yang saya upload akan disertakan dengan kod bagi memudahkan berurusan dengan anda. Contoh bagi potpouri bunga dip ini kodnya (AK-PBD-01/09). Bagi mengelakkan kekeliruan ketika berurusan sila nyatakan kod. Terima kasih atas kerjasama anda. Amirza-Kraf sentiasa memperbaiki mutu perkhidmatan dan kualiti produk demi kepuasan anda. Sebarang komen, pandangan dan idea amat dialu-alukan. Perghhhhh ayat... hehehe jangan mare
Saya ada lagi beberapa sampel bunga untuk diupload. Dah siap cuma nak upload je... tungguuuuu....


Jumaat, 21 Ogos 2009

?@#$*&%

.... kesimpulannya ????... tolong habaq sat...


Rabu, 8 Julai 2009

BUNGA TELUR GANTUNG DIP

Bunga Telur Gantung ni aku buat khas untuk Fairus dari Dubai U.A.E sempena majlis cukur jambul dan akikah anaknya. Terima kasih buat Fairus. Majlis berlangsung di Jelebu, Negeri Sembilan.
Fairus memilih gabungan warna lite yellow n lite blue dan juga itam n silver.
*** Maaf kerana kualiti gambar tidak memuaskan... snap pakai hp je... cari dgcam tak jumpa... lupa mana taruk... rerupanya hero aku tu simpan pas dia snap mcm2 pict... hmmmm ***





Rabu, 1 Julai 2009

CORSAGE DIP ~ MERAH / PUTIH

Ni la Corsage pertama aku... aku cuba sebaik mungkin untuk penuhi permintaan Akak Faridah. Corsage ni untuk majlis kenduri kahwin anak dia pada 13.6.2009. Temanya adalah merah / putih. So, aku pun ikut tema la... Terima kasih sekali lagi pada Akak Faridah atas kepercayaannya.
Aku nak minta maaf kepada kekawanku yang aku lambat siapkan tempahan yang tak diberi tarikh seperti bunga orkid dan gubahan bunga rose dan lain-lain. InsyaAllah aku akan cuba siapkan secepat mungkin. Harap bersabar ya.



Selasa, 30 Jun 2009

BUNGA TELUR DIP ~ GOLD

Salam kekawanku...
Pertama sekali minta maaf sebab lama sangat tak update blog. Aku tersangatlah bz... dengan urusan bunga dip, dengan urusan rumah.... Alhamdulillah... tempahan yang urgent dah aku siapkan minggu lepas... majlis pun Alhamdulillah dah selamat... dalam seminggu dua ni bz setelkan umah... then sambung balik keja dip aku... stat balik la bz aku... nak siapkan hantaran adik aku nak tunang 1.8 ni... adik ipar aku nak kawin 15.8 ni... semoga aku sempat siapkan semuanya dan majlis dorang berjalan lancar...
Ni aku upload gambar bunga pahar gold. Majlisnya 31.5.2009 ari tu... baru sempat upload gegambar... Ni dari pihak lelaki kepada pihak perempuan... dari Penang ke Melaka... semoga jodoh HAFIZ & EFFA berkekalan. Terima kasih kepada Kak Faridah iaitu ibu pengantin lelaki atas kepercayaannya kepada aku...
Satu pahar hanya muat 25 pcs memandangkan size bunga yang agak besar.


Kalu bunga pahar aku buat... wajiblah ada ibunya....
Bunga telurnya....
TAGnya... design by aku sendiri... hantam je la.. almaklumlah tak belajar adobe bagai... just guna power point biasa2 je... harga TAG... hmmmm FOC je...

Sabtu, 20 Jun 2009

SALAM....

Salam kekawanku...
Sori dah lama tak update blog... aku bz giler skang... InsyaAllah... ilang bz giler ni aku update ya.... sori ya... bukan tak ada bahan... cuma aku tersangat la bznya.... Mebi smp ujung bln ni ilang bz aku.... Jumpa lagi ya...