Rabu, 29 Disember 2010

PLIZ DU NOT SPLIT...

Aku selalu memerhati dan terjumpa dengan makhluk2 yang suka sangat meludah merata2 terutama lelaki. Ntahla korang perasan @ tidak... tapi bersepah2 kan... aku sampai meluat tengok sikap dorang ni... berjalan pun meludah, naik motor pun meludah, berkereta pun meludah... ishhhhh
Kalu tak menyusahkan orang lain tu mebi la orang tak marah... meludah la di tempat yg betul... dalam longkang ke aku leh la eksep lg... ini tidak.. ko tgh tunggang moto... tetiba meludah... dahhhh kena kereta aku... haaaa setempek ko lekat kat pintu kereta kahak HIJAU... ayooooo aku lak kena cuci... siap tenyeh dgn kaki lagi sbb mana sanggup aku nak gunakan tangan... sekali tu aku p supermarket... dalam lif dok sembang p sembang mai... ayooooo kawan aku tegur ada "something" kat baju aku... ayarkkkkkkkk gilos geli wehhhh... yg ko pergi berkahak kat dinding lif tu pesal.... kena la aku p beli baju lain.. sib bek sales girl tu baik siap tlg ironkan sesiap... even itu peristiwa lama tp memberi kesan gak la pada aku...
Kelmarin aku balik keja.. drive sambil nyanyi2 lagu maher zain... tetiba terkujat... apek tua meludah dr atas moto dia.. hayooooo meludah plak tu ke arah keta aku... tensen wehhhhh.... kenapa la rakyat Malaysia ni mentaliti dia rendah sket bab2 kebersihan ni... tu belum masuk bab-bab pembuangan sampah la... apa la.... adoiiiiii

Jumaat, 26 November 2010

OH ANAK...

Dah dua malam aku tertidur awal dalam pukul 10+... semalam pun bf aku dua orang tu dok tgk tv aku dah pengsan dalam bilik sorang2... tgh lali2 nak lelap tu... rasa ada orang betulkan selimut n usap2 kepala aku... then kizz pp aku.... ohhhhhh jari jemari kecil itu rupanya... tersenyum aku dalam ati... dia buat aku mcm mana aku buat pada dia setiap hari.... hehehe... entahla pukui berapa dorang tidur.. yg aku sedar dia datang menempek sebelah aku ditempat biasa... haiiiiii anakkkkk...

Semalam time aku antar dia p ngaji Iqra' pukui 8 tu... dia cium aku 3-4 kali... peluk aku mcm tak nak lepas... dgn air mata yg bergenang then cakap "Danial sayang Ibu...." aku kata "Ibu pun sayang Danial...ngaji pandai2"... then dia kizz aku lg.. baru dia masuk p mengaji... adoiiiii anakkkk mcm nak tinggai aku lama padahai sejam je....

"Semoga menjadi anak yang soleh ya nak...." Luv U

Selasa, 16 November 2010

ADIAH...

Semalam balik kerja awai (5.00ptg) kerana nak terjah JUSCO nak mencari makanan utk anak aku bawa p majlis sambutan hari jadi kat skul dia dan sesuatu utk anak aku memandangkan peksa akhir tahun dia dpt no. 2... patut janji utk no. 2 "NO" adiah... tp sian gak tgk dia kena buli dgn aku buat latihan dan baca buku... pusing2 cari benda nak beli tu.. memandangkan tak dak idea...tiba2 aku jumpa benda alah ni yg mmg dia sangat idamkan... terus sambar satu... dah 'cuba, try, test' benda tu berfungsi dgn hokeynya.... p terjah Memory Lane utk balut plak... 5 kedai aku terjah tak dak satu pun kad Congratulation yg menarik mindaku dan sesuwai utk anakku.. so, bg kad yg setoet je la... inilah operasi rahsia... dah setel semua.. masuk barang dalam bonet kereta zassss p pikap dia...

Aku sampai2 je.. terus dia ulurkan benda alah ni kat aku... dengan sengih2 dia
kata... "Ini bunga utk Ibu"... aku tanya kenapa bg aku... dia kata "Danial sayang Ibu"... alahaiiiii biarpun bunga ntah mana dia kutip... cair gak la atiku... hehehe... anak abahhhh... psssttt abah tak pernah kasi bunga plastik ya nak... tak pa.. nanti belajar lain kat abah... hehehe



Dia balik je dari ngaji Quran... terus lari masuk bila nampak benda ini atas sofa... hehehe



Ucapan dari Ibu dan Abah... kena baca bg abih dulu baru leh buka...


So, inilah benda alah idaman beliau... keta control FLASH N DASH..

aku pun tak pernah tau... dia kata tgk kartun kat umah tok...


