Jumaat, 25 September 2009

KELUARGA TOK HUSSAIN GONG BERHIMPUN

Cerita di bawah berlaku semasa hari raya ke-3. Seronok la juga buat julung2 kalinya berpeluang berkumpul bersama saudara mara yang kita sendiri pun tak kenal. Cuma sedih gak la muka aku n sepupu sepapat tak leh masuk paper utusan... hehehe... kami adik beradik n sepupu sepapat ada kat belah belakang abah aku (bulatan kuning belah kanan). Siap gigih berdiri atas kerusi tu... ramai lagi kat belah tu.. tak muat kamera kot.. aku rasa wartawan tu tak pandai snap gambar... nak cepat kot...


Dalam bulatan merah tu Tok Wan aku... insan paling tua la kat majlis tu umur dia dah 90++.. Nenek aku (Saadah) tak dapat turut serta memandangkan beliau kurang sihat. Bulatan kuning tu Abah, Mak n Adik aku no. 1. Kami semua 8 beradik tp dia sorang je ada dlm gambar... bulatan ijau tu bapak sedara aku, isteri dan anaknya. Anak dia 8 tp sorang je ada dlm pict.. ada yg tak termasuk dlm pict n ada yg tak hadir. Bulatan biru tu bapak sedara aku n anak dia. Wife dia n anak dia sorang lg pun tak nampak dlm pict tu. Bulatan cyan n putis tu anak sepupu sepapat aku. Setelah dihitung2 dicampur2 mula dari Tok (Saadah) n Tok Wan (Haji Salleh) aku sampai la ke cicit dia.. total semua 75 orang yang masih hidup.


** Kalu masuk gambar kami sure cunnn punyer... sekaler je.. purple adik beradik... Baju raya lelaki utk famili kami sama mcm baju adik n abah aku... baju pompuan sama mcm mak aku.. hehehe... **
(gambar diciluk dari Kosmo Online 24/9/2009)

Cerita ini juga boleh dibaca melalui Utusan Online 24/9/2009
Kira-kira 450 ahli keluarga Allahyarham Hussain bersatu sempena sambutan Aidilfitri
Keluarga Tok Hussain Gong berhimpun

Oleh OPAT RATTANACHOT utusankedah@utusan.com.my

GURUN 23 Sept. - Kira-kira 450 ahli keluarga daripada empat generasi Allahyarham Hussain Jaafar atau lebih dikenali sebagai Tok Hussain Gong berkumpul di rumah salah seorang ahli keluarga mereka di Taman Jerai Maju, di sini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri semalam.
Majlis perjumpaan keluarga Allahyarham Tok Hussain yang meninggal dunia lebih 20 tahun lalu itu diadakan di rumah Ishak Ismail, 62, iaitu generasi kedua keluarga besar itu.

Menurut Ishak, perhimpunan yang julung kalinya itu diadakan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan yang terjalin sejak sekian lama.

''Idea untuk mengumpulkan semua ahli keluarga ini lahir sejak beberapa tahun lalu tetapi disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan, ia terpaksa ditangguhkan.
''Namun, pada tahun ini, semua ahli keluarga bersepakat mengadakan perhimpunan ini bagi tujuan mewujudkan hubungan kekeluargaan berpanjangan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.


Sempena perhimpunan keluarga ini pelbagai aktiviti diadakan untuk mengeratkan tali persaudaraan seperti majlis tahlil, bacaan al-Quran, pertandingan mewarna dan cabutan bertuah.


Menurut Ishak, perjumpaan seumpama itu akan diteruskan pada masa hadapan iaitu dengan memilih setiap hari raya ketiga secara bergilir-gilir mengikut keluarga generasi pertama sehingga anak cucu.

''Kebanyakan ahli keluarga yang hadir datang dari seluruh negeri ini dan ada juga dari Perak dan Kuala Lumpur," ujarnya.

Allahyarham Tok Hussain yang berasal dari Jeneri sebelum berhijrah ke Sungai Limau, Yan mempunyai 10 anak.


Bagaimanapun hanya enam anaknya yang masih hidup iaitu Wa Dah, 90; Long Awang, 85; Ndak 'Ah, 71; Teh Jah, 64; Cik Yam, 63; dan Chu Pah, 58.

***** ##### *****


0 comments: