2 hari cuti aku just lepak umah je dgn anak aku.. berhibernate dalam umah 2 beranak.. mana taknya... kami langsung tak keluar umah.. even pintu depan pun tak berbuka... malas nak kemana-mana.. laki aku keja...
Sabtu tu aku koling 'teacher' anak aku(anak aku marah sebut cikgu) utk tanyakan pasal homework dia... sembang p sembang mai.. cikgu tu cakap prestasi anak aku dalam matematik agak menurun dibandingkan dgn orang lain... cikgu tu kata sejak aku asyik balik lewat ni prestasi dia down sikit... pas sembang dgn cikgu tu.. aku panggil anak aku tanya dia.. dia kata dia tak pandai... tak apa.. aku tak marah dia... aku kata ibu akan ajar... so, ari tu aku main game teka2 no 1-10 (in malay n english) suka ati betui dia.. aku tulis besar2 kat white board sekali dgn ejaan dia then soh dia teka.. then buat 2 ruangan utk tanda tekaan dia betul @ salah... dalam lebih kurang 50-60 kali tu.. ada la dalam sepuluh salah teka.. tu pun bila aku sebut dalam bahasa melayu.. dia mcm teragak2.. bila sebut in english leh lak dia cari nombor tu... Untuk bacaan aku rasa dia ok la... Dorang gunakan kaedah "BACALAH ANAKKU"... sejak kebelakangan ni selalu dia dia dapat 3 star.
Ahad - aku tak buat apa sangat.. kemas umah sikit2... lipat baju... awal tu aku dilanda sakit perut ya amat sangat... sampai tak leh nak jalan pun.. gagah paksa diri gak t/hari tu bangun sbb anak aku lapar nasi... just bg dia makan nasi, telur dadar n kicap.. tu pun dia kata sedap... dia kata 'tq ibu'.. sbb fav dia telur pizza (telur dadar)... ada sekali tu aku berehat atas katil... sakit sangat smp keluar air mata aku.. dia datang.. tanya ibu sakit perut ke... aku angguk je.. dia tarik baju dia.. lap air mata aku.. gosok2 kepala aku.. then aku nampak dia pergi almari aku.. ingat dia nak buat apa.. aku perati je... dia amik kerusi.. mcm mencari sesuatu atas almari solek tu... dia datang kat aku.. pakaikan cincin bear tu kat jari kelingking.. then sayang pp aku.. dia cakap danial sayangggg ibu.. nanti kalu ibu tak larat makan bgtau ya.. danial suapkan utk ibu.. aku ketawa je.. lagi la laju air mata aku... sambil jari kecil dia mengesat air mata aku... pastu dia pesan lg.. kalu tak larat lipat baju biar je... nanti danial lipatkan sbb aku belum siap lipat baju.. benti sekejap sbb sakit perut sangat.... huhuhu sungguh tersentuh jiwa aku ari ni...
sesungguhnya... kanak-kanak sekecil itu mengerti erti kasih sayang... aku harap dia akan menjadi anak yang soleh... aku tak pernah mintak apa2 dari dia.. sekadar harapan aku kelak dia menjadi anak soleh dan menyayangi aku setulus hatinya...
Isnin, 19 April 2010
Lagu...
Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku
Chorus
Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Kini ku coba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh kekasih
Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku
Ulang Chorus 2X
Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Lagu ni anak aku suka nyanyi... beberapa ari lepas time aku bawa dia ke pejabat time drive tu ada lagu ni.. wahhhh buka kuat2.. melalak 2 beranak.. tak sangka dia leh hapai lagu ni... rasa aku lagu ni la kot lagu pertama yg dia leh hapai bebetui...
Aku tanya dia.. dia ada kekasih ke... dia tanya aku balik.. aku kata kekasih aku 'Abah' la... dia kata kekasih dia 'Ibu'..muehehe... dia nak ada kekasih gak.. aku kata dia besar sok akan ada kekasih la.. mcm Ibu dgn Abah... mcm bla bla bla.. aku senaraikan la suami isteri yg dia kenai... antam je la nak...
Kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku
Chorus
Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Kini ku coba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh kekasih
Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku
Ulang Chorus 2X
Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Lagu ni anak aku suka nyanyi... beberapa ari lepas time aku bawa dia ke pejabat time drive tu ada lagu ni.. wahhhh buka kuat2.. melalak 2 beranak.. tak sangka dia leh hapai lagu ni... rasa aku lagu ni la kot lagu pertama yg dia leh hapai bebetui...
