Rabu, 16 Mac 2011

UBAT...

Sejak dua menjak ni aku dapati topik motivasi pagi di IKIM.fm amat menarik... selalu je aku berharap aku tak terlepas untuk mendengarnya... waktu pagi selalunya disiarkan dalam pukul 7.20++... dan ulangannya sekitar selepas alunan bacaan Al-Quran @ selawat @ nasyid selepas Azan Maghrib.. rasanya dalam 7.40++ mcm tu la...

Topik hari ini adalah UBAT... topik semalam juga menarik tapi aku nak syer topik hari ini dulu... aku tertarik untuk berkongsi kerana aku rasa benda ini mudah untuk kita amalkan. Aku cuba cerita dalam bahasa yg mudah sbb aku ni mmg la fail bab bercerita...

Mengikut pakar motivasi tu... dalam diri kita sebenarnya terdapat penawar.. cuma kita je nak guna atau tidak... contoh jika sakit kepala.. kita boleh mohon supaya sakit tu hilang dengan menggunakan tenaga positif dalam diri kita... Setiap hari kita minum air.. tak kiralah banyak atau sedikit kita pasti minum air... Jadi kita gunakan air ini sebagai perantara untuk memberi tenaga positif itu kepada tubuh kita. Tubuh kita pun 70% adalah air...

Air telah dibuktikan dapat menyimpan tenaga di dalamnya. (Ini aku pernah baca dan dengar dan memang terbukti dari kajian2 yang dilakukan oleh pakar2) Contoh jika air itu kita cakapkan benda2 positif kepadanya maka zarah air itu akan menjadi cantik... (tetapi tiada yang dapat menandingi kecantikan zarah air zam-zam) dan jika air itu kita cakapkan benda2 negatif contohnya dimaki hamun zarahnya akan bertukar menjadi buruk.

Berbalik pada topik motivasi pagi ini... pakar motivasi tu cakap... setiap kali kita hendak meminum air tu... kita Selawat... kita cakap dengan air tu... (Contoh : Ya Allah Ya Tuhanku...aku memohon kepada-Mu.. sesungguhnya air ini sebagai perantara.. wahai air, kau berilah tenaga positif yang ada pada kau untuk tubuhku... ) (contoh la.. tetapi kita boleh mohon apa sahaja) tetapi jangan kita gunakan perkataan yang mengandungi aura negatif contohnya : wahai air berilah aku TAK sakit... perkataan TAK itu adalah negatif... jangan la kita cakap kuat2 pulak nanti orang kata kita ni betul ke tak betul dok cakap dengan air... kita cakap la dalam hati.. aura positif kita tu akan menyerap dalam air tersebut... INSYAALLAH...

Pakar motivasi tu kata... ada satu kaum di Malaysia ni yang setiap hari dia bekalkan air untuk anak dia pergi sekolah.. even kita nampak benda tu kecil tapi sebenarnya air tu menyerap segala apa yang dicakapkan oleh guru... itu adalah aura positif.. bila anak ini minum dia mudah mengingat apa yang diajar oleh guru...

Pakar motivasi tu jugak kata dia kalau tengah minum2 atau makan.. tetiba ada kawan2 yang datang padanya sambil marah2.. dia tidak akan minum air tersebut lagi kerana aura negatif dari kata2 kawan2nya tadi sudah masuk ke dalam air tersebut... (tu la kot orang tua2 kata jangan marah2 @ gaduh2 depan rezeki...)

Aku pernah dengar ceramah juga... seelok2nya sblm kita minum atau makan kita cakap la dengan makanan @ minuman itu dengan perkara2 positif dan aura itu akan masuk dalam tubuh kita dan kita akan menjadi positif...

Inilah yang saya kongsikan serba sedikit apa yang saya dengar... jika tersalah info harap maafkan ya... sebab saya ni tak pandai nak mengolah cerita... tu pun ada hati nak tulis blog... hehehe

3 comments:

Naja berkata...

aku baru lepas senyum kat air yg aku minum.. dr gelas yg putih bersih. agak2zarah air tu senyum kat aku balik dak ?

apapun thanks miza coz share ilmu yang hang dpt di petang rabu ni. sangat bermanfaat.. :)

AMIRZA berkata...

Naja : hahahaha... dia senyum tu hang tak nampak.. tak pun dia keriau sbb kena masuk perut kita... hehehe

umieliza berkata...

tq miza. jom cuba amalkan