Rabu, 31 Mac 2010

HARUSKAH AKU...

Malam Sabtu yang lepas aku, suami dan anak nak pegi poya-poya ke Jusco. Sampai tengah jalan tu ternampak makhluk terdampar atas jalan... eksiden... mangsanya seekor pejalan kaki... suami aku elak.. kira makhluk tu betul2 di bawah perut kereta.. dah lepas dari dia.. aku mcm kesiannnn la kat makhluk ni... dok buat ayat kat laki aku kalu tak angkat dia sure la dia akan mati dilanggar oleh kenderaan yang lalu lalang.. dan dia akan jd menipis dan menipis... huhuhu.. sadissss... tak sangka suami aku akan pusing balik utk memenuhi hajat aku tu... memandangkan jalan one way kena la buat u turn agak jauh gak la...
bila sampai tempat kemalangan tu.. aku lihat makhluk tu masih terbaring di atas jalan tak berupaya... aku mengangkatnya yang berdarah2 dan meletakkan di tepi jalan betul2 pintu pagar masjid.. hampir menitis air mata jugak la dengar dia mengerang kesakitan... di masa yang sama azan Isyak berkumandang. Aku urut2 badan dia... aku tgk dia makin tenang.. nak ku biarkan tak sampai hati tengok dia tgh sakit... aku telefon member dan minta no. fon klinik haiwan. Kami amik keputusan nak bawa dia ke klinik... agak jauh juga la dari situ.. hampir 20 minit perjalanan... dah sampai klinik.. klinik tutup... telefon doktor dia tak dpt datang kerana ada function. Bawa balik ke Kulim dan pusing2 cari klinik. Semua dah tutup. Bawa dia balik rumah.. aku letak dalam sangkar yang dipinjam dari jiran sebelah. Nak letak ubat tak berani sbb dia garang betul. Mebi dia melindungi diri dia yang tengah kesakitan....
Program bawa anak aku jenjalan super dibatalkan.. nasib baik hero aku memahami. tu pun setelah aku saiko dia cukup2.. hehehe.... kekonon dia dapat banyak pahala la tolong kucing tu... nanti dpt masuk syurga... dia pun ok la...
Aku bagi susu tapi tak diminumnya... badannya menggigil2... matanya tak fokus pada satu tempat...

Bulunya yang dipenuhi darah kering... ini waktu pagi dah... malam tu darah meleleh keluar dari mulutnya
Pagi tu aku bawa dia ke klinik haiwan. Dr check tengok tak ada yang patah... cuma mulut dia luka n rahang dia mcm terkeluar kot sbb bila doktor tu buka mulut dia boleh dengar bunyi 'tap'. Dr. cocok antibiotik sejarum...



Ini gambar pagi tadi pas aku mandikan dia... mandi tak sabun sungguh la bucuk ini jantan... Keadaan dia dah ok dibandingkan dgn hari pertama aku bawa dia balik. Hari-hari aku suapkan dia susu. Hari pertama dan kedua guna syrink. Hari ketiga dah boleh guna sudu. Dia dah boleh jelirkan lidah dia utk jilat susu. Dah boleh makan sedikit nasi. Tu pun hari2 marah aku.. tapi aku tak pernah dengar dia mengiau... pemalu ke apa ke aku tak tau la..
Pg tadi aku bawa dia balik ke tempat kejadian. Niat aku nak lepaskan dia balik supaya dia boleh balik ke rumah tuan dia... bila aku lepaskan sekali dia lari masuk bawah kereta... aku pun tertonggeng2 tepi jalan tu cari mana dia.. tengok2 tak ada.. aikkkk... mana ilang.. tengok dalam longkang kot la lari masuk longkang yang dalam tu.. tak ada... aku cuba buka bonet depan tengok nahhhhhh kat sini rupanya... adoiiiii.... member aku terus matikan enjin kereta takut dia tersepit dengan apa2 ke... dah la member aku tu pakai uniform polis ramai gak la yg lalu lalang tertoleh2...



Cuba tangkap dia tapi dia marah... lari ke bawah lagi... pastu ada 2-3 orang datang bantu... kelakar la plak perangai kucing ni... dia masuk smp bawah... aku tak sempat snap gambar.. dia duduk celah2 wayar...



Ada satu mamat bangla ni amik kayu acah2 dia... lama gak la kami kat situ dekat 30 min... last2 dia lari keluar.. terjerit2 aku dgn kawan aku sbb dia lari ke jalan.. kang eksiden lagi... pastu dia lari masuk dalam longkang... aku p jengah dia.. sian tgk mulut dia berdarah. Mebi sebab dia gigit kayu yg bangla tu dok jolok dia kot... Kena la aku turun dalam longkang tu tangkap dia... sib bek longkang tu ada air sikit je.. dan aku tgk air ujan je kot.. jernih je...

dah tangkap masuk balik dalam sangkar... roger laki aku... dia kata bawa balik rumah laaa sian dia... aku pun bawa la dia ke pejabat memandangkan aku tengah bekerja skang...

aku dalam dilema sama ada nak lepaskan dia selepas dia pulih atau memelihara dia. Bila dia pandang aku dengan renungannya itu.. aku serba salah. even dia tak berapa encem tapi renungannya buat aku lemah... nak dipelihara anak aku ada asma... nak dibuang dia tak nak plak...

apa harus aku buat... ????