Rabu, 14 September 2011

UNCLE CINOS...

Dua hari yang lepas balik kerja aku singgah Maybank dengan niat nak transfer duit dekat kawan aku atas urusan bisnes (cewaaahhh bisnes la sangat)... sesambil aku nak tekan duit sbb dlm beg cuma ada belas2 hinggit je.. mana cukup nak beli utk makan malam.. time tu l/k pukul 7.40 malam..


Maybank Bukit Mertajam tu bila malam agak sunyi sikit kawasan situ.. aku tgk ada la 4-5 orang time tu.. so, aku pun berani la masuk... aku tekan duit pastu p la beratur kat mesin cash deposit.. dpn aku ada sorang uncle cina tgh masuk duit.. dia tanya aku kenapa rosak ke mesin sebelah.. bila dia toleh sebelah dia tgk mesin atm.. dia minta maaf dia kata ingat mesin masuk duit... aku kata aku amik duit kat sebelah n nak transfer pulak..


Lepas urusan dia selesai aku terperasan hanya aku dan dia sahaja dalam bank tu... aku pun memberanikan diri la.. sementelah aku tau rekod BM yang tak berapa best... tiba-tiba uncle tu kata.. "u masuk duit saya tunggu, takut kena samun nanti".. wahhh baiknya... mungkin dia terperasan aku pegang duit agak tebal... uncle tu pergi berdiri tepi dinding kaca tu tunggu aku... aku pun cargas je la sementara ada orang sudi bantu... time tu la pulak mesin tu tendang sekeping duit 50.. adoiii.. cepat2 tukar duit lain masuk balik.. ok setel...


Bila dah setel aku pusing n ucap tq kat uncle tu.. aku terperasan ada dua orang lelaki baru masuk.. sorang p kat ATM sorang dukung anak berdiri tunggu di belakang aku tp agak jauh sikit... tiba2 yang dukung anak tu tegur aku.. "kenapa cik, duit tak boleh masuk ke?" aku toleh belakang.. rupa2nya itu adalah anggota polis yg bekerja satu tempat dgn aku keja.. aku bgtau dia ok je semua.. uncle tu dia tunggu sbb takut aku kena samun.. dia senyum dan aku keluar bank bersama uncle tu...


Tiga empat kali la jugak aku dok ucap terima kasih kat uncle tu... pertama sebab dia baik hati.. kedua sebab even aku Melayu dan dia Cina.. dia berbaik hati membantu aku... sekali lagi terima kasih uncle cina (aku terlupa tanya nama dia)...

Isnin, 12 September 2011

CARS 2



Dah banyak hari aku sebut nak bawa bf kecik tengok wayang citer CARS 2... Dia pun berkobar2 nampaknya. 2-3 hari sebelum tu aku cuba search tenet tgk time.. ok.. dah dpt time yg cantik try nak booking online tp hampeh... Jumaat try nak booking online lg.. tp hampeh gak.. try tefon pun hampeh tak berjawab... Nampaknya kena la terjah sendiri beli tiket... Memula plan nak tgk yg pukul 3+ tp bila pk2 balik takut ramai orang aku ajak anak aku tgk show paling awal... plan nak tgk kat Giant ja sbb aku malas nak p Jusco @ Sunway Carnival @ Pacific..

Hari Sabtu 10/9/2011 tu lepas laki aku p keja pukui 6.30pg... aku berehat2 seketika melayan ipad.. ingat pukul 7++ baru nak start kerja rumah... tengah2 dok syok2 main game.. dengar suara budak kecik bangun.. time tu pukui 7+.. amboiiii awainyaaa.. tidak tak pukul 9++ @ 10 tak bangun la... teruja la tu... bangun elok je cuci muka berus gigi tanpa banyak songeh.. sarapan kuih raya... pastu tlg aku vacum rumah... dah setel urusan kilatkan umah.. siap2 pukul 11 kami keluar.. singgah beli lauk utk makan t/hari siap2... pastu terus terjah giant.. p beli tiket.. ok.. lepak2 jap kat depan tu sbb 10 mins lg baru bleh masuk...


Kami dua beranak tgk CARS 2 3D... aku amik couple seat blakang sekali.. selesa sket aku nak duduk.. luas.. best jugak tgk wayang awai2.. show start pukul 11.40pg... dalam tu cuma ada 4 family termasuk kami... so, boleh layan tanpa gangguan...


Cars 2 ni ok la jugak... kali ni watak "Mater" lebih menonjol... kira kali ni Mater la hero... Mater ni secara tak sengaja telah terlibat dengan ajen perisik dan berjaya menyelesaikan kes...