GRILL 2...

Rentetan dari peristiwa ari tu... di hari minggu ari tu aku saja la pusing2 cari rumah yang berkenaan... wahhhhhh jumpaaaaa dah siap pasang.... benti... snap pict tanpa rasa segan silu... hehehe... balik umah mms kat laki aku... sebak hati seketika... sedih rasa... sayuuuu pun ada... tp pastu aku ok je... alaaaaa grill yang berlambak dipasaran wat pa nak kecoh2 kan... hehehe...



tapi aku perasan bunga kecik2 yang melengkoi2 di tengah2 grill tu berbeza sikit dari aku nyer design... yg ni lebih serabut nampaknya... mebi dia tak perasan sgt sbb tgk pict... apapun skrang aku dah ok2 ... dah tak sedih dah... sbb dok tumpu pada projek baru... hehehe...

Rabu, 10 November 2010

GRILL...

Ari tu ada laki aku bgtau... ada satu perempuan naik iswara lalu depan umah kami pelannn je dia bawa kereta sambil memerhati rumah kami... 2x laki aku perasan... 2-3 ari pastu laki aku balik keja awal dorang dok main sepaktakraw depan umah... pompuan ni datang umah... jumpa laki aku... mai mintak izin nak amik gambar grill umah aku... siap bawa cina kontraktor lagi... time tu aku tak dak... haissshhhhh....

bila balik keja malam tu laki aku bgtau dorang nak amik gambar nak tiru design grill umah aku tu... huhhhh... x best la pas ni dah ada orang grillnya sama design dgn umah aku.... penat aku melukis sendiri dalam ms excel n suruh kedai buat... design tu tak sama dgn orang lain... huhuhu... dah la dok setaman.... sob sob sob...

Rabu, 27 Oktober 2010

suatu hari...

Ari ahad ari tu aku balik kg. menjengah nenek aku yang kurang sihat... otw balik kg tu smp dekat2 pekan KK aku nampak dua orang perempuan yang umur dalam 70an sedang berjalan sambil membawa guni di tangan masing2... aku memerhati dengan perasaan yang bercampur baur... kasihan, sedih pun ada... bila aku melepasi mereka aku perhati dari cermin aku nampak mereka berhenti di bahu jalan... melepaskan lelah agaknya... maklumlah cuaca pada ketika itu hampir pukul 12tgh... matahari memancar terang... mcm2 dalam fikiranku yang aku fikirkan... sudahnya aku ambil keputusan utk patah balik walaupun dah lepas dari mereka 2-3 ratus meter...

aku berhentikan kereta dan bertanya mak cik tu... rupa2nya mereka baru keluar dari ladang kelapa sawit kerana mencari ulam2 (buah peria katak) untuk dijual di pekan hari. rumah mereka agak jauh dari situ dan terpaksa menaiki bas... kesian pulak di tengah2 panas ni aku mempelawa untuk hantar walaupun arah perjalanan mereka bertentangan dari jalan yang aku nak lalu... sambil2 dalam kereta tu aku berborak2... kerja dua orang mak cik ini ialah berniaga ulam2 kampung di pekan hari di bandar SP setiap isnin dan khamis. untuk ke sana mereka akan menaiki bas yang dalam anggaran aku kalu perjalanan menaiki bas l/k sejam dari stesyen bas KK ke bandar SP. aku hanya sempat hantar mereka di bus stop yang berhampiran masjid KK kerana untuk ke rumah mereka terpaksa menaiki bas lain lagi dan itu agak jauh kalu aku nak hantar terus. jarak dari aku ambil mereka dari tepi jalan tadi sehingga ke tempat aku tinggalkan mereka l/k 4-5km.

aku patah balik dan meneruskan perjalanan ke rumah tok aku... sesambil dalam hatiku berfikir... sepatutnya pada usia itu mereka harus duduk di rumah... masa untuk anak2 yang membela mereka...
adakah mereka tiada anak?
atau tiada anak2 yang senang yang boleh menjaga mereka?
atau... ada anak2 tapi tidak mempedulikan?
atau ada anak2 yang mengambil berat kepada mereka tetapi jenis yang tidak boleh duduk di rumah sahaja....
soalanku tidak terjawab... cuma aku kasihan pada mereka... bagaimanakah aku di usia tua nanti????

