Selasa, 8 Jun 2010

Di mana Akal Fikiran dan Anak Sakit... (2 in 1)

Khamis malam aku pergi amik anak aku di umah MIL dia merengek sakit perut la.. tak larat la.. tapi aku ingat dia biasa2 je... pastu dia minta nak makan nasi... aku suapkan nasi utk dia memandangkan dia request soh suap... tak smp 5 mins pas makan tu dia muntah... time tu dah pkl 9+ malam...

Then kami balik umah... Pastu sepanjang malam dia asyik merengek sakit perut... then muntah2 smp pg.. aku rasa ada la 7-8 kali malam tu saja.. mula2 keluar mcm buih2 putih mcm buih katak.. menjelang pg keluar kekuningan... Sepanjang malam kami 2 branak tak dapat tido... Pg aku bersiap spt biasa nak keja.. niat sblm tu nak bawa dia p klinik dulu.. Memikirkan klinik pakar kanak2 kat Kelang Lama tu buka lewat..aku fon jiran minta no klinik pakar kanak2 kat BM.. tepon tak terangkat... minta permission laki aku nak terjah KPJ sbb buka awai... niat aku malas nak bawa ke Spital takut orang ramai...

Nak keluar rumah tu... anak aku merengek nak adiah dia... Pagi tu sepatutnya ada sambutan ari guru dan penyampaian adiah... Kena la aku tebaikan muka mintak kat teacher dia adiah... Dengan lemah gemalai sempat lg aku paksa dia posing.. tu yg tak mau senyum tu...

Pas amik adiah.. balik umah kejap aku nak amik beg utk ke pej... smp2 je terus bedebap lembik tido atas sofa... siannnn... kat tangan tu dok pegang duit RM10 yang teacher dia bagi...


Smp spital muntah lagi... doktor amik darah nak cek tgk.. sementara nak dpt result ujian darah tu melepak la aku kat situ... anak aku melalak pastu terus pengsan atas riba aku.. perut aku berkeroncong tp tak leh p makan sbb anak tido... dia melalak bukan sbb sakit.. tp melalak malu tangan dia berbalut.. adoiiii la anak... sakit2 pun still nak kaber macho...


Dalam pukul 10+ asst doktor kata kena admit wad... kena la aku nganga kat situ lagi... ngantuk tok sah cakap la... menunggu la aku kat sofa tu... last2 dia kesian kot kat aku dia bawa aku turun bawa dok kat rest room.. ok la.. just kami 2 branak.. aku kembarkan sofa 1 seater tu.. bg dia tido... tunggu punya tunggu smp pkl 1+ baru leh masuk wad.. puncanya tak dak kekosongan katil.. huhuhu... kena dok bilik 2 katil... memandangkan bilik 3 katil dah penuh...


tapi kan.. dalam dok sakit2 tu..tak tinggai piala dia tu.. first naik je atas katil sibuk tanya piala dia mana.. nak tido dgn piala.. huhuhu.. pastu dia bantai tido lagi... smp la esok paginya... kaber gila2 punya...
kesian gak la kat anak aku... bila masuk wad doktor masuk ubat nak bg cerry berry utk buang semua yg dalam perut dia... jenuh gak la aku ulang alik ke toilet kira smp tahap aku bosan dah tgk toilet bowl tu... huhuhu sib bek spital baru.. so, bilik air tahap hokay lg la...

Ni kisah semalam...
Petang tu MIL aku tepon soh pergi umah dia jap ada hal... Kami 3 branak pun merempit la ke rumah MIL... sesambil tu singgah jap di tong sampah kat taman aku tu nak buang sampah... tetiba terpandang satu benda.. aku pun angkat la kotak tu.. di dalamnya ada sampah.. kotak tu berada di atas sampah2 yang bertaburan di atas tanah.. sedih hati melihatnya.. Suami aku soh amik kotak tu sesambil mulut dia menyumpah seranah orang yang buang kotak tu...

Aku tuang sampah yang ada di dalamnya... aku ambik pegang dan kami bawa ke rumah MIL aku... nak disimpan kotak tu dah terkena sampah... soh mak sedara laki aku tlg bakarkan...
Persoalan aku di sini... di mana letaknya akal fikiran.. apa tujuan dibeli jam tu.. adakah sekadar hiasan semata2... tidak tahukah hukum hakam tatacara melupuskan benda2 yang mengandungi nama Allah... yang paling hampir menitis air mata aku.. terdapat pampers baby dekat kotak tu.. dah tentulah anjing dah lalu sebab sampah sarap situ anjing suka selongkar.. entah2 telah dilangkah oleh kaum lain yang tidak mengerti...


2 comments:

Cikgu Yus berkata...

yeaa...akhirnya nmpk gak muka hang mieza.. berlain la..x rock mcm dulu dah..hahaha
anyway, anak hang dah ok betul2 ka nie? actually, apa mslh dia hr tu..

bab, smpah tu..mmg lahabau la makhluk yg buang tu.. baghal ka apa..x tau ka tu tulisan apa.. depa amik mudah ja kan... teruk la kan..mcm mana org x main2 kan agama kita.. again dr aku, baghal!

AMIRZA berkata...

Yoni : itu bukan muka aku.. itu muka cikgu anak aku.. hehehe... aku tak pernah letak gambar aku kat sini.. malu la...

mmg lahabau kan.. itu orang...