Ahad, 2 Januari 2011

sepetang bersama AYAH...

Minggu lepas aku balik kg sebab tok aku kurang sihat... bawa dia g klinik dgn sepupu aku... minta kat doktor utk bg drip 2 botol... minta bawa balik umah coz kalu nak tunggu abih tu kompom smp klinik tu tutup...

Kelmarin balik kg lagi... Ayah (datuk) kurang sihat... memula ingat nak balik ari ni... tp pk p pk mai... ishhh tak boleh duduk... t/hari aku cabut balik gak... aku smp tgk dia tgh tido... baru lepas makan nasi... pastu bapa sedara aku bg dia makan ubat... then suruh dia tido...

Petang tu waktu aku tgh tgk tv aku terlelap sekejap... tiba-tiba aku terdengar mcm bunyi-bunyian dari dapur... aku dok pk apa la mak sedara aku buat... tp tiba2 aku teringat ehhh... mak sedara aku ke pekan utk beli tudung sekolah anak dia... terus aku bangun... sampai je kat dapur... hampir menitis air mata aku melihat ayah tgh terbongkok2 cuba mengutip pinggan, sudu, senduk yg bertaburan atas lantai... rupa-rupanya dia nak masak nasi... periuk kecil dia dah siap dibasuh... aku tanya dia nak buat apa... dia kata nak makan nasi... aku kata nasi dalam periuk karan tu ada lg... aku terpk selalunya kalu dia nak masak nasi dalam periuk kecil tu adalah di waktu pagi... itu mmg kewajipan dia dr dulu lg... setiap pagi dia akan masakkan nasi dan goreng telur dadar @ ikan masin utk dia sarapan pg... seawal 5-6 pagi... untuk memastikan dia ingat waktu aku tanya dia dah sembahyang Asar ke?... dia jawab sudah.. aku diam...

Aku siapkan nasi dan bancuhkan teh susu utk dia... waktu sekarang menu dia hari2 adalah sup ayam dan telur dadar... itu sahaja tidak berubah rasanya dah hampir setahun... aku tunggu tgk dia makan... seksanya tengok dia cuba menyuapkan nasi menggunakan sudu... dia mmg makan nasi gunakan sudu dari dulu-dulu lg... aku ambil pinggan then suapkan dia nasi... sesuap dia makan... berenti lama dengan termengah2 nampak sangat letih.... sambil suap sambil air mataku menitis... ku perhatikan wajahnya yang penuh kedutan... tangannya yg dipenuhi urat2 terketar2 memegang cawan... sunguhhhh aku tak dapat tahan air mataku... tangan itulah satu ketika dulu yang membajak sawah, memukul padi....bercucuk tanam jagung, ubi, pisang, cili dan segala jenis pokok yg mendatangkan sumber makanan... tangan itulah yg mendayung rakit untuk memukat, menahan reba, menahan kail untuk menangkap ikan... tangan itulah suatu ketika dulu memimpin aku ke sekolah semasa aku memasuki darjah 1 dan tanpa jemu menunggu aku diluar kelas selama seminggu kerana aku akan menangis bila dirinya hilang dari pandangan mataku... tangan itulah yang membesarkan aku... tangan itulah yang memukul bila aku nakal... tangan itulah yang berdoa setiap kali aku menghadapi peperiksaan penting... bila peperiksaan datang... tangan itulah yang akan menyalin jadual peperiksaan dalam tulisan jawi kerana dia kurang lancar membaca tulisan rumi..... dia akan membaca yasin dan solat hajat untuk aku...

Bila sampai suapan yang ke-7... dia sudah berhenti dan tidak lg mahu makan... air di dalam cawan pun diteguk tidak sampai 1cm pun luaknya dari cawan... aku bangun mengemas semuanya sambil terus mengesat air mata yang masih lagi bercucuran... YA ALLAH, sembuhkanlah penyakit Ayah, panjangkanlah umurnya untuk aku terus berbakti kepadanya...

3 comments:

AzizMostafa berkata...

@ … yang akan menyalin jadual peperiksaan dalam tulisan jawi kerana dia kurang lancar membaca tulisan rumi.
-
Membandingkan dengan Rumi:
1. Jawi lebih indah, lebih mudah, lebih menarik.
Rumi = 26 +A+B+D+E+G+H+Q+R = 17x2 = 34 bentuk berdiri sendiri.
Huruf Arab + 6 Jawi - titik-2 = Sahaja 17 bentuk yang manis + tari-menari.
Tidak seperti Rumi, Jawi suka bercantum.
Hanya ekor perubahan seperti yang ditunjukkan di sini:
http://www.arabictypography.com/ani1.html
2. BM adalah bahasa fonetik, seperti Arab.
Cara terbaik adalah ditulis (dan dibaca) dalam Jawi
-
Tetapi kebanyakan orang Melayu + Indons tidak mengetahui.
-
-
Tulisan jawi – Amat cantik! Semakin Terancam?!
Semarak Jawi.

AMIRZA berkata...

Aziz : yaaaa... semoga anak2 kita kelak tidak mengenepikan tulisan jawi kerana sekarang pun masih ramai yang terkial2 untuk membaca dalam tulisan jawi...

Laxmi berkata...

aduhhh miee.. mengalir air mata aku baca entry ko nih.. sayu sgt.. semoga ayahmu sembuh cepat n panjang umur.. betapa sayangnye hang kat datuk hang.. lap u!