Aku tanya dia.. dia ada kekasih ke... dia tanya aku balik.. aku kata kekasih aku 'Abah' la... dia kata kekasih dia 'Ibu'..muehehe... dia nak ada kekasih gak.. aku kata dia besar sok akan ada kekasih la.. mcm Ibu dgn Abah... mcm bla bla bla.. aku senaraikan la suami isteri yg dia kenai... antam je la nak...
Khamis, 1 April 2010
RINDU...
Logik dak kalu aku kata aku rindu anak aku... aku kesian kat anak aku.. dia mcm terabai... rutin harian aku yg semakin sibuk buatkan masa aku dengan dia terbatas. Seawal 7.30pg aku dah keluar kerja.. dia ke sekolah. Suami aku keluar jam 6.30 pg.. dan balik pun malam memandangkan dia kerja 12 jam sehari. Selalu aku sampai rumah 8mlm++. Antar dia p ngaji Iqra'.. orang ngaji kul 8 tp dia lewat memandangkan aku balik keja lewat. Pkl 9 dia balik umah.. makan2.. pastu buat kerja sekolah dan baca buku... (gilir2 dgn suami tengok dia). Sambil aku kena siapkan kerja rumah.. kemas apa yg patut, basuh baju, iron baju dll la... rutin harian seorang ibu dan isteri.. sebelum 12 dah kena tido...
Adakah kita sekarang menjadi hamba kerja... sungguh aku rindu waktu kerja yang dulu.. 8-5... petang2 aku sampai rumah boleh tgk anak aku naik basikal.. bawa dia ke taman... mandikan dia di waktu petang...
Dah 3 hari dia merengek kat aku setiap pg time ke sekolah dan mengaji malam. Memandangkan dia agak rapat dengan aku... katanya tak nak tinggalkan aku... nak dok bersama aku.. adakah dia juga rindukan aku...
Kelmarin dulu dia adiahkan aku sebentuk cincin kecil warna silver ada tedi bear atas cincin tu. Dia kata cincin tu comel sangat.. Dia dapat masa beli coco crunch.. katanya dia simpan utk aku sbb dia cintakan aku... huhuhu... semalam pg2 dah tanya aku mana cincin tu.. gembira dia tgk aku pakai datang kerja... balik kerja malam pun dia check tgk ada tak kat jari aku.. pg td tanya lg time aku antar dia ke sekolah... sbb dia tak nampak aku pakai.. dia kata aku pakai cincin yg 'abah' bg...tp tak pakai yg dia bg... dan dia tanya aku tak sayang dia ke... tp aku kata aku simpan sbb aku sayang cincin tu.. sebenarnya aku lupa.. aku tanggalkan takut cincin tu rosak terkena air... itulah adiah pertama dari anak aku utk aku... walaupun murah tapi aku sungguh terharu..
Sungguhhh... aku rindu dia... w/pun hari2 dia depan mata aku... saat ini aku menangis kerana rindukan dia... rindu gelak tawa dia yg setiap hari menghiburkan aku... terkenang saat tangan kecil dia mengesat air mata aku bila aku sedih... aku tahu aku selalu marah dia... aku kurang sabar melayan kerenah dia... tapi aku sayang anak aku...
semalam dia merajuk... time makan sate sambil2 tgk tv.. dia nak suapkan abah dia timun yg dicicah kuah sate.. tp abah dia tak nak... dia nak suapkan aku.. tp aku tolak kerana aku mmg dah berhenti makan... kekenyangan.. dia lari tinggalkan kami... aku baru tersedar aku salah... dia cuma ingin bermanja2... aku pujuk2... bodek2 dia utk buat kerja sekolah...
tiap kali aku pandang wajah dia tengah tidur... aku rasa sedih... aku tahu dia nak perhatian dari kami... selalu juga dia bersungut... ibu dan abah kerja kerja kerja.. balik malam.. balik malam.. balik malam..
Aku rasa itulah sebab utama di waktu sekarang aku berhenti seketika daripada menerima tempahan. Aku nakkk beri tumpuan untuk anak aku.. biarlah aku tidak dapat tambah RM tapi aku sayang anak aku... Aku harap pilihan aku tepat...
Rabu, 31 Mac 2010
HARUSKAH AKU...
