Rabu, 27 Oktober 2010

suatu hari...

Ari ahad ari tu aku balik kg. menjengah nenek aku yang kurang sihat... otw balik kg tu smp dekat2 pekan KK aku nampak dua orang perempuan yang umur dalam 70an sedang berjalan sambil membawa guni di tangan masing2... aku memerhati dengan perasaan yang bercampur baur... kasihan, sedih pun ada... bila aku melepasi mereka aku perhati dari cermin aku nampak mereka berhenti di bahu jalan... melepaskan lelah agaknya... maklumlah cuaca pada ketika itu hampir pukul 12tgh... matahari memancar terang... mcm2 dalam fikiranku yang aku fikirkan... sudahnya aku ambil keputusan utk patah balik walaupun dah lepas dari mereka 2-3 ratus meter...

aku berhentikan kereta dan bertanya mak cik tu... rupa2nya mereka baru keluar dari ladang kelapa sawit kerana mencari ulam2 (buah peria katak) untuk dijual di pekan hari. rumah mereka agak jauh dari situ dan terpaksa menaiki bas... kesian pulak di tengah2 panas ni aku mempelawa untuk hantar walaupun arah perjalanan mereka bertentangan dari jalan yang aku nak lalu... sambil2 dalam kereta tu aku berborak2... kerja dua orang mak cik ini ialah berniaga ulam2 kampung di pekan hari di bandar SP setiap isnin dan khamis. untuk ke sana mereka akan menaiki bas yang dalam anggaran aku kalu perjalanan menaiki bas l/k sejam dari stesyen bas KK ke bandar SP. aku hanya sempat hantar mereka di bus stop yang berhampiran masjid KK kerana untuk ke rumah mereka terpaksa menaiki bas lain lagi dan itu agak jauh kalu aku nak hantar terus. jarak dari aku ambil mereka dari tepi jalan tadi sehingga ke tempat aku tinggalkan mereka l/k 4-5km.

aku patah balik dan meneruskan perjalanan ke rumah tok aku... sesambil dalam hatiku berfikir... sepatutnya pada usia itu mereka harus duduk di rumah... masa untuk anak2 yang membela mereka...
adakah mereka tiada anak?
atau tiada anak2 yang senang yang boleh menjaga mereka?
atau... ada anak2 tapi tidak mempedulikan?
atau ada anak2 yang mengambil berat kepada mereka tetapi jenis yang tidak boleh duduk di rumah sahaja....
soalanku tidak terjawab... cuma aku kasihan pada mereka... bagaimanakah aku di usia tua nanti????

