Rabu, 29 September 2010

ADUHAIII ANAKK... ZZZZZZ

Hari Khamis yang lepas aku agak sibuk menguruskan barang-barang untuk membuat gerai sempena sambutan hari raya untuk jabatan kami di peringkat kontinjen. Tema yang diberi adalah dari barang2 recycle... Pusing2 gak la cari botol, bekas telur, tayar dan lain2...
Petang tu balik dari kerja aku masih mencari2 barang2 yang difikirkan perlu... pas amik anak dari umah MIL aku... dalam perjalanan balik rumah aku singgah jap kedai tepi trafik lite dekat masjid... memikirkan aku hanya ingin bertanya saja.. aku park keta tepi jalan... dengan enjin kereta tidak dimatikan aku pesan dekat anak aku.. jangan buka pintu kereta selagi aku tak datang sendiri.. begitulah rutin biasanya kalu aku nak cepat... aku akan kunci dia di dalam kereta... dia angguk saja... aku pun masuk kedai tanya pak cik tu ada tak bekas telur untuk aku beli.. kebetulan kat kedai dia ada beratus2 bekas telur yang tersimpan.. aku pesan kat anak pak cik tu tolong pilihkan yg elok2 aku nak 50pcs.. jap g aku datang balik.. nak pergi tgk anak dalam kereta.... sekali aku smp anak aku dah tertidooo... huhuhu.... padahal aku tinggalkan dia rasanya tak smp 5 mins..
Aku ketuk2 cermin kereta... aku ketuk2 pintu kereta.. aku jerit2 nama dia... aku ketuk2 bumbung kereta... dia still tido dalam keadaan terduduk... pastu mcm orang pandang2 gak la aku memandangkan kedai tu betoi2 tapik lite... mak cik kedai tu mcm tgk2 aku... mebi ingat aku marah ke apa kot... lama dia memerhati aku.. dia mai bertanya... pas tahu keadaan sebenar.. dia tergelak.. dia pun tlg ketuk2 sama memanggil anak aku... tp anak aku still tido dgn nyenyaknya...
Pastu pak cik kedai tu pun datang ketuk2 gak... henjut2 keta aku bg goyang... lg sedap budak tu tido... pastu ada la orang yg nak ke masjid dan pulang dari masjid singgah tlg ketuk2 n panggil dia... siap pakat tolong henjut kereta... glemer la seketika aku kat tepi jalan tu... ada gak orang yg naik moto benti tgk... sbb ramai mcm ada eksiden plak... yg benti semua gelak bila tau keadaan sebenar... huhuhu...
Fenin gak la kepala aku... somi aku masih di tempat kerja.. kunci spare tak ada sbb ari tu suami aku terjatuhkan kunci keta dalam longkang masjid masa akad nikah adik dia... longkang tu plak dalam n besi longkang tu plak tak boleh diangkat... last2 aku kol jiran aku sbb aku tak tau nak buat apa... jiran aku ni mai la dgn laki dia usung sekali anak dia yg kecik tu.. siannnn aku terpaksa susahkan jiran aku tu...
Dalam fikiran aku... kalu tak boleh buka gak harus last choice yg ada, aku ketuk je cermin tingkap kereta tu... aku dok agak2 nak panggil tukang kunci... Nasib baik pak cik kedai tu tlg bantu.. baik gak pak cik tu.. dia kata tukang kunci mahal.. RM100++.. aku kata aku tak dak pilihan... sesambil pk sesambil ketuk2 lg kereta tu...
Last2 anak pak cik kedai tu roger kawan dia yg keja bengkel... dalam l/k 10 mins dia smp... aku dah seriau apa yg dia nak buat.. aku bgtau pintu kereta aku tu tak boleh dikorek sbb aku pasang anti theft la kekonon masa mula2 beli.. so, tak boleh la masukkan pembaris besi mcm biasa orang buat... Rupa2nya cara dia lagi canggih... kejap je dia buat... l/k 2 mins pintu tu dah selamat dibuka tanpa mencederakan kereta aku tu... huhuhu.... syukurrrrr sangat2....
Save gak la duit aku malam tu... just sedekah kat dia sikit.. n pak cik kedai tu sikit sbg tanda terima kasih... kalu aku nak panggil tukang kunci lg mahai rasanya... n malam tu, tanpa kira bangsa semua membantu aku... pak cik tu melayu... ada cina gak mai tgk... budak bengkel tu india... hehehe... Lama gak la aku berada di situ... lebih dari setengah jam...
Anak aku..... dia masih tak sedar apa yang jadi... dia tido dan tido dan tidooo... smp umah, abah dia angkat letak atas katil... esok pg dia bangun bersiap utk p skulah dia masih tak tau apa2... smp la aku cerita kat dia....
Terima kasih pada semua yang sudi membantu even dorang tak kenal aku... terutama kat jiran sebelah umah aku yg sudi angkut anak kecik dia memalam buto semata2 nak mai tgk aku kat tepi jalan tu... huhuhu

2 comments:

Laxmi berkata...

miee.... aku baru belek blog hang.. maklum la takdak masa nak masuk blog2 asik bz je.. kelakar sungguh ok... n kesian sgt kat hang sampai nak kena cari jln utk bukak pintu.. lengkali bawak danial skali la dah terkena skali toksah letak dia lam keta walaupun kejap.. tapi siyus gelak aku baca entri ko nih

AMIRZA berkata...

Lax : hehehehe...