Aku hepi bila tgk anak aku hepi... Tapi dia kata lebih seronok kalau ABAH ada.. ya aku pun tentu akan rasa yang sama.. tapi nak buat mcm mana.. Abah adalah bekerja di hari Sabtu.. Lepas abih movie terus balik umah.. memula ingat nak pusing2 ronda2 dulu... p makan2 kat Resepi Rahsia ka... tp tadi sblm keluar rumah jiran aku bgtau depa nak berkelah makan t/hari.. tu yang aku pergi beli lauk siap2.. balik tu smp rumah, sedang elok jiran aku sudah memasak.. kami angkut semua p umah jiran depan umah aku tu... berkelah 3-4 family... umah depan umah aku tu kosong sbb jiran aku tu baru je posting ke Sandakan.. sebelum tu tefon minta izin dia dulu nak masuk dlm rumah dia.. kunci ada kat jiran sblh umah aku.. Perut tengah berkeroncong sbb dah pukul 2.. hanya makan popcorn dlm pangung je... apa lg.. laju je la layan nasi...

Khamis, 8 September 2011

PILIHAN HIDUP...

Dalam meniti hari-hari yang mendatang kadangkala kita diuji. Ujian itu datang dalam pelbagai bentuk. Kita sebagai hamba-Nya sudah tentulah kita menerimanya dan menempuhinya dengan redha. Dalam hidup juga kita terpaksa membuat pilihan. Even dari benda remeh membabitkan urusan harian pun kita kena buat pilihan. Dari memilih barang yang kita suka. Memilih makanan.. sampailah benda yang lebih berat... Memilih pekerjaan.. memilih jodoh dan sebagainya...



Bagaimana pula jika diri kita sebagai seorang isteri terpaksa memilih antara "suami" atau "ibu bapa"... Sudah tentulah kita sayang kedua-duanya... Betapa berat pilihan yang terpaksa dibuat. Kita harus bijak membuat keputusan dan mengatur langkah. Jika boleh kita inginkan kedua-duanya...

Orang kata bercakap begitu senang. Orang yang menghadapinya yang menanggung segalanya... Apabila seorang kawan bercerita kepadaku bahawa kakaknya yang disayangi membuang "keluarga" dan memilih untuk terus hidup bersama suami dan anak-anak lantaran bimbang dengan ugutan suami untuk "CERAI" jika memilih keluarga.. aku amat terkejut. Kerana aku tahu si IBU itu hanya seorang lantaran si AYAH telah lama meninggal dunia. Dari cerita kawanku aku tahu dia juga kecewa kerana hanya itulah seorang KAKAK yang dia ada. Bertambah sedih hatinya bila melihat air mata si IBU. Ditambah pula Syawal yang baru berlalu si anak tidak pulang.



Entahlah... dalam fikiranku sering memikirkan kejadian ini dan membayangkan jika terjadi padaku. (Walaupun sebenarnya aku tak nak benda ni jadi kat diri aku dan keluarga aku) Siapa yang aku harus pilih... Dalam hati aku, dalam fikiran aku yang tidak sempat merasai kasih sayang seorang ibu dari kecil kerana MAK dijemput ILAHI lebih awal kerana ALLAH lebih sayangkannya...tapi aku tetap sanjung MAK, sayang MAK dan tiada galang gantinya... yang aku rasa aku sayang MAK aku yang sekarang dan MAK MERTUA aku... aku akan pilih MAK/ABAH... biarlah aku hidup tanpa suami walaupun aku sangat sayangkan suami aku... biarlah aku membesarkan anak-anak dengan kudrat aku. Orang kata syurga isteri di bawah telapak kaki suami. Tapi aku tak akan buang MAK/ABAH... betapa ibu mengandungkan 9 bulan 10 hari. Menyusukan.. mengasuh.. ABAH berjaga siang malam mencari sesuap nasi untuk anak-anak.. mereka membela dari tapak kaki sebesar dua jari sehingga dapat merangkak.. berjalan.. berlari... belajar mencari ilmu... dari sek. rendah hingga sek. menengah.. hingga masuk U.. hingga bekerja... hingga kita mengenal cinta dan dikahwinkan...



