Khamis, 10 September 2009

BUNGA PAHAR STOKIN - (AK-BPS-01/09)

Sample ni aku buat untuk seorang teman dari oversea... di seberang lautan merentasi Jambatan Pulau Pinang... hehehe kira oversea la tu kan.. hope dia suka bunga ni. Hope orang lain pun suka gak.
Aku dalam usaha untuk menambahkan lagi hasil kerja aku menggunakan stokin. Semalam dah beli sedikit kain stokin. Niat dihati nak siapkan satu gubahan saja suka-suka. Mana tahu boleh dijadikan sumber pendapatan gak. Banyak perancangan dalam kepala aku ni tapi amik masa untuk laksanakannya. Apapun mudah-mudahan semuanya dipermudahkan oleh YANG ESA.
Sekarang semua orang dalam mood nak raya. Aku.... just tempah sepasang baju kurung biasa dan juga sepasang baju melayu untuk suami dan anak aku. Tu pun kerana satu famili dari Abah aku sampai ke cucunya nak bergambar dengan baju sedondon. Kalu tak harus gak la baju raya tahun ni. Aku dok imagin reramai snap pict serupa je baju... hehehe.... Kakak aku la tu punya idea. Aku dgn dia la tukang beli kain. Macam boria lak nanti...
Yang lain2 apa pun tak beli lagi... sian gak la hero kecik aku tu... semalam pergi melawat anak jiran aku demam (kawan anak aku) tengok ada sampin, capal dan songkok... ada la dia minta aku belikan masa dorang suruh dia try capal tu.. sabar ya nak.. InsyaAllah... jika ada rezeki Ibu belikan....

2 comments:

Naja berkata...

Lawanyaaaaaa...

JUE berkata...

berapa satu harga bunga ni?