Rabu, 29 September 2010

ADUHAIII ANAKK... ZZZZZZ

Hari Khamis yang lepas aku agak sibuk menguruskan barang-barang untuk membuat gerai sempena sambutan hari raya untuk jabatan kami di peringkat kontinjen. Tema yang diberi adalah dari barang2 recycle... Pusing2 gak la cari botol, bekas telur, tayar dan lain2...
Petang tu balik dari kerja aku masih mencari2 barang2 yang difikirkan perlu... pas amik anak dari umah MIL aku... dalam perjalanan balik rumah aku singgah jap kedai tepi trafik lite dekat masjid... memikirkan aku hanya ingin bertanya saja.. aku park keta tepi jalan... dengan enjin kereta tidak dimatikan aku pesan dekat anak aku.. jangan buka pintu kereta selagi aku tak datang sendiri.. begitulah rutin biasanya kalu aku nak cepat... aku akan kunci dia di dalam kereta... dia angguk saja... aku pun masuk kedai tanya pak cik tu ada tak bekas telur untuk aku beli.. kebetulan kat kedai dia ada beratus2 bekas telur yang tersimpan.. aku pesan kat anak pak cik tu tolong pilihkan yg elok2 aku nak 50pcs.. jap g aku datang balik.. nak pergi tgk anak dalam kereta.... sekali aku smp anak aku dah tertidooo... huhuhu.... padahal aku tinggalkan dia rasanya tak smp 5 mins..
Aku ketuk2 cermin kereta... aku ketuk2 pintu kereta.. aku jerit2 nama dia... aku ketuk2 bumbung kereta... dia still tido dalam keadaan terduduk... pastu mcm orang pandang2 gak la aku memandangkan kedai tu betoi2 tapik lite... mak cik kedai tu mcm tgk2 aku... mebi ingat aku marah ke apa kot... lama dia memerhati aku.. dia mai bertanya... pas tahu keadaan sebenar.. dia tergelak.. dia pun tlg ketuk2 sama memanggil anak aku... tp anak aku still tido dgn nyenyaknya...
Pastu pak cik kedai tu pun datang ketuk2 gak... henjut2 keta aku bg goyang... lg sedap budak tu tido... pastu ada la orang yg nak ke masjid dan pulang dari masjid singgah tlg ketuk2 n panggil dia... siap pakat tolong henjut kereta... glemer la seketika aku kat tepi jalan tu... ada gak orang yg naik moto benti tgk... sbb ramai mcm ada eksiden plak... yg benti semua gelak bila tau keadaan sebenar... huhuhu...
Fenin gak la kepala aku... somi aku masih di tempat kerja.. kunci spare tak ada sbb ari tu suami aku terjatuhkan kunci keta dalam longkang masjid masa akad nikah adik dia... longkang tu plak dalam n besi longkang tu plak tak boleh diangkat... last2 aku kol jiran aku sbb aku tak tau nak buat apa... jiran aku ni mai la dgn laki dia usung sekali anak dia yg kecik tu.. siannnn aku terpaksa susahkan jiran aku tu...
Dalam fikiran aku... kalu tak boleh buka gak harus last choice yg ada, aku ketuk je cermin tingkap kereta tu... aku dok agak2 nak panggil tukang kunci... Nasib baik pak cik kedai tu tlg bantu.. baik gak pak cik tu.. dia kata tukang kunci mahal.. RM100++.. aku kata aku tak dak pilihan... sesambil pk sesambil ketuk2 lg kereta tu...
Last2 anak pak cik kedai tu roger kawan dia yg keja bengkel... dalam l/k 10 mins dia smp... aku dah seriau apa yg dia nak buat.. aku bgtau pintu kereta aku tu tak boleh dikorek sbb aku pasang anti theft la kekonon masa mula2 beli.. so, tak boleh la masukkan pembaris besi mcm biasa orang buat... Rupa2nya cara dia lagi canggih... kejap je dia buat... l/k 2 mins pintu tu dah selamat dibuka tanpa mencederakan kereta aku tu... huhuhu.... syukurrrrr sangat2....
Save gak la duit aku malam tu... just sedekah kat dia sikit.. n pak cik kedai tu sikit sbg tanda terima kasih... kalu aku nak panggil tukang kunci lg mahai rasanya... n malam tu, tanpa kira bangsa semua membantu aku... pak cik tu melayu... ada cina gak mai tgk... budak bengkel tu india... hehehe... Lama gak la aku berada di situ... lebih dari setengah jam...
Anak aku..... dia masih tak sedar apa yang jadi... dia tido dan tido dan tidooo... smp umah, abah dia angkat letak atas katil... esok pg dia bangun bersiap utk p skulah dia masih tak tau apa2... smp la aku cerita kat dia....
Terima kasih pada semua yang sudi membantu even dorang tak kenal aku... terutama kat jiran sebelah umah aku yg sudi angkut anak kecik dia memalam buto semata2 nak mai tgk aku kat tepi jalan tu... huhuhu