Rabu, 29 September 2010

ADUHAIII ANAKK... ZZZZZZ

Hari Khamis yang lepas aku agak sibuk menguruskan barang-barang untuk membuat gerai sempena sambutan hari raya untuk jabatan kami di peringkat kontinjen. Tema yang diberi adalah dari barang2 recycle... Pusing2 gak la cari botol, bekas telur, tayar dan lain2...
Petang tu balik dari kerja aku masih mencari2 barang2 yang difikirkan perlu... pas amik anak dari umah MIL aku... dalam perjalanan balik rumah aku singgah jap kedai tepi trafik lite dekat masjid... memikirkan aku hanya ingin bertanya saja.. aku park keta tepi jalan... dengan enjin kereta tidak dimatikan aku pesan dekat anak aku.. jangan buka pintu kereta selagi aku tak datang sendiri.. begitulah rutin biasanya kalu aku nak cepat... aku akan kunci dia di dalam kereta... dia angguk saja... aku pun masuk kedai tanya pak cik tu ada tak bekas telur untuk aku beli.. kebetulan kat kedai dia ada beratus2 bekas telur yang tersimpan.. aku pesan kat anak pak cik tu tolong pilihkan yg elok2 aku nak 50pcs.. jap g aku datang balik.. nak pergi tgk anak dalam kereta.... sekali aku smp anak aku dah tertidooo... huhuhu.... padahal aku tinggalkan dia rasanya tak smp 5 mins..
Aku ketuk2 cermin kereta... aku ketuk2 pintu kereta.. aku jerit2 nama dia... aku ketuk2 bumbung kereta... dia still tido dalam keadaan terduduk... pastu mcm orang pandang2 gak la aku memandangkan kedai tu betoi2 tapik lite... mak cik kedai tu mcm tgk2 aku... mebi ingat aku marah ke apa kot... lama dia memerhati aku.. dia mai bertanya... pas tahu keadaan sebenar.. dia tergelak.. dia pun tlg ketuk2 sama memanggil anak aku... tp anak aku still tido dgn nyenyaknya...
Pastu pak cik kedai tu pun datang ketuk2 gak... henjut2 keta aku bg goyang... lg sedap budak tu tido... pastu ada la orang yg nak ke masjid dan pulang dari masjid singgah tlg ketuk2 n panggil dia... siap pakat tolong henjut kereta... glemer la seketika aku kat tepi jalan tu... ada gak orang yg naik moto benti tgk... sbb ramai mcm ada eksiden plak... yg benti semua gelak bila tau keadaan sebenar... huhuhu...
Fenin gak la kepala aku... somi aku masih di tempat kerja.. kunci spare tak ada sbb ari tu suami aku terjatuhkan kunci keta dalam longkang masjid masa akad nikah adik dia... longkang tu plak dalam n besi longkang tu plak tak boleh diangkat... last2 aku kol jiran aku sbb aku tak tau nak buat apa... jiran aku ni mai la dgn laki dia usung sekali anak dia yg kecik tu.. siannnn aku terpaksa susahkan jiran aku tu...
Dalam fikiran aku... kalu tak boleh buka gak harus last choice yg ada, aku ketuk je cermin tingkap kereta tu... aku dok agak2 nak panggil tukang kunci... Nasib baik pak cik kedai tu tlg bantu.. baik gak pak cik tu.. dia kata tukang kunci mahal.. RM100++.. aku kata aku tak dak pilihan... sesambil pk sesambil ketuk2 lg kereta tu...
Last2 anak pak cik kedai tu roger kawan dia yg keja bengkel... dalam l/k 10 mins dia smp... aku dah seriau apa yg dia nak buat.. aku bgtau pintu kereta aku tu tak boleh dikorek sbb aku pasang anti theft la kekonon masa mula2 beli.. so, tak boleh la masukkan pembaris besi mcm biasa orang buat... Rupa2nya cara dia lagi canggih... kejap je dia buat... l/k 2 mins pintu tu dah selamat dibuka tanpa mencederakan kereta aku tu... huhuhu.... syukurrrrr sangat2....
Save gak la duit aku malam tu... just sedekah kat dia sikit.. n pak cik kedai tu sikit sbg tanda terima kasih... kalu aku nak panggil tukang kunci lg mahai rasanya... n malam tu, tanpa kira bangsa semua membantu aku... pak cik tu melayu... ada cina gak mai tgk... budak bengkel tu india... hehehe... Lama gak la aku berada di situ... lebih dari setengah jam...
Anak aku..... dia masih tak sedar apa yang jadi... dia tido dan tido dan tidooo... smp umah, abah dia angkat letak atas katil... esok pg dia bangun bersiap utk p skulah dia masih tak tau apa2... smp la aku cerita kat dia....
Terima kasih pada semua yang sudi membantu even dorang tak kenal aku... terutama kat jiran sebelah umah aku yg sudi angkut anak kecik dia memalam buto semata2 nak mai tgk aku kat tepi jalan tu... huhuhu

Khamis, 9 September 2010

SELAMAT HARI RAYA...

Di ari terakhir kita berpuasa.. di ari terakhir di Bulan Ramadhan 1431H... aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. Ampun maaf dipinta andainya terdapat salah dan silap sama ada disedari atau tidak.
Semoga Aidilfitri tahun ini memberi seribu erti dan kegembiraan buat kita. Semoga kita dijauhkan dari sebarang malapetaka di Aidilfitri kali ini. Semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu lagi Ramadhan dan Syawal tahun hadapan.

Isnin, 6 September 2010

Nenek oh Nenek...

Sabtu ari tu aku balik kg umah tok aku untuk antar baju raya tok wan aku dan telekung raya tok aku... juga dodol yg direquest oleh tok aku... hmmmm dan minyak atar yang direquest oleh tok wan aku... jangan memain.. request melalui panggilan hp tau... even dah tuo.. hehehe alaaaa orang lain yg dailkan.. tok aku cakap je... hehehe...

selepas berbuka... kami berehat2 di ruang di bahagian luar rumah... mengambil angin malam... l/k pukul 9 aku bgtau aku nak balik... tok aku mcm tak percaya.. berkali2 dia tanya aku... jenuh gak la aku yakinkan dia... hmmm... diwaktu tu ujan pun dah mula turun renyai2... tok aku masih bertanya... dia risau... katanya dah malam.. jauh aku nak bawa keta... pastu aku perhatikan dia ke tempat tidurnya.. berusaha mengeluarkan beg kecil yang tersimpan duit... aku perhati jeeee.. rupa2nya dia hulurkan padaku RM100... katanya aku tak berduit... sebab dia tgk aku balik tak membeli apa2 barang.. yaaaa itulah kebiasaan aku.. di kala aku balik kg tak berduit... aku balik dgn sedikit je buah tangan.. kalu aku berduit... aku akan bekalkan dia stok barang dapur untuk sebulan.. segala beras, minyak, susu, gula, tepung, teh, sabun basuh baju, pencuci pinggan dan lain2...