Malam Sabtu yang lepas aku, suami dan anak nak pegi poya-poya ke Jusco. Sampai tengah jalan tu ternampak makhluk terdampar atas jalan... eksiden... mangsanya seekor pejalan kaki... suami aku elak.. kira makhluk tu betul2 di bawah perut kereta.. dah lepas dari dia.. aku mcm kesiannnn la kat makhluk ni... dok buat ayat kat laki aku kalu tak angkat dia sure la dia akan mati dilanggar oleh kenderaan yang lalu lalang.. dan dia akan jd menipis dan menipis... huhuhu.. sadissss... tak sangka suami aku akan pusing balik utk memenuhi hajat aku tu... memandangkan jalan one way kena la buat u turn agak jauh gak la...
bila sampai tempat kemalangan tu.. aku lihat makhluk tu masih terbaring di atas jalan tak berupaya... aku mengangkatnya yang berdarah2 dan meletakkan di tepi jalan betul2 pintu pagar masjid.. hampir menitis air mata jugak la dengar dia mengerang kesakitan... di masa yang sama azan Isyak berkumandang. Aku urut2 badan dia... aku tgk dia makin tenang.. nak ku biarkan tak sampai hati tengok dia tgh sakit... aku telefon member dan minta no. fon klinik haiwan. Kami amik keputusan nak bawa dia ke klinik... agak jauh juga la dari situ.. hampir 20 minit perjalanan... dah sampai klinik.. klinik tutup... telefon doktor dia tak dpt datang kerana ada function. Bawa balik ke Kulim dan pusing2 cari klinik. Semua dah tutup. Bawa dia balik rumah.. aku letak dalam sangkar yang dipinjam dari jiran sebelah. Nak letak ubat tak berani sbb dia garang betul. Mebi dia melindungi diri dia yang tengah kesakitan....
Program bawa anak aku jenjalan super dibatalkan.. nasib baik hero aku memahami. tu pun setelah aku saiko dia cukup2.. hehehe.... kekonon dia dapat banyak pahala la tolong kucing tu... nanti dpt masuk syurga... dia pun ok la...
Pagi tu aku bawa dia ke klinik haiwan. Dr check tengok tak ada yang patah... cuma mulut dia luka n rahang dia mcm terkeluar kot sbb bila doktor tu buka mulut dia boleh dengar bunyi 'tap'. Dr. cocok antibiotik sejarum...
Ini gambar pagi tadi pas aku mandikan dia... mandi tak sabun sungguh la bucuk ini jantan... Keadaan dia dah ok dibandingkan dgn hari pertama aku bawa dia balik. Hari-hari aku suapkan dia susu. Hari pertama dan kedua guna syrink. Hari ketiga dah boleh guna sudu. Dia dah boleh jelirkan lidah dia utk jilat susu. Dah boleh makan sedikit nasi. Tu pun hari2 marah aku.. tapi aku tak pernah dengar dia mengiau... pemalu ke apa ke aku tak tau la..
Pg tadi aku bawa dia balik ke tempat kejadian. Niat aku nak lepaskan dia balik supaya dia boleh balik ke rumah tuan dia... bila aku lepaskan sekali dia lari masuk bawah kereta... aku pun tertonggeng2 tepi jalan tu cari mana dia.. tengok2 tak ada.. aikkkk... mana ilang.. tengok dalam longkang kot la lari masuk longkang yang dalam tu.. tak ada... aku cuba buka bonet depan tengok nahhhhhh kat sini rupanya... adoiiiii.... member aku terus matikan enjin kereta takut dia tersepit dengan apa2 ke... dah la member aku tu pakai uniform polis ramai gak la yg lalu lalang tertoleh2...
Cuba tangkap dia tapi dia marah... lari ke bawah lagi... pastu ada 2-3 orang datang bantu... kelakar la plak perangai kucing ni... dia masuk smp bawah... aku tak sempat snap gambar.. dia duduk celah2 wayar...
Ada satu mamat bangla ni amik kayu acah2 dia... lama gak la kami kat situ dekat 30 min... last2 dia lari keluar.. terjerit2 aku dgn kawan aku sbb dia lari ke jalan.. kang eksiden lagi... pastu dia lari masuk dalam longkang... aku p jengah dia.. sian tgk mulut dia berdarah. Mebi sebab dia gigit kayu yg bangla tu dok jolok dia kot... Kena la aku turun dalam longkang tu tangkap dia... sib bek longkang tu ada air sikit je.. dan aku tgk air ujan je kot.. jernih je...
dah tangkap masuk balik dalam sangkar... roger laki aku... dia kata bawa balik rumah laaa sian dia... aku pun bawa la dia ke pejabat memandangkan aku tengah bekerja skang...
aku dalam dilema sama ada nak lepaskan dia selepas dia pulih atau memelihara dia. Bila dia pandang aku dengan renungannya itu.. aku serba salah. even dia tak berapa encem tapi renungannya buat aku lemah... nak dipelihara anak aku ada asma... nak dibuang dia tak nak plak...
apa harus aku buat... ????