Betapa masa mereka yang berlalu membesarkan kita.. ketika kita sakit demam.. bersengkang mata.. betapa ketika kita senang2 meminta duit untuk membeli itu ini.. merengek minta itu ini kerana kawan-kawan kita memilikinya... tak akan senang-senang untuk aku membuang mereka dan hidup bahagia dengan insan yang baru beberapa tahun bersama kita. Yang mengenal kita setelah kita telah dewasa. Yang menyatakan untuk menyayangi kita seadanya. Yang menerima akad untuk menjadi ketua keluarga dan membimbing kita... "SUAMI". Jika dia suami yang baik dia tahu dan sedar apa yang terbaik untuk kita.

Hidup ini ibarat putaran roda. Kejap di atas dan kejap kita di bawah. Jika hari ini kita melakukan perkara yang sama buat IBU/AYAH kita... tidak mustahil suatu hari nanti ANAK kita akan melakukan perkara yang sama buat kita.



Sambil aku menaip sambil aku menahan air mata aku.. entahlah, bagi aku bila bab membabitkan IBU/AYAH aku amat sensitif. Aku tak ingin menjadi anak derhaka.. aku juga tak ingin anak aku menjadi anak derhaka. Semoga aku menjadi anak yang solehah... dan anak aku menjadi anak yang soleh...




Apa pilihan korang??? IBU/AYAH atau SUAMI???....

(Keratan kartun ini masih ku simpan dari dulu hingga sekarang dalam album gambar di rumah dan kulekatkan gambar MAK - RAHMAH)



*********** (^.^) ***********


Buat suamiku AFR,

Terima kasih kerana menyayangiku dan menerimaku seadanya.

Mendidikku dan selalu mengingatkanku jika aku alpa.

Selalu berusaha keras untuk membahagiakanku dan anak.

Selalu berusaha untuk memenuhi impian kami.

Terima kasih kerana menjadi suami dan abah yang memahami dan sesungguhnya AFR adalah yang terbaik dihati kami.

Semoga kita bahagia sehingga syurga dengan restu MAK/ABAH dan MAK/AYAH...


*************

Buat Anakku Muhammad Danial Mustaqim,

Ibu dan Abah doakan MDM menjadi anak yang baik,

mendengar cakap Ibu/Abah,

menjadi anak yang cerdik,

menjadi anak yang pandai,

menjadi anak yang SOLEH,

menjadi anak yang mengikut suruhan ALLAH dan RASUL,

meninggalkan segala larangan ALLAH dan RASUL,

Ibu dan Abah sayang MDM lebih dari segalanya di dunia ini.

Rabu, 7 September 2011

GADJET...

Sekarang ni mcm2 jenis gadjet yg keluaq.. hp canggih2.. tab la.. ipad la.. mcm2 jenis dok ada.. tunggu ada RM ja... memandangkan aku ni agak la minat dgn benda alah ni semua agak mencabar keimanan la... kalu letak depan aku gelang emas sebesaq ibu jari dgn letak gadjet2 yg best soh aku pilih.. aku akan pilih gadjet2 tu lg... sbb tu la kot aku tak pernah beli barang kemas (emas) yg ada pun beli dgn duit mas kahwin... sbb nak bg nampak benda dgn duit tu... tu la kali pertama aku beli emas... 7 tahun yg lepas.. kali kedua tak tau la tahun bila...



Ari tu masa dok survey2 lappy utk sepupu aku tengok benda alah ni kat website ASUS. Terus tangkap cintan... Namanya "PADPHONE". Sempoi jeee rasanya benda alah ni bila aku tgk iklan dia kat youtube... 2 in 1. Boleh dijadikan hp (android) dan boleh dijadikan tab. Khabarnya akan dilancarkan bulan 12 2011... dan aku pasti harganya boleh tahan la kot...










Sementelah aku adalah pengguna ipad... bila rumours mengatakan bln 12 2011 atau 2012 akan keluar ipad3 dengan penambahbaikan yg lebih sempoi spt "retina display" dll... hati meronta2 la jugak... tp ada juga dengar2 "delay" sbb masalah "retina display"...

Aku hanya mampu berharap benda alah ni akan dilancarkan pada waktu yang sama agar dapat buat pilihan... hehehe... (angan2 mcm la ko tu duit banyak beno) Kena la start menabung nampak gayanya ya... Ari tu laki aku dok ushar2 Samsung Galaxy Tab.. tp aku mcm tak minat je.. so, aku buat dekk je la... Tak la aku memberi semangat utk dia utk beli mcm aku racun dia beli Ipad... Ipad yang ada skrang ni letih berebut dgn anak aku yg asyik hadap game je... salah aku gak la.. sapa soh jailbreak n install mcm2 game utk dia...