jenuh la aku menolak dan aku yakinkan dia bahawa aku ada duit... siap paksa aku buka purse lg... hehehe... yaaa dalam purse aku hanya ada beberapa keping wang kertas merah... aku bg mcm2 alasan.. aku ada duit.. aku tak perlukan tambang... dan mcm2 lg la... sudahnya duit tu ku selitkan kembali di dalam poketnya... ini bukan masanya utk dia susah payah utk aku lagi... ini masanya aku yg berbakti pada dia..

adoiiii itulah nenek aku... yang membesarkan aku dari aku berusia 6 bulan... dan usianya menjangkau 90an... kudratnya semakin kurang... kulitnya dipenuhi kedut2... pendengarannya makin berkurangan... tapi... sinar matanya merenung aku masih seperti dulu... mengambil berat seperti aku masih kecil dulu... aku faham dia risau... perjalanan dari rumahnya ke rumah aku sejam lebih... sepanjang perjalanan majoriti kawasannya adalah melalui kawasan ladang getah dan ladang kelapa sawit.. sesekali sekala je jumpa kampung dan pekan kecil... harus la dia risau kerana aku seorang perempuan memandu berseorangan hanya ditemani jejaka kecil berusia 5 tahun itu...

tok wan aku hanya diam sahaja di atas tilam anginnya diluar rumah... cepatnya masa berlalu... usianya sudah melebihi 90an... sudah bongkok 7 orang tua itu... berjalan di dalam rumah pun menggunakan kerusi roda... kalu diluar rumah dengan tongkatnya...tapi masih seperti dulu... turun ke tepi sungai bercucuk tanam... ke sungai menangkap ikan.. biarpun dilarang tapi masih berdegil...

selalu dibenakku terfikir... adakah Aidilfitri kali ini yang terakhir buatku bersama mereka.. adakah Aidilfitri ini yang terakhir aku dapat belikan sesuatu untuk mereka... adakah Aidilfitri ini yang terakhir yang dapat aku gembirakan mereka... adakah Aidilfitri ini yang terakhir dapat ku salam dan cium pipi mereka.... rasanya belum puas lagi untukku berbakti pada mereka... semoga Allah panjangkan usia mereka.. dan dapat aku membalas jasa mereka membesarkanku dari tapak kaki sebesar dua jari hingga aku bekerja... walaupun ku tahu aku tak dapat membalas walau setitis peluh mereka...

......... sesungguhnya... aku belum bersedia untuk hidup tanpa mereka berdua disisi.... walaupun aku tahu ajal maut di tangan Allah....

"YA ALLAH YA TUHANKU, PANJANGKANLAH UMUR DATUK DAN NENEKKU UNTUK BERIBADAT KEPADA-MU, MURAHKANLAH REZEKI MEREKA, AMPUNKANLAH DOSA MEREKA, KURNIAKANLAH MEREKA KESIHATAN, JAUHKANLAH MEREKA DARIPADA SEBARANG MALA PETAKA DAN JIKA KAU INGIN MENGAMBIL MEREKA PULANG KESISI-MU SEMOGA MEREKA TERDIRI DARI ORANG YANG BERIMAN"...

Jumaat, 27 Ogos 2010

bila raya menjelang...

Dah sebulan lebih aku tak update blog... sian blog ni... mana taknya.. ari2 asyik dok berfb je... hehehe... lgpun sejak aku berehat buat bunga ni tak dak bahan sangat nak letak... stakat kehidupan ari2 tu... ari2 dok update kat fb... lgpun ada ke orang dok baca blog aku ni.. aku sendiri pun tak tau... ngeeeee....
Pejam celik pejam celik dah 17 ari kita posa... bahang raya dah makin terasa... orang pakat dah beli baju baru.. hias umah lawa2.. tukar langsir baru.. tukar sofa baru... semua serba baru la... yg pandai buat kuih dah berapa banyak jenis yang dah siap... yg bekerja @ tak pandai buat mcm aku ni list berjela dah oder agaknya.... tapi.... aku.... hmmmmm relax jeeeee... baju apapun lom beli.... utk kami 3 branak apa pun tak dak lg... umah... mcm biasa je.. apa pun tak tukar baru... still sama mcm pindah tahun lepas... kuih raya... aku cuma beli 2 jenis je.. tu pun khas utk anak aku... kenapa ekkk... bukan tak semangat nak raya... besttttt nak sambut raya... cuma mebi sebab bajet aku tahun ni tak dak kot... tu yg aku buat tak tau je... niat aku tahun ni nak pakai je baju raya tahun lepas... ok la tu kot no...
korang cemana persiapan raya tahun ni???