Selasa, 29 Disember 2009
UUUWWWEEEKKKKSSSS....!!!!!
HUHUHU... Korang tengok gambar tu... apa yang korang agak...???? Gambar ni aku bukan amik dari pak cik Gogol ya... ni aku snap sendiri... Kejadian berlaku semalam...
Al-kisah petang semalam balik dari kerja.. pas amik anak aku dari umah MIL, aku tepon restoran W** S**** order menu yang kami suka... Tomyam Campur, kailan ikan masin, udang goreng kunyit, kerabu sotong dan air. Balik umah tu.. pas antar anak aku p ngaji.. aku goreng telur dadar sesambil buat kerja umah sket... pukul 9 pas anak aku balik dari ngaji Iqra' aku pun idang2 la nak hadap nasi... Lapar dah perut aku ni.... kami 3 beranak pun Bismillah hadap nasi.. aku first sekali cedok Kailan Ikan Masin... suap la semulut... sekali terpandang mcm objek pelik di bawah sayur2an... aku kuis2 dgn jari.. waaaaaaaaaa sekali huuuuuuuuuuuu CACING... terus aku lari ke bilik air termuntah2... huhuhu.... laki n anak aku ternganga2 kehairanan.. bila aku sebut CACING.. laki aku dok periksa2.. dia kata janggut sotong.. aku kata CACING.. dia dok check lagi.. mmg sah CACING.. aku pegang HP nak call kedai tu tp laki aku tegah... dia kata biarkan... lain kali jangan beli dah di kedai tu... sudahnya dorang berdua je yg makan nasi semalam.. aku... terus sakit kepala.. hasil muntah 2-3 kali... tido dengan perut yg memulas kerana kelaparan... huhuhu...
Laki aku ketawakan aku.. sah la aku bukan calon yang sesuai untuk FEAR FACTOR...
Apa pendapat korang... kalu korang di tempat aku... ???
*** Cacing dalam gambar tu l/k size sebenar ya.. ***
BUNGA DULANG STOKING PURPLE
Hari ni... setelah sekian lama... tenet opis aku mcm baik je sket.... aku amik kesempatan update blog...
Bunga dulang ni aku buatkan khas atas permintaan Kak Khirul yang pandai buat cupcake. Dia kata nak bg kat seseorang sbg hantaran. Bunga ni size dia kecil memandangkan kotak Kak Khirul agak kecil. Panjang bunga ni dalam lebih kurang 6". Memandangkan Kak Khirul ni dah buatkan utk aku cuppies yg sedap sblm ni tiap kali aku order kat dia.. so, aku decide nak bg foc je kat dia bunga ni... sbg tanda t/kasih aku kat dia.. hope Kak Khirul suka ya...
Sesapa nak order bunga dulang stokin pun boleh gak... Harga adalah berbaloiiiii... Aku cuba hasilkan yang terbaik untuk pelanggan. Kualiti adalah diutamakan... hehehe...
Isnin, 21 Disember 2009
BUHSAN...
Salam,
Blog aku ni dah bersawang berhabuk semua ada... puncanya aku tak leh update blog...kekadang nak jengah blog pun tak dapat... yg bg komen aku tak leh reply mahap ya... huhuhu.. tenet kat opis mcm hampesss *&%$#.. ni pun aku leh taip je tak leh add gegambar.. so, cemana aku nak update... banyak bahan nak diupdate... sabar ya...
Just nak gitau aku akan cuba dapatkan 'sesuatu' utk kemudahan bg mengupdate blog aku ni...
Blog aku ni dah bersawang berhabuk semua ada... puncanya aku tak leh update blog...kekadang nak jengah blog pun tak dapat... yg bg komen aku tak leh reply mahap ya... huhuhu.. tenet kat opis mcm hampesss *&%$#.. ni pun aku leh taip je tak leh add gegambar.. so, cemana aku nak update... banyak bahan nak diupdate... sabar ya...
Just nak gitau aku akan cuba dapatkan 'sesuatu' utk kemudahan bg mengupdate blog aku ni...
Langgan:
Catatan (Atom)