Ahad, 4 Julai 2010

Salah Aku...

Kelmarin aku balik kg menjengah nenek aku... dah hampir sebulan tak balik... rindu la plak.... memandangkan sepupu aku dah kol katanya mereka sedang menunggu aku utk makan nasi... aku baru lepas membeli lauk pauk utk di bawa balik kg... time tu dalam pukul 1... bajet dalam satu jam 15 mins sampai la... oleh kerana nak cepat... sepanjang perjalanan bila ada peluang aku agak memecut...

Sampai la di satu trafik lite lebih kurang 10km jaraknya dari rumah nenek aku.... jalan tu 2 lorong... agak luas la... aku memecut dalam 90+ hampir 100... (aku rasa speed limit kawasan tu 60km/j)... aku tgk trafik lite tu tak berfungsi... aku pun dgn konfiden terjah jee.. dok bajet tak ada la yg nak melintas tgk kereta dari arah bertentangan berhenti... tiba2 satu kereta proton warna putih membelok ke kanan (kiri aku)... jenuh gak la aku brek mengejut smp berbunyi dan kereta aku agak ke kiri ke kanan... kereta tu pun terberhenti tengah2 jalan tu... Alhamdulillah kereta aku berhenti betui2 bucu kereta dia.... (dalam kedudukan huruf V) huhuhu... aku rasa jarak keta aku dgn dia dalam satu kaki je.... Isteri driver tu angkat tangan marah aku... aku tunjuk lampu isyarat yg tak berfungsi... kami meneruskan perjalanan... aku melihat dari cermin rupa2nya lampu isyarat belah dorang berfungsi n tengah ijo.... huhuhu.... Alhamdulillah... kami dua beranak selamat... aku teringat mungkin ini hikmahnya membaca Ayat Kursi dan doa naik kenderaan... sebab mak saudara aku selalu pesan baca Ayat Kursi setiap kali naik kenderaan... dia pernah la eksiden... Alhamdulillah.. keadaan van agak teruk tapi dorang selamat...

Terus aku fon laki aku bgtau... sesambil aku terus drive dengan lutut aku yg menggigil.... kena la bersyarah dgn laki aku... first sekali dia tanya keadaan anak dia... ampun.. pas ni aku lebih hati2... (entah berapa lama la aku nak insap)... aku tgk jam... cukup2 sejam aku smp umah nenek aku...

otw balik rumah... smp tempat kejadian tu.. aku perhatikan ada kesan tayar aku brek atas jalan tu... kuat gak la aku brek... Alhamdulillah la tak langgar orang... time kejadian tu anak aku tengah tido kat sebelah... moralnya.. jangan dok bawa laju2 kawasan kampung n hati2 di jalan raya... uhuksssss... jangan mengejar masa....

Jumaat, 25 Jun 2010

cubaan....

Ini cubaan pertama aku buat pelamin... dulu pernah la buat mini pelamin je utk sepupu aku... tu pun tahun 2008... Pelamin ni untuk kenduri kawin adik aku yang lelaki no. 1... kusi tu disewa... stand besi kerawang2 tu n stage tu adik aku boro dari kawan dia yg kedai welding.. kengkonon tempahan dari orang la.. kami rasmikan dulu.. ahakssss... wayering kena la buat sendiri sbb benda baru kan...
kain2 semua aku ikat2 guna dawai bunga je... kira tak dijahit.. sendiri antam... ntahla pandangan orang lain.. tp kami rasa abih cun dah ni... nama pun cubaan pertama... hehehe... memandangkan utk kenduri dia aku tak sempat sediakan bunga telur kerana kebizian yg nyata.. so, inilah je aku leh sumbangkan utk dia... tahniah gak la utk adik aku kerana berjaya mengopakkan duit aku...
bunga2 tu pas ni leh la mak aku pakai utk raya... tp yg bulat tu kak aku dah tempah awai2... amboiiiii aku gak yg melepas memandangkan umah aku tak sesuai diletakkan bunga canga ni sebab modern style la kekonon...


meja ni di kala ini belum siap sepenuhnya... jurugambar amatur (adik aku no. 4) lupa amik gambar yang dah siap... huhuhu... menciwi dengan DSLR barunya... tak leh la aku tayang candle holder bagai...


Untuk adik aku.. selamat pengantin baru.. semoga bahagia dan berkekalan hingga akhir hayat...